Syifa
Kalau aku sedih ada orang peduli ke ?
Monday, October 31, 2011 October 31, 2011 | 0 Comment(s)





Assalamualaikum.



Tajuk macam pasrah je kan ? Entahlah, akhir-akhir ni aku rasa lain macam je. Ade sesuatu yang mengganggu, buat aku jadi tak tentu arah. Sumpah kepala rasa berat. Dengan exam, sakit dan segala masalah ibarat datang kejar aku. Buat aku tak boleh tidur malam. Dah banyak hari la aku tidur lambat. Mata mengantuk tapi tak boleh pejam. Memang semua aku buat serba tak kena ahh.



Tambah pulak orang yang aku sayang tiba-tiba macam dingin je dengan aku. Tak tahu mana silapnya aku layan dia. Rasanya habis lembut dah. Sedaya upaya aku cuba kawal emosi, jangan cepat menuduh dia. Aku nak sangat tanya kenapa dia macam ni tapi aku malas dah nak gaduh-gaduh. Takut nanti cara aku yang salah buat dia terasa.



Aku cuba mengalah ! Walaupun dalaman aku terluka. Apa salahnya aku berkorban perasaan pulak. Selalu dia je yang bersabar. Mungkin ni salah satu ujian buat aku. Aku kuat, tapi tak tahu sampai bila. Kesabaran aku ade had jugak. Kalau berterusan macam ni biarlah aku senyap buat sementara waktu. Berdiam diri lagi bagus kot. Harap-harap dia sedar dan dapat rasa ape yang aku rasa.



Tak perlulah dia banding-bandingkan antara aku dan dia. Masing-masing ade kelebihan serta kekurangan. Aku bersyukur atas kelebihan dia dan aku terima kekurangan dia. Aku suruh dia berubah tanda aku sayang dia. Walaupun aku ni tak baik, tapi bukan bermakna aku tak boleh menasihat. Kadang-kadang aku text dia panjang-panjang, luah perasaan la kononnye. Aku harap dia paham dan balas tanda pujuk aku. Tapi sedihkan kalau ape yang kita harap lain dengan ape yang kita terima ? Okay, tu situasi aku.



Aku tak tahu nak luah kat mana. Aku luah kat sini tak harapkan orang baca. Cuma bila aku meluah dalam bentuk tulisan sedikit sebanyak aku lega. Biarlah orang nak pikir ape pun, aku bahagia dengan dia. Cuma ada masa aku sedih. Aku harap dia sedar yang aku sayang dia dan keadaan kembali macam dulu lagi. Tu je aku mintak.



Kbai :'(

Labels: ,


Tips : Bila putus cinta.
Saturday, October 29, 2011 October 29, 2011 | 0 Comment(s)

Hai.




Assalamualaikum 





Siapa kat sini pernah putus cinta ? Saya yakin mesti ramaikan. Putus cinta ni memang menyakitkan. Kalau tak kuat kita akan hidup dalam kesedihan untuk jangka masa yang panjang. Jadi, hari ni saya nak kongsi tips-tips untuk merawat hati yang luka selepas putus cinta.





  Mem'busy'kan diri.






Terapi terbaik untuk melupakan si dia ialah menyibukkan diri. Korang takkan punya masa untuk memikirkan si dia jika korang sedang sibuk. Buatlah aktiviti yang korang suka. Contohnya aktiviti-aktiviti luar seperti berbasikal, jogging, bersukan dan sebagainya. Aktiviti macam tu seronok so secara automatiknya sedikit demi sedikit kenangan bersama dia akan kita lenyapkan.






 Meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.






Selepas clash, korang pasti akan rasa sunyi. Untuk mengelakkan diri korang dari  terus bersedih luangkan masa korang bersama keluarga dan kawan-kawan. Ibu bapa merupakan orang yang terpenting dalam hidup kita. Susah senang mereka pasti bersama kita. Masa kita bercinta dengan kekasih, mungkin kita kurang bersama ibu bapa. Jadi dah clash ni pergi la bermanja dengan mak ayah pulak ye. InsyaAllah korang takkan dikecewakan lagi.






