Syifa
Perkahwinan di usia muda tu bagus :)
Tuesday, January 24, 2012 January 24, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Tak jawab dosa masuk api neraka !


Err, baru berkesempatan nak update blog. Maklumlah, busy sikit sebab kena balik kampung bagai cuti-cuti ni. Kat kampung mane datang line internetnya. Baru ni sepupu aku kawen. Muda lagi dah bina masjid. Boleh tak kalau aku nak ikot contoh dia ? Sepupu aku yang laki tu tau ! Umur dia baru 21 tahun while wife dia 23 tahun. Muda lagi masing-masing, so jealousssss !








Petang tu sampai je kampung dah kena bersiap untuk baca nikah. Rumah pengantin perempuan tu dekat je, area Chini. Lebih kurang 45 minit sampai la. Tapi dah konvoi ramai-ramai nan hadoo nak sampai awal. Masing-masing macam siput bila bersiap, termasuklah aku. Nak pakai eyeliner pon tak sempat. Tepek bedak, calit lipstick, tonyoh eye-shadow dan jalan !


Next day lebih cool pada permulaannya sebab aku bangun awal ! Yeahh. Bila dah bangun awal ni bajet boleh siap cepat dari orang lain lah kan. Pukul 10 aku dah cari iron, punye la semangat sebab nak iron banyak baju. Baju mak dengan adik-adik aku lah kena ironkan. 


Dah cop iron ni ! Tup tup aku tengok cousin aku dulu rembat. Ciss, aku dah tande dulu ! Aku letak baju-baju kat tepi iron tu tapi nape pulak dia yang tengah meng-iron sekarang ? Dengan muka tak bersalah dia sengih umpama kerang busuk. Iskk, kecik besar je aku tengok kau ni !


Maknanya lambat jugak la aku siapkan. Tapi kali ni lebih bergaya sikit lah. Takkan nak pergi kenduri kawen selebeh je. Dah la aku tukang bawak hantaran. Bawak sirih junjung pulak tu. Aku duduk depan sekali ! Ecehh, bangge pulak.




Bersama sepupu-sepupu tersayang. Tengok cupcake tu ! Meleleh air liur.




Gambar kat atas tu dekat rumah sape entah. Sepupu aku salin baju kat situ. Kitorang pulak dihidangkan dengan cupcake yang serious terbaik dari kebun anggur. Aku makan satu rasa nak lagi tapi malu pulak. Nasib baik ade perasaan malu, kalau tak habis cupcake makcik tu. Sape nak jawab ?








Sopannya aku duduk. Kalah pengantin. Dah lah pinky habis !





p/s : Gambar tak ikut urutan. Shooorryyy >.<


Kbai !




Labels: ,


Lepaskanmu kerana terpaksa.
Tuesday, January 17, 2012 January 17, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello everybody !


Sory, semalam terskip nak update blog disebabkan hati tengah berbunga riang. Yeahh, if you read my previous entry then you will know why me happy. Lelaki memang pandai memujuk eh ? Baru nak sentap lama-lama, baru nak muncung macam donald duck, dah tersenyum balik.


Pernah dengar tak quotes yang terindah hanya sementara ? K, thats happen to me. Baru nak gelak, senyum, ketawa * eh, bukan same jeke ? * dah terpaksa menanges, moody and so on. Mungkin aku tak layak bahagia.


Tadi tergerak hati nak bukak FB dia, then terjumpa something yang menyakitkan hati. Bukan sekali, tapi dah banyak kali berlaku. Dan banyak kali jugak la aku maafkan dia atas alasan yang dia beri. Aku percaya dia, aku yakin dia tak tipu. Kenape ? Mungkin sebab sayang.


Tapi tadi hati aku sakit sangat. Sebab kejadian yang sama berulang lagi. Again and again ! Aku terus hamburkan perkataan yang mungkin menyakitkan hati dia. Tapi aku peduli ape, sakit hati aku sape nak tanggung ?


Tak payah nak sorok lagi, kau ade chat dengan dia kan ? Amboii, bukan main mesra lagi. Laki memang gatal walaupun dah ade awek. Payah betul nak cari lelaki yang setia and jujur dalam dunia ni. Kau blah dari hidup aku kalau nak menggatal dengan perempuan lain. Mula-mula je elok, dah setahun couple tunjuk perangai !


Is that too much ? Yaa, I know but I cant control it anymore.  Rasa marah telah menyebabkan aku lupa yang dia orang yang aku sayang sebelum ni. Dia orang yang banyak tolong aku. Dia orang yang aku selalu rindukan. Dia pernah buat aku bahagia. Dia segalanya bagi aku !


