Skip to main content

Cuti-cuti Malaysia : Melaka !

Assalamualaikum. Hello peeps !



My family and I went to Melaka last Sunday. So this entry should be updated yesterday tapi aku malas tahu ! Haha, entry kali ni penuh dengan gambar. Enjoy reading okay !



Pagi-pagi lagi dalam pukul 7.30 ma dah ketuk pintu bilik. Actually aku baru nak pejam mata time tu. Memang lemah la nak bangun tapi aku gagahkan jugak kaki untuk melangkah. After siap semuanya dalam pukul 9.00 naik kereta and bertolak. Singgah makan dulu kat bandar and abah pulak menyelenggarakan kereta. Betul ke aku eja tu ?






Kami sampai Melaka pukul 12 lebih. Ma ajak lepak kat Bandar Hilir je sebab kat situ best. Baru ni ma pergi kursus thats why dia tahu best. Tapi korang tahu tak, dua jam lebih kami pusing-pusing Melaka mencari Bandar Hilir. Puas follow signboard tapi sesat. Last-last abah tanya sorang pakcik ni and dia petakan kat kami.



Dah jumpa jalan yang betul tu traffic jam pulak. Sabar jela. Dengan bas, motor, kereta and orang ramai lagi. Tension la berjam-jam terkepit dalam kereta. Last-last sampai jugak kat Bandar Hilir ! First memang cari tandas. Masuk je tandas awam punyalah panjang kena beratur. Then ma ajak pergi makan dulu. Perut pun dah lapar gile !



Kitorang jalan kaki pergi Melaka Megamall and makan kat food court dalam tu. Dah siap kitorang snap-snap pulak kat bangunan sepanjang perjalanan kitorang nak ke Kota A' Famosa. Jalan kaki tu babe ! Tak lah jauh sangat.












Lepas berposing sakan kitorang naik river cruise pulak. Part ni paling best kot ! Even beratur punyalah panjang tapi tak terasa lama pon. Pemandangan tepi-tepi sungai tu sangat cantik. Kan best kalau pergi dengan pakwe. Haha.























Lepas naik river cruise tu hari pon dah petang. So kitorang cepat-cepat menuju ke muzium kapal pulak. Takde ape yang best sangat pon kat dalam tu. Lagipun aku pernah dah masuk, so kinda boring sikit lah. Perut aku pulak tetiba memulas. Aku jalan asyik pegang perut sebab memang rasa lain macam sangat ! Haha.









Lepas lepak kat muzium kapal lokasi seterusnya ialah menara Taming Sari. Memang panjang la beratur nak beli tiket an. Dari petang sampai malam duduk beratur barulah sampai turn kitorang naik. Tinggi woo ! Serius gayat.













Dah selesai melepas kejakunan naik mende alah ni kitorang pon balik. Nak keluar dari bandar tu jam jugak. Tapi aku tidur je. Sedar-sedar time nak berhenti makan. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai rumah pukul 1 lebih. Penat tapi happy. Next time ajak ma pergi Langkawi pulak :D



Cuti sekolah dah nak habis ke haaaaa ?

Comments

AqilahDayana said…
kite pun pergi melaka utk bercuti :)
ieyfa syifa said…
@AqilahDayana Hikhik, yeke ? Mesti best kan ?

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.