Syifa
Kenduri sambut menantu @ beronggeng di kampung !
Thursday, June 9, 2011 June 09, 2011 | 0 Comment(s)

hai


Woot woot ! Hye peeps. Tetibe rasa rajin pulak nak hupdate memalam buta ni, gilo agaknya. Nak cerita pasal wedding sepupu ayah aku Sabtu lepas. Yes cerita ni memang da basi tapi peduli apa aku -,- !


Hari Jumaat malam bertolak and sejam++ sampai kampung terus singgah rumah Tok Cik. Dah pukul 10 lebih #lapartahapgabanplusmengantuk so apalagi makan la. Ayah aku pulak sibuk nak berdikir. Biasa la kat kampung tu kalau kenduri malam tu mesti ada berdikir, karaoke and masak memasak ahhh. Dah siap makan mak aku pulak merewang (bak kata kumpulan sepah). Aku and adik2 yg ngantuk ni terseksa. Dah la aku tak tau nak tolong apa, duduk tengok jela. Last2 aku and mak balik jalan kaki je. Tak jauh sangat dari rumah Tok Cik tu ke rumah Tok aku. Sampai2 terus buat peta.


Keesokannya,


Pukul 6 pagi dah riuh kat rumah Tok tapi aku slumber je tidur #buatmuketakmalu. Dalam pukul 7 kot aku bangun and paling bengangnye kena queue panjang nak masuk toilet. Yela kalau dah sepupu sepapat, pak sedara, mak sedare balik mana la tak ramainye an. Siapa bangun lambat nasib la. Aku menunggu dengan penuh sabar, padahal aku nak basuh muka and gosok gigi je tapi kena tunggu lama jugak.


Dah siap semua makan2 and mandi pulak. Time nak mandi tak berebut bilik air sebab masa tu pukul 10, ramai yg pergi rumah Tok Cik dah. Lepas aku siap pakai baju and tepek  tepung bedak sikit kat muka kitorang pun naik la kereta pegi rumah Tok Cik. Dalam pukul 11 aku dah makan even orang tak ramai lagi yg datang. Sebab aku lapar. Muahaha. Takde ah, nanti dah ramai orang payah.


Siap makan duduk kat beranda dengan cousin aku, Tirah then tiba2 ada sedare aku panggil dia mintak tolong pegang bunga manggar. Wadepekkk? Dia cakap '' awok berdue je anok dara kt sini ''. Haha, memang nipu. So dengan muka ketat pegi la tunggu rombongan pengantin. Lama pulak tunggu bawah panas, nasib baik tunggu raja sehari.


Ahhh, layan gambar la derrrr !


gadis bunga manggar  tapi nampak batang je. haha.


kompang dipalu, pengantin malu. yeahhhh !


abang pengantin lelaki dan keluarganya


mak gojes ! wakaka.


comeynyewwwwww :)


ni sesi bergambar adik beradik tapi aku sesat. dah ganjil sensorang takde spec.


bincang2 .


abah menang moto :)


geng2 karaoke adik beradik abah and sepupu2 aku je. tak payah panggil artis sangat lah.


BILA PENGANTIN DIBULI  :



dj tu sedare2 kitorang je so slumber jela buli pengantin. Pok ajik kena beri ucapan.


Kenapa Kak Ain malu2 ? haaa, ni sebab pakcik aku suruh dia beri ucapan jugak.


mula2 dia tak nak au tapi pakcik aku cakap peraturan nak jadi keluarga kitorang. so bercakap jela even suara ketar.


Yang specialnya kat kampung aku ni time kenduri kawen je ada acara mandi sampat. Mesti ada yg tak pernah dengar kan? Mandi sampat ni acara simbah2 asid air la. Tak kira la air sirap ke, air basuh pinggan ke atau air putih. Dj kenduri kawen ni sedare2 aku jugak. Boleh pulak diorang dapat idea paksa karaoke. Orang first yg kena AKU ! Memang terkejut la, beriye aku cakap tak nak kt ayah aku. Then dj tu kata siapa tak nyanyi kena simbah air. Datang la cousin aku pegang mineral water. Nasib baik dia baik hati tak simbah sebab aku pegang anak orang masa tu. Muahaha !


Ramai la orang pandang adegan merah muka aku tu. Aku nak cover buat2 la minum air. Time nak hantar gelas tu aku disimbah oleh geng2 basuh cawan terdiri daripada sepupu2 and suami sepupu aku je. Ahh, nasib baik basah kain je. Kuang hajooooo!


wanted !


SEKIAN :)










Labels: ,