Syifa
Cinta dan airmata.
Thursday, April 12, 2012 April 12, 2012 | 2 Comment(s)

Cinta itu indah namun ada pahitnya. Kadang cinta si dia mampu buat kita terasa seperti di awangan. Namun, lumrah alam menetapkan panas tidak semestinya sampai ke petang. Begitu juga dalam percintaan, bahagia bukan sepanjang masa. Ada kala perselisihan faham, pergaduhan, cemburu dan sebagainya membuatkan sesebuah perhubungan itu huru-hara.


Tipu la kalau nak cakap kau bahagia all the time kan ? Hidup ade pasang surutnya dan atas bawahnya. Bergantung atas individu atau pasangan tersebut untuk react bila sesuatu yang buruk melanda hubungan mereka contohnye nak cool kentang, tiba-tiba jadi hulk atau buat muka tak bersalah je bila pasangan korang keluar dengan orang lain. Contohnye lah -,-




Walau perit manapun kisah cinta kita, jangan pernah sesekali membenci cinta. Sebab kita sendiri datangnya dari rasa cinta dua orang manusia yang berlainan jantina iaitu mak ayah kita. Seperti yang aku selalu pesan sebelum ni, jangan terlalu genggam cinta tu. Let it moves freely. Cinta tu bebas sebenarnya.


Cinta biasanya hadir bersama keindahan dan juga kesedihan. Hakikat yang kita tak boleh tolak, cinta dan airmata dah macam adik beradik. Saat kita menangis bukan bermaksud tu pengakhiran sebuah kisah cinta. Anggap ianya sebagai satu ujian dari Allah. Kalau kita sabar, insyaAllah kesabaran kita akan terbalas dengan sesuatu yang kita tak terduga.




Bercintalah bila kau dah bersedia, bukan kerana kau kesunyian :)


Kbye !

Labels: