Syifa
Dapat jumpa Maher Zain lahh !
Friday, December 23, 2011 11:10 AM | 2 Comment(s)

Hello people ! Assalamualaikum.



Kenal Maher Zain tak ? If tak kenal pergi terjun KB Mall sekarang. Actually aku penat sangat hari ni. Penat gila-gila, serius ni. Aku bukanlah berkebun mahupun menternak tapi aku tetap penat. Semalam tidur lewat dan tadi terbangun awal pulak. Pukul 11 lebih aku dah terjaga kesejukan. Then pukul 2 lebih member call ajak pergi hospital Temerloh.



Aku pun ngorat abah. Yela, nak pinjam kereta. Haha. Abah memang sporting sedunia so dia let go kereta kancil, memang selalu aku guna kereta tu la. Then hujan lebat, risau la nak bawak sebab kereta tu takde aircond. Aku dah gundah gulana ni.



Ehem, aku try-try la mintak kereta wira kot-kot dia bagi. Yes, dia bagi ! Then Mira datang rumah aku. Dia la drivernya sebab kitorang yang lain takde lesen lagi. Before this Mira selalu bawak auto, kereta kancil yang biasa kitorang bawak pon auto. Tapi kereta wira abah manual. Mira pon tabah jela nak bawak kan.



Depan rumah aku tu pun dah dua tiga kali enjin mati. Tapi aku suruh Mira tenang and dia bawak jugak. Paling lucu kat trafic light. Tapi taknak cerita. Korang gelak jela okay. Pergi hospital pon tengok pakwe one of my friend. Alolo, shooo sweet ! Rasa nak lempang-lempang je tengok ke'sweet'an diorang.



Tak lama tu ada patient baru sampai. Aku tengok jela, sekali mat saleh ! Puihh, handsome. Nama dia kan Wikus. Dah lah tak pandai cakap Melayu. Yang dia tahu saya suka ini je. Sedih tengok dia macam nak menangis je. Takde orang lawat dia. Nurse tu cakap ayah dia cikgu. Aku cerita kat ma aku then ma cakap sekarang kan cikgu bahasa Inggeris ada yang di import dari luar negara. Tapi Wikus tu macam Maher Zain. Aku tak habis-habis nyanyi lagu InsyaAllah, InsyaAllah~ Umur dia baru 19 tapi badan tough giloo ! Biasa la mat saleh kan.



Time nak balik tu singgah la Petronas nak tuang minyak. Semua buat muka poyo sebab kena layan diri. Kitorang ni lima-lima orang gegurl. Mana la pandai. Dengan muka tak malu mintak tolong la kat abang sebelah tu. Bagus rakyat Malaysia ni, ada lagi yang prihatinnya :)





Korang kena trolled ke ? Hee, takkan.




Kbai !

Labels: , ,