 Muhasabah diri.






Berhenti meratapi nasib atau menyalahkan takdir. Saat korang mula bersedih, tenangkan diri dengan cara bersendirian di dalam bilik atau tempat yang sunyi. Pejam mata, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Lakukan berulang kali, InsyaAllah korang akan rasa lebih tenang. Jangan lupa berdoa kepada Allah. Renungkan balik apa kesilapan kita dan cuba berubah. Mungkin Allah ingin menemukan kita dengan yang lebih baik. Amin :)






 Meluahkan.




Mungkin ada banyak perkara yang terpendam dan terbuku dalam hati korang. Jangan malu untuk berkongsi cerita dengan keluarga atau kawan rapat. Pastikan korang pilih orang yang betul-betul boleh dipercayai. Percayalah, lepas ni korang akan lebih lega dan bersemangat untuk meneruskan hidup selepas mendengar nasihat dari keluarga atau kawan-kawan. Menangis juga mungkin salah satu cara korang meluahkan perasaan, jadi menangislah sepuas-puasnya. Lepas tu, clear !




 Elakkan berjumpa atau berhubung dengan bekas kekasih.




Kalau korang betul-betul nak lupakan dia, please jauhkan diri dari dia. Takut nanti korang terjerat balik dengan ayat-ayat manis si dia. Putuskan hubungan dengan dia sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan luka. Then kalau korang nak kawan ke apa dengan dia tak kisah dah. Pastikan korang buang perasaan sayang tu kalau nak berkawan lagi. Jangan menaruh harapan tau. Takut nanti bertepuk sebelah tangan pulak. Parah korang.






Jadi tu lah serba sedikit tips yang saya boleh beri. Maklumlah, saya ni bukan doktor love tapi sekadar berkongsi pengalaman je. Selamat mencuba.




          

Labels:


HATE can be turned into LOVE !
Wednesday, October 26, 2011 October 26, 2011 | 0 Comment(s)

.



Assalamualaikum 



Letakkan sedikit rasa sayang terhadap orang yang kita benci dan letakkan sedikit rasa benci terhadap orang yang kita sayang.



Saya selalu dipesan '' jangan terlalu benci seseorang, sebab orang yang kita benci ni lah akan rapat dengan kita suatu hari nanti ''. Saya pun tak tahu dari mana datangnya teori ni. Kita tak boleh terlalu percaya dan tak boleh jugak tak percaya.



Bila kenang-kenang balik, macam betul je kata-kata kat atas tu. Dulu saya pernah bencikan someone ni. Bila dia dah tinggalkan saya, barulah saya rindukan dia. Saya sentiasa tunggu dia pulang. Walaupun saya tak tahu kat mana dia sekarang, apa dia buat, tapi saya yakin dia selamat dan baik-baik saja.



Tak silap saya masa tu saya kecik lagi, darjah 4 rasanya. Dia pulak form 4. Masa tu dia tinggal kat rumah saya. Memang saya benci dia sangat-sangat sebab saya anggap dia beban dalam keluarga saya. Lagi saya benci bila kitorang terpaksa kongsi bilik. Jiwa meronta sebab rasa tak bebas sangat !



Macam-macam cara saya buat untuk pastikan dia keluar dari rumah. Pernah saya sound dia sebab pasang radio sampai pagi. Saya cakap kalau bil tinggi bukan dia yang kena bayar. Dia diam je masa tu. Heaven je rasa. Muahaha ! Keji kan perangai saya ? LOL --'








Sampailah satu masa, maybe dia dah tak tahan so dia luahkan segalanya. Memang time tu saya dan dia menangis. Rasanya kami berdua je yang tahu hal ni. Lepas saya kena sound dengan dia, kami terus jadi rapat.
Kalau pergi Kuantan wajib tidur kat rumah dia. Siap nak tidur dalam bilik sama-sama lagi. Saya selalu berebut dengan Ina (sepupu yang sorang lagi) sebab saya jelous kalau Ina yang rapat dengan dia. Dan selalunya saya menang !



