Syifa
Sekiranya awak mengerti, saya buat semua ni untuk awak ;'(
Sunday, November 27, 2011 November 27, 2011 | 0 Comment(s)

.





I love you more than you'll ever know, I love you more than you'll ever see, I love you more than my heart could ever show.



Take my hand, we'll walk awhile, we'll talk awhile.



Feel my love. My love always there beside you.



I know you'll tell me everythings. You are the one.



I cherish you more than anything.



Pergilah kalau awak mampu tinggalkan saya ;'(

Labels:


Put love in everythings you do and you will get love from world as a return :)
Thursday, November 17, 2011 November 17, 2011 | 0 Comment(s)

.








Kalau awak tak ambil kesah tentang saya, ade orang lain yang ambil tahu.
Kalau awak tak jawab call saya, ade orang lain yang akan call saya.
Kalau awak tak reply mesej saya, ade orang lain yang akan mesej saya setiap 
masa.
Kalau awak ego untuk menyatakan rasa rindu pada saya, ade orang lain yang 
sanggup buat begitu.
Kalau awak sukar meluahkan rasa cinta pada saya, mungkin ade orang lain yang 
menyintai saya.




Saya tak mengharap orang lain sebenarnya, saya cuma nak awak ! 
Saya harap awak yang bisik di telinga saya yang awak cinta dan rindukan saya.
Saya harap awak yang gembira saat saya berjaya.
Saya harap awak disisi tenangkan saya bila kesedihan.
Saya harap awak setia menyayangi saya.
Saya harap awak akan kotakan janji-janji awak.
SAYA HARAP AWAK !




Bila suatu hari nanti saya berhenti berharap, bukan bermakna saya tak 
sayangkan awak.
Cuma ketika tu saya dah bersedia melepaskan awak, untuk melihat awak lebih 
bahagia.





Labels:


A beautiful moment with you.
November 17, 2011 | 0 Comment(s)

.



Assalamualaikum.



Hari ni terpaksa ponteng sekolah, terpaksa jaga adek yang dilanda demam chickenpop. Alahaii, sian tau tengok dia. Asyik tergaru-garu je. Bila aku pandang terus dia stop menggaru sebab aku tak bagi. Setiap orang wajib kena kan chickenpop ni ? Aku dah 18 tahun tapi tak kena lagi. Am I normal ? Orang lain kecik-kecik lagi dah kena. Okayy abaikan --'



Sedar tak sedar, dah sampai ke minggu terakhir persekolahan. Korang suka ke sedih haa ? Aku both kot. Suka sebab boleh relax kat rumah, online 25 hours, makan tidur makan tidur. Tapi agak sedih sebab tak dapat tengok my honey kat sekolah, nota yang bertimbun perlu disiapkan dan will missing my friends ! Minggu ni aku selang seli datang dan tak datang sekolah tau. Isnin datang, Selasa tak. Rabu datang, Khamis tak. Esok last day of course datang.



Selasa baru ni hang out dengan kawan-kawan. Amboiii, sekolah tak pergi, jenjalan rajin pulak kan ? Tujuan keluar ni pun nak pergi bank dan beli barang sikit untuk karnival kokurikulum hari Rabu.







With my bestiee. Duduk dalam kereta asyik menghabiskan bateri kamera je. Masing-masing photogedik kan.






Si baju kuning tu Ika. Kesian dia kena kacau dengan orang gila kat Tunas Manja. Aku harap kau tabah kakak. Boleh pulak orang gila tu samakan dia dengan Siti Sarah. Cantik kawan aku ni lagiiii~






Masuk kedai ni memang naik sawan la. Kedai bunga+kedai hantaran. Haha, paham tak ? Kalau korang nak kawen ke, tunang ke bolehlah tempah hantaran kat sini. Serius cantik kau. Masuk kedai ni aku asyik berangan je tau.



Gambar time makan tak ambek la pulak. Sebab masing-masing tengah melantak, memang tak ingat nak bergambar la kan. Balik tu terserempak dengan my honey dekat trafic light. Tetiba rasa rindu. Lalu kat sebelah dia Mira hon kereta. Aku tak pandang pun sebab takut dia marah. Aku keluar jenjalan ni dia tak berapa suka sebenarnya. Hehe~



Semalam pulak which is hari Rabu, sekolah aku adakan majlis penutupan hari kokurikulum ( hentam je ni ). I'm not took part at all events. Love to be a loyal audience. Tapi agak boring la, pusing kiri kanan tengok semua tengah syok main api, kilat kasut, buat gubahan, pasang khemah, kawad. Arghh, takde yang menarik bagi aku * sigh *



Balik sekolah terus gerak ke Temerloh nak ambek buku bank Mira and Ika. Untunglah korang dapat biasiswa. Jeles tau ! Nak dekat pukul 7 baru sampai rumah. 7 pagi keluar, 7 malam baru balik. Ada ke orang nak buat bini ? Haha. Balik tu terserempak dengan my honey kat trafic light lagi. Memang jodoh di trafic light kot. Aku nampak dia pegang phone. Pelik la jugak sebab kitorang tak text mase tu. Baru ingat nak serang dia kan, tetiba phone aku berbunyi. Yeayy, mesej dari dia. Haha, jahat kan aku nak curiga bagai :D






Bergambar dekat gerai pameran PBSM rasanya. Tak ingat pulak. Tengok kat belakang tu, semua pakai T-shirt sekolah right ? Disebabkan kitorang ponteng hari Selasa, maka kitorang agak ganjil la pada hari Rabu tu. Tak dengar arahan cikgu dah lain dari yang lain.