Then dia cakap esok dia akan tunjukkan bukti yang dia tak bersalah. Lepas tu dia akan lepaskan aku. I'm speechless. Tu la, mulut aku cabul sangat. Menyesal pon tak guna. Menangis sampai bengkak mata kenape ? Kau jugak yang mintak kan Syifa ! Asal dengan kau ni ? Kenape kau tak boleh kawal marah kau tu ? Kenape Syifa ? Kenape ?




Thanks for one year being together with me. Jika ni pengakhiran hubungan kita, saya harap awak bahagia bersama dengan dia yang hadir selepas saya nanti. Saya doakan awak berjaya dalam hidup dan lupakan saya, kekasih awak yang tak berguna ni :)


Kbai !

Labels:


Karnival Jom Masuk U.
Sunday, January 15, 2012 January 15, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.





Harini sepatutnya aku gembira, tapi bertukar sebaliknya. Really hates this feeling ! Chill Syifa. Penat gila tau tak ? Malam tadi tidur lewat dan seawal pukul 6 pagi aku bangun bersiap. Pukul 6.50 dah sampai sekolah and tunggu bas.  Sejuk gile kot.


Then berhenti kat R n R mana entah. Cikgu suruh sarapan. Tapi perut aku ni meragam kalau makan pagi-pagi. So jalan-jalan jela dengan kengkawan. Then Gegar datang kasi duit tapi aku tak ambik pon. * gaduh * Pastu naik bas balik dan bla bla bla. Boringnyeeeeeeeeeeee !


Finally lepas rasa memual yang memuncak dalam bas, sampai jugak dekat Sultan Ahmad Shah International Convention Centre ( SASICC ). Perghh, ramai gila manusia berpeleseran dengan uniform sekolah. Jalan punya jalan jumpa pulak member masa kat sekolah lama, Dayat dengan Mujahid. Tegur diorang gitu-gitu jela.


Sebelum pergi, aku membayangkan dapat jalan sama-sama dengan Gegar. Tapi hampeh, batang hidung pon tak nampak * forever alone *. Pastu cikgu kasi pergi East Cost Mall ( ECM ) kat seberang tu je. Takde pape yang best pon. Bahu dengan kaki buat perangai so takde mood nak merayap.


Memandangkan lunch time dah tiba, kitorang decide nak cari tempat makan dulu. Then singgah kat pebenda entah nama tempat tu, Rasa Mas bla bla bla kot. Tengah syok berborak perghh, nampak Gegar jalan dengan perempuan lain. K cool. Member dia kan. Tapi jalan dengan aku tak nak pulak. Ahhh, stress gila babeng !


Muka aku dah berubah jadi hulk ! Rasa macam nak sepak kerusi meja dekat situ * k tipu *. Nasi baik member aku suruh aku relax. Fuhh, tarik nafas dalam-dalam. K tak nak tegur dia dah ! Time beratur nak tunggu bas dia datang kat belakang aku and tegur. Aku buat-buat tak dengar je. Pastu dia cakap aku bisu then blah. Tau pulak bengang. Dalam bas aku feeling nak mampus. Member aku kat sebelah setia genggam tangan aku. Sebak rasa.


Ondeway balik tu singgah kat R n R untuk solat. Aku dengan member ehem ehem so pergi merayap cari jambu. Mula-mula buat onar dulu dalam bas. Lepas boring ade budak laki ni suruh aku beli asam. Aku pun keluar la. Malangnye bukan asam yang aku beli tapi jambu. Wakaka, bengang diorang.


Time aku nak naik bas tu Gegar tahan then hulurkan aku Angry Birds. Aku pandang dia atas bawah pastu tanye nape. Dia cakap ambik la. Aku pun ambik, buat muka tak bersalah pastu blah. Member aku cakap dia nak pujuk ah tu. Ciss, aku nak merajuk lama tahu ? Dah sampai kat sekolah dia naik motor lalu sebelah aku pastu tanya abah dah sampai ke belum. Aku tunjuk ah abah kat depan. Terus dia blah.


Sampai rumah dia call and mintak maaf. Hati aku sakit sebenarnya. Kadang-kadang dia buat aku macam tak wujud je. Aku kat belakang dia tapi dia terus jalan depan. Langsung tak tegur aku. Dengan perempuan lain tegur pulak. Siap jalan sama-sama lagi. So sweet.


Aku perempuan. Bukan aku nak halang dia jalan dengan sesiapa but at least jangan la abaikan aku terus. If korang perempuan, mesti dapat rasa macam mana perasaan aku. Cuba bayangkan korang kat tempat aku. lain diharapkan, lain yang jadi. Acane tu ?


Bukan sekali dua jadi camni. Ingat, sabar aku ade had jugak !


Kbai !

Labels: ,


Sukan + Muet's result !
Thursday, January 12, 2012 January 12, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello peeps !