Tapi yang tak bestnya masa form 5 dia duduk hostel. Sampailah satu hari dia lari dari hostel dan sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Lebih kurang 8 tahun berlalu. Sumpah sedih. Kenapa saya benci dia dulu ? Dan kenapa perasaan tu boleh bertukar jadi sayang ? Bila saya dah start rapat dengan dia kenapa mesti terputus macam ni je ?



Kak Suhaili Aainaa, Ieyfa betul-betul rindu akak. Balik lah akak. Ieyfa nak tengok macam mana muka akak sekarang ? Ieyfa kira umur akak sekarang dah 24 tahun. Mesti akak dah tak kenal Ieyfa kan ? Dulu Ieyfa comot, sekarang comel. Ahakkk. We miss you very much. Akak jangan fikir takde orang sayang akak sebab tu tak betul ! Ieyfa ade satu je gambar dengan akak masa kita kat Melaka dulu. Ieyfa rindu nak naik roller-coaster dengan akak, nak main patung barbie sama-sama, lepas tu joget dalam bilik akak :'(



Kalau akak ada sekarang macam-macam Ieyfa nak share dengan akak. Ieyfa nak cakap yang kita sepupu terhebat kan ? Akak memang terbaik. Walaupun tak lama Ieyfa dapat luangkan masa dengan akak, tapi Ieyfa tetap ingat akak. Ieyfa berharap sangat suatu hari nanti akak pulang ke pangkuan keluarga. Abah akak tak marahkan akak pun, dia sayang akak. Balik la akak ye :)



p/s : Nampak tak, benci bertukar jadi sayang. Mungkin korang ada kisah yang tersendiri. Share lah :)







Labels: ,


Tuan Blog Sakit.
Thursday, October 20, 2011 October 20, 2011 | 0 Comment(s)





Hello  ♥






PERHATIAN ! Tuan blog Fairies Fantasy World telah disyaki menghidap satu penyakit aneh. Oleh yang demikian, dia tidak akan menghupdate blog ini untuk beberapa ketika. Kepada pengunjung setia atau curang blog ini, sila tinggalkan alamat anda di shoutbox kerana kerja-kerja blogwalking masih giat dijalankan. Dia hanya tidak akan menghupdate blog kecuali jika ada beberapa pengumuman penting yang perlu dihebahkan.






Anda semua dinasihati menjalani pemeriksaan dengan segera. Jika simpton-simpton seperti di bawah ini ada pada diri anda, sah bahawa anda juga menghidap penyakit yang sama seperti tuan blog ini.






  • Demam secara mengejut.
  • Tidak lena tidur malam.
  • Mencari nota-nota di saat akhir.
  • Rajin mengulangkaji pelajaran.


Gahhhhhh, kita sama. Itu bermakna penyakit final years exam telah datang. Pray for me okayy. I will pray for you too :)




Labels:


Love Story : Beri saya peluang.
Saturday, October 15, 2011 October 15, 2011 | 0 Comment(s)




Lelaki : Saya mintak maaf sayang. Selama beberapa tahun kita kawan awak buat macam-macam untuk saya. Awak manjakan saya, awak tolong saya, tapi saya tak pernah hargai awak.


Perempuan : Kenape ye ?


