Syifa
Perkahwinan di usia muda tu bagus :)
Tuesday, January 24, 2012 11:54 PM | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Tak jawab dosa masuk api neraka !


Err, baru berkesempatan nak update blog. Maklumlah, busy sikit sebab kena balik kampung bagai cuti-cuti ni. Kat kampung mane datang line internetnya. Baru ni sepupu aku kawen. Muda lagi dah bina masjid. Boleh tak kalau aku nak ikot contoh dia ? Sepupu aku yang laki tu tau ! Umur dia baru 21 tahun while wife dia 23 tahun. Muda lagi masing-masing, so jealousssss !








Petang tu sampai je kampung dah kena bersiap untuk baca nikah. Rumah pengantin perempuan tu dekat je, area Chini. Lebih kurang 45 minit sampai la. Tapi dah konvoi ramai-ramai nan hadoo nak sampai awal. Masing-masing macam siput bila bersiap, termasuklah aku. Nak pakai eyeliner pon tak sempat. Tepek bedak, calit lipstick, tonyoh eye-shadow dan jalan !


Next day lebih cool pada permulaannya sebab aku bangun awal ! Yeahh. Bila dah bangun awal ni bajet boleh siap cepat dari orang lain lah kan. Pukul 10 aku dah cari iron, punye la semangat sebab nak iron banyak baju. Baju mak dengan adik-adik aku lah kena ironkan. 


Dah cop iron ni ! Tup tup aku tengok cousin aku dulu rembat. Ciss, aku dah tande dulu ! Aku letak baju-baju kat tepi iron tu tapi nape pulak dia yang tengah meng-iron sekarang ? Dengan muka tak bersalah dia sengih umpama kerang busuk. Iskk, kecik besar je aku tengok kau ni !


Maknanya lambat jugak la aku siapkan. Tapi kali ni lebih bergaya sikit lah. Takkan nak pergi kenduri kawen selebeh je. Dah la aku tukang bawak hantaran. Bawak sirih junjung pulak tu. Aku duduk depan sekali ! Ecehh, bangge pulak.




Bersama sepupu-sepupu tersayang. Tengok cupcake tu ! Meleleh air liur.




Gambar kat atas tu dekat rumah sape entah. Sepupu aku salin baju kat situ. Kitorang pulak dihidangkan dengan cupcake yang serious terbaik dari kebun anggur. Aku makan satu rasa nak lagi tapi malu pulak. Nasib baik ade perasaan malu, kalau tak habis cupcake makcik tu. Sape nak jawab ?








Sopannya aku duduk. Kalah pengantin. Dah lah pinky habis !





p/s : Gambar tak ikut urutan. Shooorryyy >.<


Kbai !




Labels: ,