Entri kali ni randoms okay. Malas nak buat satu-satu so gabungkan terus in one post. Sebelum pergi lebih jauh * eceh, ayat sastera siottt *, korang perasan tak cuaca sekarang tak menentu rite ? Kejap panas then tetibe hujan lebat. Feeling macam dekat oversea la pulak. Kfine, aku memang over !


 Random #1




First random ni nak cerita pasal mesyuarat agong rumah sukan. Pagi-pagi la dah beratur kat assembly square. Aku rumah Bayan ( biru ). Tapi tak syok la sebab pisah dengan my buddy, Ada. Sokayy, sorang lagi membe ade, Wa ! Rumah sukan lain baek punye tempat berhimpun, kitorang kat tapak perhimpunan je. Dah la basah, nak duduk gone. Then as usual cikgu announce tentang pelantikan jawatan.


Seriously I'm not interested to participate in sports day ! Masa proses pelantikan tu aku buat tak tahu jela. Nak cadangkan pon tak pandai an. Then tetibe Cikgu Ruslah serta beberapa orang guru point aku. Maigodd, tak mahu la ! Cikgu lantik aku jadi penolong ketua rumah sukan. Terpaksa naik pentas menebalkan muka. Ape yang aku kena buat ? Ape tugas aku nanti ? K blurr !


 Random #2




Today, result MUET keluar. Serious debar sebab MUET penting untuk masuk U. Actually kalau dapat band 1 pon boleh masuk U as long as taking MUET. Tapi nanti kena ambek banyak paper English la kat U. Masa rehat tadi pergi la cari Sir Azli sebab nak suruh dia check online. Baru sampai bilik dia then dia cakap '' tahniah Asifah, awak band 3 '' Lol, mimpi ke ni ? Rasa macam teruk je jawab MUET tapi Alhamdulillah.


Analisis penuh tak tahu lagi tapi dengar khabar sorang dapat band 4, lima enam orang dapat band 3 and the rest band 2, band 1. Rasa tak nak dah reseat untuk paper March. Bersyukur jela dengan band yang ade ni. Balik tadi ma tanya and ternyata dia happy sesangat. Then dia doakan supaya aku dapat masuk UPSI. Nak anak dia ni jadi cikgu. Cewahhh, ade bakat ke ?




Dia dah berubah kot. Hmmmm ;'(


Kbai !

Labels: ,


Kalau stress berpanjangan nanti boleh kena heart attack ke ?
Tuesday, January 10, 2012 January 10, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Fuhhh, banyaknye habuk kat blog ni ! Dah lama tak update since dapat new phone rite ? Hee, nape korang tak tolong lap sikit habuk-habuk ni. Nak terbersin masuk blog sendiri. Semalam ingat nak update tapi ya ampunnn, homework banyak gila. Terpaksa bersengkang mata siapkan homework sampai pukul 1 pagi tau. Tskkk, sedih.



Kat sekolah jangan cakap la, sleepy gila tapi tahan jela. Azam baru tak nak tidur dalam kelas dah. Haha. Now rasa mengantuk sangat tapi demi blog yang tercinta, tak kesah la mengantuk pon. Entry must be updated !


Ehem. Nak pesan kepada semua followers aku yang hampir mencecah 500 orang ni, sory if I'm not follow you back or terjah korang balik. Juga kepada penjejak di shoutbox, sory kalau tak balas kunjungan korang. Jangan terus nak judge cakap aku ni sombong ke ape. Lately, I'm very busy. Maklumlah, student's life. Saya budak sekolah lagi even umur dah hampir 19 tahun.


Next week pulak makin sibuk dengan hari sukan, merentas desa and so on. Jadual pulak pack ! Maybe petang ade training, memang takde masa la nak ngadap mukabuku dgn blog kan ? Sebab tu nak pesan awal-awal ni, mana yang dah follow tu please tinggalkan tapak kaki kat shoutbox. Make sure you put your correct link. Nanti bila ade masa free InsyaAllah I will visit you back.


Bytheway, boleh tolong doakan the best untuk result MUET aku hari Khamis ni. Grrr, seram siot ! Tapi tak mengharap pon sebab time jawab exam dulu kabut je. Kalau dapat Band 2 pon dah bersyukur sangat, tak payah dengar suara Sir suruh repeat exam. Wahaha !


Arghhh, ngantuk tapi takmo tidur. Nanti malam mula terkebil-kebil. Nak baca novel Ombak Rindu sekarang confirm lena punya. Err, nak buat ape ek ? Haa, makan Nutella best jugak woo.




Kbai !

Labels: ,


Kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana kuburnya. Aku tahu salah pepatah tu.
Saturday, January 7, 2012 January 07, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Entri 100% tiada kaitan dengan tajuk ye kawan-kawan. Tapi kalau korang nak tahu, sekarang ni aku suka sebut ayat macam tajuk kat atas tu. Mula-mula aku tak sedar salah, lepas tu adik aku yang tegur. Haha, ghasak jela ! Mood malam ni happy sesangat, tak tipu la !