Lelaki : ( diam, takde jawapan )


Perempuan : Saya sedih sangat sebenarnya. Saya dah bagitau dari awal, tolong terus terang dengan saya. Jangan menduakan saya. Kalau awak dah tak bahagia dengan saya, lepaskan saya. Kat luar sana ramai lagi perempuan yang boleh bahagiakan awak. Yang lagi cantik dari saya. Itu yang awak nak sebenarnya kan ? ( menangis )


Lelaki : Saya mintak maaf sayang. Saya mengaku yang saya dengan perempuan-perempuan tu ade hubungan. Tapi saya anggap diorang tu skandal saya je. Perasaan saya dekat diorang tak sama macam perasaan saya kat awak. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya menyesal tapi saya taktau kenapa saya buat perangai buruk macam tu. Maafkan saya awak. ( menangis )


Perempuan : Mudahnya awak cakap. Langsung tak pikir perasaan saya kan ? Saya kat sini setia tunggu awak, terlalu percayakan awak, tapi apa awak balas ? Kenapa saya selalu jadi mangsa lelaki, apa salah saya awak ? Ape kurang saya ? Entahlah, saya dah letih dengan semua ni.


Lelaki : Bagi saya peluang sayang. Saya janji akan berubah. Saya sanggup buat apa saja demi awak. Tolonglah.


Perempuan : Awak dah lupa ke ? Saya dah bagi awak lebih dari 3 peluang. Semuanya awak sia-siakan. Dulu bila saya dapat tau awak ade perempuan lain hati saya hancur. Tapi saya masih yakin yang awak sayangkan saya. Saya taknak buat keputusan terburu-buru sebab saya sayangkan hubungan kita. Saya maafkan awak dan bagi awak peluang. Mungkin sebab saya terlalu lembut, awak pijak kepala saya. Awak curang belakang saya !


Lelaki : Saya mengaku tu memang silap saya. Tapi percayalah, saya sayangkan awak sorang je. Tolonglah terima saya balik. Saya bersumpah lepas ni takkan ulangi kesilapan yang sama. Saya perlukan awak sayang.


Perempuan : Baiklah, saya pegang kata-kata awak tu. Ini peluang yang terakhir. Tapi ingat, sayang dan percaya saya kat awak dah tak sama macam mula-mula kita kenal dulu. Saya harap awak dapat pikat hati saya semula.


# Selalunya perempuan kalau lepas buat salah dia akan mintak maaf dan takut mengulangi kesilapan serupa. Tapi kenape kebanyakan lelaki dah buat salah, dah mintak maaf tapi tetap buat lagi dan lagi dan lagi. Kenape ek ?


NOTA : Cerita ni rekaan semata-mata. Takde kena mengena yang hidup, yang koma ataupun yang dah meninggal. So jangan sentap okayy. Tapi mana yang terasa tu mesti ade kaitan kan ? Cepat-cepatlah berubah. Jangan mainkan perasaan orang lain. Dunia ni bulat. Kalau hari ni kau mainkan perasaan orang, esok lusa kena kat batang hidung kau pulak. Tu lah hukum karma.







Labels:


Tomorrow, I'm gonna taking MUET exam !
Tuesday, October 11, 2011 October 11, 2011 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum 





Woahhhh, did you read the title ? Yeahhh, of course lah kan. So as you all know, tomorrow I will be sitting MUET exam. Grrr, I'm really afraid you know ? So do pray for me yahhh. I'm begging. Hope everythings goes smoothly. No stutter when faced with examiner and others. Goshh, wish me luck guys. Thanks.








Thats me. Haha !





Labels: ,


Time-time macam ni aku boleh membunuh !
Saturday, October 8, 2011 October 08, 2011 | 2 Comment(s)





Saat aku menaip entri ni, ketahuilah bahawa aku dalam keadaan sakit. Sakit yang teramat sangat. Walaupun bukan pertama kali merasainya, tapi sakit yang hadir tiap-tiap bulan ni mampu menitiskan airmata aku. Now I feel soooo terrible ! Omaigoshhhh. #nak muntah bace ayat sendiri.



Oh perutku sayang, can you be nice to me ? Dari tadi kau meragam kan. Aku nak ho ho ho lik pon tak dapat. #ehh, ape ni ? Bagi yang tak tahu penyakit ni especially lelaki dan budak bawah umur, tolonglah diam. Jangan melalak cakap aku ni manje la ape. Kau tanya girls lain betapa sakitnye senggugut ni !



