Followers

Friday, February 17, 2012

Pergi untuk selamanya.




Cukup la kalau aku bagitahu yang aku dah clash dengan dia. Kali ni betul-betul clash. Takde istilah rujuk ke ape. Tipu besar kalau aku cakap aku tak sedih. Berpunca dari aku dan yang merananye aku. Sebelum ni aku seronok mintak putus dengan dia, sebab aku tahu dia akan pujuk. Aku suka dipujuk. Tapi kali ni aku silap ! Dia betul-betul tinggalkan aku.


Pada mulanya dia bagi aku masa 3 tahun untuk berubah. And dia janji akan cari aku balik lepas aku betul-betul berubah. Memang susah aku nak terima, 3 tahun tu bukan sekejap. Tapi aku ego, aku buat tak dengar je ape dia cakap. Aku nyanyi-nyanyi, aku melawan cakap dia. Dia menangis pujuk aku buat tak tahu je. Mungkin dah terlalu lama aku uji dia, sampai kesabaran dia hilang !


Hari ni aku excited nak pujuk dia balik. Sesekali ape salahnye aku buang ego demi orang yang aku sayang kan ? Tapi hancur hati aku bila dia bagitau yang dia dah ade adik angkat. Dan dia tak nak terima aku. Dia tetap suruh aku tunggu 3 tahun. Puas aku merayu, aku pujuk dia. Dia cakap dia nak single, lagipon dia dah ade adek angkat.


Hancur luluh hati aku. Cepat betul dia mulakan hidup baru. Aku mintak nak macam dulu dengan dia. Mungkin sebab kesian so dia terima aku. Aku suruh dia tinggalkan adik angkat dia tu. Dia macam nak tak nak je. Dia pon cakap agak kasar dengan aku. And aku dapat agak yang dia dah tak perlukan aku.


Tadi dia cakap dia dah lepaskan adik angkat dia tu. Untuk berlaku adil dia akan lepaskan aku pulak. Berderai lagi air mata aku. Kalau dulu bila kitorang putus semangat dia kejar aku balik. Ni aku merayu sekalipun dia dah tak peduli. Betul ke dia pernah sayang aku dulu ?


Dia cakap jangan berharap sangat dia akan kembali cari aku. Sebab kitorang banyak perbezaan. Lepas dia bagi aku harapan, dia mintak aku lupakan macam tu je. Permainan cinta kan ? Sedih. Lepas ni aku akan nampak dia senyum dengan perempuan lain. Salah aku sebab tak jaga orang yang betul-betul sayang aku. Dia sanggup berubah untuk puaskan hati aku. Tapi aku ?


Sekarang aku cuba berubah, tapi takde peluang kedua yang diberikan ! Sakit dalam hati ni tak dapat aku nak ungkap dengan kata-kata. Nekadnye dia buat keputusan. Aku tak percaya semua ni berlaku. Terngiang-ngiang lagi janji yang dia bisikkan kat aku. Terlalu banyak janji.


Harap dia bahagia dengan keputusan dia.

2 comments:

Ain Zulaikha said...

hurmmmmmm , kalau kita sayangkan dia, kita patut hargai dia :)

Syifa said...

Past is past :'(

SINGLE OHSEMMM, MAYBE ?.
 
Atas