With adik Form 1. Haa, start rapat dengan dia sebab kitorang sama kelab plus dia peramah. Tapi aku taktau nama dia ape. Hehe, muka kitorang sama ke ?






Dengan orang robot pon nak bergambar. Smart gila abang baju hijau ni. Tapi kenape kurus sangat, tak cukup zat ye bangg ?






Wajib ade gambar kami. Muka tak bersalah je lepak atas pentas.






Ika and me disamping gubahan-gubahan dari setiap unit beruniform.






Okayy, aku dapat hamper minggu lepas punya pertandingan, teka silang kata. Haha, kacang goreng je tu. 



Quote of the day : You're my sunshine that brights my day.

Kbai !

Labels: ,


Nenek sakit + Menang contest.
Sunday, November 13, 2011 November 13, 2011 | 3 Comment(s)

.




Assalamualaikum




Tengah breakfast tadi abah dapat mesej dari pakcik yang wan masuk hospital Temerloh. Kitorang ni bersiap laa nak pergi. Sampai sana tengok wan kat wad kecemasan. Sayu je aku tengok wan lemah macam tu. Lepas teman ma suap bubur dekat wan, kitorang pergi kantin and lunch. Tak lama tu makcik dari kuantan sampai. Alhamdulillah, petang tu wan dah boleh keluar.



Balik tu aku on la blog. Then bila aku bukak sini untuk baca keputusan contest ni, alangkah terkejutnya bila diumumkan yang aku menang. Johan ! Rasa macam nak tercabut kepala lutut. Okayy, mesti korang cakap aku selak kan ? Memang laa sebab first time menang tau. Actually aku tak harap sangat memang tiap kali masuk contest sebab persaingan tinggi. Tapi dah menang Alhamdulillah laa kan ? Hadiahnya pashmina dengan kemeja. Wuu, tak sabar :)






UPDATED !



Ni la rupa hadiah aku







Nice kan ? 



K bye.





Labels: ,


Bakal berpisah. Jumpa lagi tahun depan kawan-kawan ;)
Friday, November 11, 2011 November 11, 2011 | 0 Comment(s)

.




Kemalasan menghapdate blog semakin menjadi-jadi. Sebenarnya ade banyak sangat cerita tapi berat sangat nak tekan button NEW POST sebab malas nak susun ayat. Ecehh, macam la ayat kat entri aku selama ni tersusun sangat kan ?



BAKAL BERPISAH. JUMPA LAGI TAHUN DEPAN KAWAN-KAWAN. Ape kena dengan tajuk aku kali ni. Siapa yang berpisahnya ? Biasa la, dah hujung tahun kan ? Tak lama lagi persekolahan pun tamat. Tu bermakna aku tak boleh nak jumpa diorang lagi. Kalau rumah kita sebelah-sebelah je kan best !



Semalam iaitu 10.11.2011 kelas kitorang ade buat jamuan. Kira macam jamuan segera jugak la sebab kitorang plan-plan then buat terus. Memang banyak lagi kelemahannya especially bab duit la. Sebab budak kelas ade 13 orang je. Cam mano duet nak banyok aihhh !







Orang lain sibuk berbincang, aku nampak je kamera. So ape lagi, pose la. Yang depan tu guru kelas kitorang. Entah ape la yang dibincangkan time ni. Lupa sudah.







Makan nasi minyak ni mulalah feeling macam pengantin baru gitu. Ecehhh. Boleh tak kalau nak berangan sekarang ? Haha !






Harus bergambar sebelum makan. Pipi tu dah bulat sesangat ! Diet asyik on off je. Haihh, takpe. I makan tengah hari je lepas ni. Hakktuuuiiihhhh !






Homemade kek ! Sumpah sedap. Satu blueberry cheese kek untuk cikgu dan satu lagi chocolate kek untuk kitorang. I prefer both ! Sampai saat ni masih terasa kelazatannya. Nyummy !






Spongebob tu jeles sebab aku ade kek. Tu yang melanyak kek aku je kejenya. Haishh, nak makan pun tak sonang !






Sape punye idea entah bergambar gini. Tapi cantek and aku suka. Nampak mata je. Mwahaha.






Padan muka aku. Tengah syok melantak boleh pulak diorang sapu krim kek kat muka aku. Lepas tu panas je muka.







Haha, memang tu jela style aku kalau bergambar.



Actually banyak lagi gambar tapi malas dah nak upload. Boleh tengok kat FB aku. Semalam memang penat so hari ni buat cuti rehat sendiri. Sayang aku suruh pegi sekolah hari ni, tapi sebab kemalasan tahap maksimum terpaksa aku tolak. Sory sayanggggggggggggggggggg !