Biasanya kalau aku ehem ehem la kan, aku akan sakit pinggang, sakit perut dan yang paling best sekali aku jadi HULK ! Badan tukar colour hijau tahu ? Haha, takdelah. Aku jadi pemarah. Sikit-sikit melenting. Aku jamin bukan aku je macam ni but semua gurls pon same rite ?



My boyfie pernah cakap '' nanti seminggu la awok jadi garang '' Mula-mula aku tak paham, maklumlah ayat tersurat. Ehh, ke tersirat ? Bila aku renung balik barulah paham. Huh, ade siape tahu tak ape cara paling efektif mengurangkan senggugut ?



Esok 9/10. Pengsan..........................

Labels:


Baru tahu ade manusia muka '' spender koyak '' !
Thursday, October 6, 2011 October 06, 2011 | 0 Comment(s)





Lama dah kan aku tak update. Tetibe update cakap pasal muke spender ni apehal. Eh eh, korang tau tak muke spender tu macam mana ? Please explain kat aku ! 



Kat sekolah tadi ade budak ni dengan geng-geng dia duduk tergedik-gedik tepi kelas aku. Lalu je asyik pandang-pandang kat dalam. Stok nak ngorat budak lower. Please lah, takde yang hensemnye budak laki kelas aku tu. Kehkehkeh.



Membe aku cakap la budak Form tettttt tahun ni koya lawa. Membe aku ni pun ajuk cakap cikgu je. Bukan main semangat budak tu menjeling kitorang dalam kelas. Ade la dua tiga orang masa tu. Lepas tu ade la dengar diorang kecoh-kecoh kat belakang. Malas amek port.



Then geng-geng koya tu lalu depan kelas aku, aku sound la yang belakang sekali tu sebab dia koya gangster. Haha, tak sangke dia terasa. Kelas diorang sebelah kelas aku je. Dengar la diorang bising-bising dalam kelas. Macam balas balik la ape aku sound tadi. Alahaiii dik, dah jauh baru nak sound akak nape ?



Tak lama tu diorang lepak lagi tepi kelas aku. Ramai la kali ni. Yang bengang dengan aku tu boleh pulak pandang aku lepas tu cakap '' kalau muka cantik takpe gak, ni muka macam spender koyak '' Memang berdekah-dekah la aku dengan membe gelok. Punya la bengang dengan kitorang sampai keluar frasa kata gitu.



Hakhakhak, seronok gaduh dengan budak-budak walaupun aku kelihatan bodoh melayan diorang. Yang tak tahannya muka spender koyak tu. Mesti budak tu pakai spender koyakkan ? Muka memang tak boleh bla. Yang lain tu ade la nampak gangster sikit, tapi yang belakang tu serious hancuss ! Sebab tu aku terus terang cakap dia bajet gangster. #jujur kan akak ?



Tak sabar nak tunggu esok. Mungkin lebih seronok. Biasanya hari Jumaat sekolah aku memang hyper sikit. Haha ! 

Labels:


Yeayy, dah pandai buat header !
Sunday, October 2, 2011 October 02, 2011 | 0 Comment(s)



Setelah berkurun lamanya aku asyik tempah je header, akhirnya dengan usaha yang gigih aku berjaya jugak buat header. Memang tak cantik macam header korang tapi as the begining aku rasa berpuas hati la. Memang bukan senang. Aku salute la mereka yang ambik tempahan header bagai tu. Korang memang POWER !



Header yang aku buat ni nampak comot kan ? Haha, kalau korang nak tahu berjam-jam aku ngadap laptop nak buat natang ni. Pening dah kepala #cehh,mentang-mentang esok sekolah. Kalau rajin aku akan buatkan freebies header untuk korang. Jerit YEAYY sekarang !

Labels: ,