Syifa
Kalau stress berpanjangan nanti boleh kena heart attack ke ?
Tuesday, January 10, 2012 January 10, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Fuhhh, banyaknye habuk kat blog ni ! Dah lama tak update since dapat new phone rite ? Hee, nape korang tak tolong lap sikit habuk-habuk ni. Nak terbersin masuk blog sendiri. Semalam ingat nak update tapi ya ampunnn, homework banyak gila. Terpaksa bersengkang mata siapkan homework sampai pukul 1 pagi tau. Tskkk, sedih.



Kat sekolah jangan cakap la, sleepy gila tapi tahan jela. Azam baru tak nak tidur dalam kelas dah. Haha. Now rasa mengantuk sangat tapi demi blog yang tercinta, tak kesah la mengantuk pon. Entry must be updated !


Ehem. Nak pesan kepada semua followers aku yang hampir mencecah 500 orang ni, sory if I'm not follow you back or terjah korang balik. Juga kepada penjejak di shoutbox, sory kalau tak balas kunjungan korang. Jangan terus nak judge cakap aku ni sombong ke ape. Lately, I'm very busy. Maklumlah, student's life. Saya budak sekolah lagi even umur dah hampir 19 tahun.


Next week pulak makin sibuk dengan hari sukan, merentas desa and so on. Jadual pulak pack ! Maybe petang ade training, memang takde masa la nak ngadap mukabuku dgn blog kan ? Sebab tu nak pesan awal-awal ni, mana yang dah follow tu please tinggalkan tapak kaki kat shoutbox. Make sure you put your correct link. Nanti bila ade masa free InsyaAllah I will visit you back.


Bytheway, boleh tolong doakan the best untuk result MUET aku hari Khamis ni. Grrr, seram siot ! Tapi tak mengharap pon sebab time jawab exam dulu kabut je. Kalau dapat Band 2 pon dah bersyukur sangat, tak payah dengar suara Sir suruh repeat exam. Wahaha !


Arghhh, ngantuk tapi takmo tidur. Nanti malam mula terkebil-kebil. Nak baca novel Ombak Rindu sekarang confirm lena punya. Err, nak buat ape ek ? Haa, makan Nutella best jugak woo.




Kbai !

Labels: ,