Syifa
Beyond the tough time.
Sunday, December 4, 2011 December 04, 2011 | 0 Comment(s)

.



Assalamualaikum.



Lama kan kita tak update ? Rindu kita tak ? Sorry laa, kita bukan sengaja tinggalkan awak semua. * eceh *. As u all know aku dijangkiti * serius * demam campak. Saat orang lain menikmati holiday break dengan riang ria bersama Cornflakes, aku hanya terlantar di katil menahan kesakitan. * music please *.



Adik-adik aku semua dah start galak sebab diorang kena awal, so habis pun awal lah kan. Yang peliknye adik aku yang merantau kat Terengganu tu pun kena. Ma cakap tu menandakan korang ni sehati sejiwa. Bukan sehati berdansa tau ! Hekhekhek.



So aktiviti harian aku baring ngadap lappy jela. Line internet dua tiga hari ni memang buat aku tacing. Kejap access kejap tak. Jiran sebelah nak curi line wifi rumah aku pun mesti stress kalau line berterusan macam ni. Haha !



Abah pulak tak habis-habis paksa aku pergi klinik. Taktik paling berkesan mengelak pergi klinik aku duduk terperap dalam bilik. Dah nak dekat maghrib baru aku keluar. Belah malam abah memang takde masa sebab busy dengan kerja dia. So korang yang liat macam aku ni, why dont you try this ? Haha !



Selama lebih kurang seminggu ni jugak la I've lost my appetite. Okay I'm serious la ! Memang takde nafsu kalau tengok makanan. Tak percaya you can ask my mom. Abah pulak selalu suruh minum air kelapa. Euww. Kalau air kelapa yang dah modified jadi jus tu boleh la aku telan. Kalau tak nak air kelapa dia suruh minum 100 plus. Lagi la aku tak suka ! Ada rasa ke minum air 100 plus tu ? Aku rasa tawar je.



Tiap malam pulak aku tak boleh nak tidur. Lepas tu badan asyik gatal-gatal je. Asal gatal je aku sapu la krim. Memang bertempek aku dengan krim tu. Dah rasa mcam pakai bedak sejuk. Almost 6 a.m baru la rasa mengantuk tu datang. Kadang-kadang aku tak tidur langsung. Sedih kan ? Kalau dah memalam tak dapat tidur aku pusing satu rumah then nanges --'.



Alhamdulillah, now dah melepasi saat-saat yang sukar tu. Walaupun sakitnya tu masih ada, tapi tak seteruk masa mula-mula kena dulu. And I'm grateful because sakit ni penghapus dosa kecil right ? So aku terima dengan hati yang redha :)


Before terlupa, Hello December ! I'm not expecting too much from you babe but please be nice to me ! You're the last month in 2011. Give me a good memories to be remembered !



Labels: