Syifa
Kemana ku menghilangkan diri.
Saturday, March 31, 2012 March 31, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Ye ye, aku tahu dah seminggu lebih aku tak update. Relaks, jangan serang aku membabi buta. Aku bukan malas update ( ade lah sikit ), tapi aku pergi kem 5 hari dekat Kuantan. Seronok dan penat bergabung menjadi satu, so perasaannye mestilah terbaek. Muka aku pon dah macam abang askar. Sampai abah cakap seiras negro. Perghh, sentap. Nanti kalau rajin aku update full ye.

Labels:


They don't love me.
Friday, March 23, 2012 March 23, 2012 | 3 Comment(s)



Kehilangan. Semua orang takut dengan perkataan tu. Tak kesah la hilang one of family members, kawan, beloved stuff dan sebagainya. Kadang hilang pensil picit pon kecoh satu class ! Actually, bila dah jadi milik kita, of course kita harapkan kekal untuk selamanya. Paling sakit bila kita sedar bahawa kita akan kehilangan seseorang yang kita sangat sayang.


Dia insan yang berjaya curi hati kita. Dia yang buat dunia kita indah, dia yang buat kita ceria, dia yang ada siang malam teman kita, dia sanggup korbankan masa dan duit untuk kita, dia menyempurnakan hidup kita, dialah segalanya. Kita sayang dia tapi hakikatnya kita harus lepaskan dia.


Sedih tak bila orang yang kita sayang sebenarnya terseksa hidup dengan kita?  Sekuat mana pun kita cuba tahan dia dari pergi, sampai satu saat bila kita dah tak mampu lagi menahan, dia akan pergi. Sekali pun kita merayu, tak mungkin dia berpaling lagi. 


Biarlah dia bahagia, aku pun tumpang bahagia jugak.


Bila dah putus kebanyakannya akan cakap cenggitu. Tapi mulut je kan ? Hati siapa tahu. Sanggup ke kita tengok dia bahagia dengan orang lain ? Padahal dulu dia janji takkan tinggalkan kita, takkan sayang perempuan lain selain kita. Kenapa semuanya berubah ? 


Datang dan pergi. Itu normal dalam kehidupan. Bila someone hadir dalam hidup kita, jangan genggam dia terlalu kuat. Takut nanti kita sukar melepaskan saat dia ingin pergi. Why dont you just stick around with me ? Kenapa mesti pergi :'(


Sorry, nothing to write so merepek jela !

Kbye !

Labels:


Sedih datang lagi.
Tuesday, March 20, 2012 March 20, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum and nite peeps !





Lepas break up dengan Gegar seriously memang aku down gila. Kenangan setahun 4 bulan bersama dia ibarat kejar aku. Mana aku pergi, segenap ruang memang aku akan teringat dia. Time tu Tuhan je tahu sengsaranye aku. Bukan member tak nasihat tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kira. Zero. Empty. Tiap malam aku berkurung dalam bilik then nanges. Ubat kat tepi je. Bila aku penat aku telan ubat dan zzzzzzzzz ! Bangun pagi pergi sekolah dengan mata yang bengkak. Aku cuba happy, tapi sakitnya hati bila senyuman dan gelak yang aku keluarkan tu semuenye fake !


Bila berakhirnya hubungan aku dengan dia, aku rasa dunia kosong. Bila on facebook ramai yang bagi nasihat. Termasuklah yang sorang ni. Aku tak tahu kenape aku rasa senang bercerita dengan dia. Aku luahkan segalanya, apa yang aku pendam selama ni. Dan dia banyak bagi nasihat. Dalam tak sedar kitorang bertukar phone number. Malam tu jugak dia call aku even dia pakai maxis. Time dia call tu aku tengah nangis as usual, pastu dia dengar. Puas jugak ah aku cover. Then sambung chatting balik.


Hampir setiap hari kitorang chat since nak mesej kan susah. Sampailah oneday aku dapat sim maxis adik aku punye. So kitorang start mesej even tak kerap sangat. Memang tak nafikan yang dia baik dan kelakar dan ambik berat pasal aku dan baik dan baik dan baik ! Apa yang dia cakap tu kadang-kadang buat aku melayang jugak ah. Pernah dia call aku pagi-pagi sebab nak cakap ILOVEYOU. Time tu aku kat hotel Gambang. So sweet :)


But now, everythings ruined up. Kitorang takde mesej langsung. Chat pon jarang-jarang. Aku tunggu dia tiap malam sampai aku tertidur. Aku paham kalau dia busy. Bukan tu masalahnye. The problem is, dia dah lain. Atau aku je yang rasa cenggitu. Maybe ni totally salah aku. Aku terlalu mendesak dia kot. Aku dah terbiasa dengan perangai camni. Thats why semua lelaki tinggalkan aku. Dan tak mustahil he will leaves me too.


Dua tiga hari ni aku asyik menanges je. Puas tahan tapi menitis jugak airmata ni. Sampai aku terpikir, tak penat ke mata aku ni mengepam air. And apa-apa yang berlaku lepas ni, AKU PASRAH :'(


Miss sweet moments with you.

Labels:


Selamat Hari Wanita :)
Thursday, March 8, 2012 March 08, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello peeps !


Okay, aku baru tahu yang hari ni Hari Wanita Sedunia through Facebook. Nampak ramai sangat yang update status pasal ni. Tujuan hari wanita ni of course untuk menghargai wanita yang sememangnya berjasa kepada negara. Twenty years ago, mungkin jasa wanita tak begitu menonjol. Orang hanya mengagumi dan memuji kehebatan lelaki. Sekarang, wanita dah sama level dengan lelaki. Malah, di sesetengah negara wanita yang memegang tampuk pemerintahan.


* Copp, kenape aku buat karangan Pengajian Am ni ? *


Sewajarnya kaum lelaki menghargai wanita especially ibu mereka sendiri. Tanpa susah payah wanita yang menjadi tulang belakang kaum lelaki, mereka akan lemah. Tapi most of them pandang rendah dekat kaum wanita kan ?




Muhasabah diri anda dan hargailah wanita. Happy woman's day :)

Labels:


Let go of your past !
Tuesday, March 6, 2012 March 06, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Lately kat tempat aku ni cuaca tak menentu. Kalau hujan tu lebat sangat, and kalau panas tu panas sangat. Due to this situation, kesihatan aku sangatlah terganggu. Tengah hari aku akan rasa tak bermaya, demam, batuk and yang paling best migrain ! Rasa macam nak hantuk je kepala ni dekat dinding. While, malam pulak aku akan menggigil kesejukan plus kaki tangan rasa kebas. Aku selalu terjaga tengah malam sebab tak tahan sejuk.


K takde motif pon cerita macam tu. Semalam tamatlah sudah exam UP1 yang dah berlangsung almost one and a half week. Rasa ringan sikit kepala ni, tapi tak boleh enjoy sangat sebab ade exam yang lagiiiiiii besar dari ni dan lagiiiii penting. Serious aku tak ready lagi :(


Tadi cikgu ade bagi result. BM 1 aku fail ( kat rumah cakap German ), Geografi Fizikal 72% ( Alhamdulillah, second highest ) and Pengajian Am 1 cukup makan jela, 55%. Sangat menurun compared last year punye result. Waaa, acane nak cakap dengan ma abah ni. Tak sanggup nak tahu result paper lain.




Once again, I'll open my heart and learn to love somebody. Hope pilihan kali ni tak mengecewakan. 

Labels: ,


Mencari ketenangan di pantai :)
Sunday, March 4, 2012 March 04, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


K, jangan tanya kenapa lama aku tak update. Tak berapa semangat nak hadap blog sebab dulu kat sini tempat aku kongsi cerita tentang aku dan dia. Tapi sekarang semuanya dah berakhir kan ? Dah taknak cakap pasal ni. Aku kuat, aku dah okay !


Minggu lepas aku follow abah bawak anak buah dia bercuti kat Rompin. Malas ah nak tulis panjang lebar. Aku tahu korang bukan baca pon kan. So biar gambar yang berbicara. Most of gambar yang aku tempek nanti of course ade muka aku. Sila muntah hijau !



Dari pukul 5 petang sampai 10 malam duduk dalam kereta. Memang kebas la kan. Duduk cari chalet punyalah payah. Tu la, tak book awal-awal lagi. Untuk pengetahuan korang, yang pergi ni bukanlah ramai sangat sampai berbas-bas macam pergi Gambang hari tu. Kali ni tak lebih 30 orang je kot.



Finally jumpa jugak chalet yang sesuai dengan tema kali ni iaitu percutian bajet ! Time ni pon dah gelap gelita so takde chance nak merayap segenap kawasan. 





Lepas dah masuk bilik kitorang salin baju and turun bbq dekat pantai depan chalet ni. Okay, aku cakap salin baju sebab memang tak sempat nak mandi tau. Bbq pukul 11 malam. Kau ade ? Haha !







Abah tengok 3 anak bujang ni bakar ayam. Perghh, memang diorang bakar sungguh la. Hangus ! Tengoklah api bapak ah besar.







Bosan tunggu. Event ni habis dalam pukul 1 pagi camtu la. Then balik bilik terpukang atas katil. Esoknya aku dengan abah je turun breakfast. After breakfast pergi round sekitar chalet then main kat pantai. Jangan tanya kenape aku pakai baju yang sama macam malam tadi punya. Sebab aku tertinggal satu baju. Haha :)







Chalet ni penuh dengan flora. Memang terasa nyaman je. View kat sini pon cantik untuk photoshoot ke ape. Ceyy ceyy, aku jadi promoter tak berbayar pulak.










Kan dah cakap banyak gambar aku je. Ahaks ! Takmo marah-marah tau. Lepas habis basah dok bergambar dalam air kitorang balik bilik and mandi-mandi.



Nak check out dah. Sobs sobs, sedih kot. Tapi mak cakap lain kali nak datang lagi. Kitorang check out awal la jugak, dalam pukul 11 sebab nak tengok adik dekat MRSM Muadzam. 



Ni pulak kat jeti, time tengok orang kerja abah mancing. Angin kat sini jangan cakap ah, kuat gilaaa. Tapi syok, rasa tenang je kat pantai. Dah refresh !











Labels: ,