Skip to main content

Maaf sebab aku tak boleh tak ganggu kau !






Semalam kita gaduh teruk kan ?
Aku taktau apa yang aku cakap, hinggalah sampai mesej kau yang buatkan badan aku menggigil.
Kau mintak aku jauhkan diri dari kau, kau cakap jangan ganggu kau lagi.
Aku pejam mata, harap bila buka nanti tu semua khayalan aku je.
Tapi aku silap, memang betullah apa yang kau cakapkan tu.




Kosong terus dunia aku.
kau tau tak, kau ni tulang belakang aku ?
Tanpa kau aku tak mungkin segembira sekarang.
Tapi kenapa akhirnya jadi macam ni ?
Aku nak kau tau yang aku tak maksudkannya.
Aku tak fikir dulu sebelum bercakap.




Tapi aku akur, cuba terima walaupun sakit.
Kau call aku tapi aku biarkan macam tu je.
Nak tau apa yang aku buat masa tu ?
Aku baca mesej-mesej kita sebelum tu. Indahnya rasa.
Kenapa cepat sangat perasaan tu hilang ?




Lepas fikir-fikir semula, aku cuba kikis ego dan angkat call.
Sambil tahan nafas yang turun naik, aku dengar je apa yang kau cakapkan.
Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut aku kan ?
Kau tanya aku sayangkan kau lagi ke, tapi aku tak jawab.
Bukan tandanya aku tak sayang, cuma tak mampu nak buka mulut masa tu.
Perit sangat rasanya nak lepaskan kau buat sementara.



Lepastu kredit kau habis dan aku pulak call kau.
Tapi sama je, aku tak cakap apa-apa pun.
Aku dengar kau macam nangis je, sebak rasa.
Aku jauhkan sikit telefon dan aku pun nangis -,-
Disebabkan aku bisu masa tu, kau matikan talian.



Pukul 4 pagi kau mesej suruh aku telefon. Kebetulan aku terjaga.
Mood kau macam dah okay.
Kau cakap nanti bila kita dah cukup setahun kau nak jumpa.
Aku cakap la aku taknak ganggu kau dah.
Kau suruh lupakan je. Biasa la tengah marah masa tu.
Tapi aku dah janji kan taknak ganggu kau lagi.
Tunggu la aku fikirkan dulu.




Tapi tadi masa kat sekolah aku terharu sangat.
Masa rehat kau datang nak jumpaaku, tapi malangnya aku tak boleh bangun.
Sakit perempuan. Lepastu kau datang masuk dalam kelas aku.
Kau happy je, kau buat aku tergelak balik dengar lawak kau yang habat tu.
Masa balik pulak kita jalan sama-sama sampai kat pintu pagar.




Mungkin malam tadi tu cuma mimpi buruk kita.
Kalau kau mintak aku lupakankau, terus terang aku tak dapat nak buat macam tu.
Sorry ye atas percakapan, perbuatan dan sikap aku yang selama ni banyak buat kau naik angin.
Harap kau boleh bersabar dan terus bersabar sampai hari yang kita nanti-nantikan. InsyaAllah :)







Aku suka bila kau marah aku sebab aku boleh merajuk dengan kau. Walaupun kadang-kadang kau sengaja taknak pujuk. Ish.




Comments

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.