Tadi pegi keluar Temerloh dengan family. Dah lama aku bodek ma nak beli phone baru kan. Lepas tu ma on je. So tadi beli barang sikit terus cari phone aku. Aku nak yang murah-murah je bagi menggantikan phone Sony Ericson yang dah terbakar keypad tu. Punya la ganas aku hentak keypad nak taip mesej --.


Phone yang aku beli ni murah je, tapi cool kentang bagi aku ! Err, aku tahu aku ketinggalan zaman sebab pakai phone gini, tapi biarlah. Masing-masing ade taste yang tersendiri rite ?




THANKYOUUU MA :)

Kbai !

Labels:


Harapan keluarga ! Belajar rajin-rajin sayang :)
Tuesday, January 3, 2012 January 03, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Hye peeps !



Less than 24 hours I will back to school. Chill, azam baru so tak boleh nak merungut bagai. Setahun je lagi, aku mesti tabah right ? Hari ni abah dengan ma hantar adik yang baru lepas UPSR tu masuk asrama. Form 1 dah dia tahun ni, alhamdulillah dapat 5A UPSR. Thats my brother :)


Hmm, sedih sikit la sebab aku selalu buli dia. Dia chubby and kuat makan macam kakak dia ni. Nanti kat asrama selera ke dia nak makan ? Ma cakap nampak budak dorm dia tu macam baik-baik belaka. Syukurlah, adik aku tu kira manja jugak la. Kalau ade orang buli dia confirm nanges. 


Kaklong harap awok belajar betul-betul kat sana. Dekat je asrama dengan rumah kan ? Jangan nak rindu-rindu. Abah boleh datang hari-hari jenguk awok. Hehe. Kaklong tak secerdik awok, kaklong selalu buli awok tapi kaklong sayang awok sebenarnye. * Emosi kejap *




Kbai !

Labels: ,


Mukadimah 2012. Antara aktiviti yang akan dilakukan tahun ni.
Monday, January 2, 2012 January 02, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Memang kerja aku la update entry malam-malam buta. Tapi InsyaAllah ni last kot, sebab Rabu dah start sekolah. Tak boleh tidur lewat lagi. Did you see my blog ? Berubah lagi kan ? Now pakai blogskin pulak sebab nampak macam cool je. Hehe, suka ? Undilah saya ! Bukan senang nak edit code blogskin ni, berpeluh la jugak.


Hmm, hari-hari macam ada je tak kena dengan dia. Kitorang dah tak macam dulu, now selalu nak gaduh je. Rindu nak manja dengan dia macam mula-mula kenal dulu. Puihhh, geli pulak tulis entry jiwang ni. Tapi biarlah. Aku setia selagi mampu. Aku bersabar selagi perlu. * Macam sedap je bunyi quotes aku ni *


Tahun ni nak belajar betul-betul ! STPM exam yang paling susah di dunia bak kata cikgu. Tapi nak dapat 3 pointer ke atas tak susah if rajin study. InsyaAllah aku boleh buat. Tak nak hampakan harapan mak abah lagi. Diorang nak sangat tengok aku masuk universiti. As a kakak sulong, for sure I will make them proud of me. And maybe aku boleh jadi contoh bagi adik yang lain. Ecehh !


Time sekolah aku akan cuba sedaya upaya kurangkan online. Yes, itu janji aku. Hold on my promise okay. Aku akan cuba khatamkan buku teks yang tebal nak mampus tu, buat nota selengkapnya, do it an exercises especially subjek Pengajian Am. Tak kesah la kalau orang nak panggil aku nerd ke apa. Dah lima tahun lebih aku bersuka ria, why not korbankan setahun je demi pelajaran.


Selain tu, aku akan cuba rajinkan diri untuk buat kerja rumah. Kemas bilik setiap hujung minggu, cuci baju setiap hari and blablabla. Maklumlah, sebelum ni aku suka bertangguh. Bilik dah gaya tong sampah baru nak kemas. Baju yang belum dicuci dah melimpah keluar dari bakul baru aku terkial-kial nak basuh. Itulah aku ! Tapi 2012 InsyaAllah akan berubah. Pray for me :)


Dan yang terakhir and yang paling penting, aku nak perbaiki diri sendiri menjadi yang lebih baik. InsyaAllah aku akan perbaiki yang wajib menjadi sempurna. Amalan di dunia perlu seimbang dengan akhirat. Itulah yang sebaik-baiknya. 


2012 may be a tough year for me. Aku yakin keluarga, kawan-kawan dan mungkin yang tersayang akan berada di belakang aku memberi semangat dalam menempuh cabaran tahun ni. Begitulah hendaknya. Amin. 





Tabahkan hatiku Ya Allah :')


Kbai.

Labels: ,