Babai !


Labels: ,


Ucaplah kata cinta pada insan yang kita sayang sebelum dia pergi buat selamanya.
Monday, November 7, 2011 November 07, 2011 | 0 Comment(s)




Bila kita yakin sangat yang seseorang tu sayangkan kita, mulalah kita buat perangai. ''Takpe, aku buat macam mana pun dia tetap takkan tinggalkan aku''. Kita ego, taknak ucap kata sayang sebab nanti jatuh la saham. Biar dia je yang terhegeh-hegeh merayu cinta kita. Time tu kita akan merasai kemenangan. Menang sebab ada seseorang yang betul-betul sayang kita.



Tapi pernahkah kita peduli perasaan dia ? Sebenarnya dia teringin dengar kita ungkapkan kata sayang. Dia juga manusia biasa. Kadang terluka dengan sikap kita, tapi dia berdiam sebab taknak rosakkan hubungan. Apa salahnya kalau sesekali kita meluah dengan ikhlas rasa sayang kita kat dia. Walaupun itu hanya sekadar kata, cukup besar ertinya pada dia.



Dia takkan selamanya dapat bersabar dengan kita. Selagi dia mampu dia akan bertahan. Tapi kalau sikap kita tak menunjukkan yang kita sayang dia, untuk apa lagi dia bersama kita. Jangan nanti bila dia terluka dan berlalu pergi baru kita sedar. Baru kita menyesal  sebab tak berterus terang dengan dia. Semua dah terlambat masa tu.



Saya sayang, cinta dan rindu awak. Walaupun awak tak balas dan tukar topik tiap kali saya cakap macam tu, saya tak marahkan awak. Mungkin awak anggap tu perkara remeh.

Labels: ,


Everything is different now.
Thursday, November 3, 2011 November 03, 2011 | 0 Comment(s)




Apa yang aku dah pendam sampai airmata aku mengalir tiba-tiba ni ? Lepas satu-satu hal menyemak kat otak aku. Nak pulak hari hujan, memang best la layan perasaan. Serious bosan dengan diri sendiri. Kadang terpikir nak jadi orang lain. Boleh tak bagi aku hidup tanpa masalah ? Aku tak kuat nak hadap semua ni.



Manusia cepat berubah and thats what I've learned ! Kalau dulu mula-mula kenal sweet sangat. Setiap apa yang kita buat mesti ade orang nak ambik tahu. Sampai kadang-kadang rasa rimas lah. Tapi takpe, at least kita tahu dia betul-betul ambik berat pasal kita.



Kalau kita sakit, tak menang mulut dia suruh kita makan ubat. Kalu kita tak boleh tidur, bersengkang mata dia jaga kita. Kalau kita merajuk, berjela-jela ayat dia nak pujuk kita. Dulu dia selalu conteng-conteng wall facebook kita. Seronok kalau ingat masa dulu. Walaupun kita gaduh, tak pernah lama-lama. Gaduh-gaduh manja je. Aku suka buat-buat merajuk sebab nak dipujuk. Pernah aku dengar kau menangis masa call aku. Tapi tu dulu.



Sekarang, salah cakap sikit dua-dua nak melenting. Aku dengan ego aku, kau dengan ego kau. Payah sangat nak bertolak ansur. Taktau mana silapnya, apa yang kau buat dulu dah jarang kau buat sekarang. Aku rindu kau yang dulu, tapi mustahilkan aku nak dapatkan kau balik.



Kenapa cepat sangat kau marah aku sekarang ? Baru sehari dua kita baik, dah moody semula. Dan kau jarang pujuk aku macam dulu-dulu. Aku tengah marah macam mana sekalipun, kalau kau pujuk aku cair jugak. Ni tak, aku badmood kau lagi badmood. Dan kau jarang dah bergurau dengan aku :'(






Aku tak suka kalau kau terus banding-bandingkan kau dengan aku. We're same ! Aku sayang kau atas dasar siapa kau sekarang. Masa silam kau aku tak pernah ungkit. Kau dah terus terang pun cukup baik bagi aku. Nothing secret between us now. And please stop blaming yourself. Everyone makes mistake, and we should learn from that. Aku dah nasihat kau, aku dah terus terang pun yang aku tak suka perbandingan ! So stop comparing between you and me.



Lepas ni aku cuba lah jadi macam kau. Aku keras ! Aku taknak menangis dah. Kalau kau tak mesej aku, aku taknak paksa-paksa kau. Kalau kau marah aku, aku buat taktau je. Aku akan buat sampai kau pujuk aku semula !



Takdir dah tertulis. Kalau kau bukan jodoh aku kau akan pergi jugak. Lambat atau cepat aku terpaksa jugak lupakan kau. Tapi aku harap kita kekal dan kau tak lupa janji-janji kau. Aku tunggu masa tu.



Tapi aku tau kau sayang aku. Cuma ade masa kau dah bosan dengan perangai aku. Mungkin ni balasan yang patut aku terima. 

Labels: ,