Syifa
Terluka.
Tuesday, June 12, 2012 June 12, 2012 | 2 Comment(s)

Selalu saya mencuba dan mencari jalan untuk melupakan awak. Walau saya tahu itu semua hanya sia-sia. Namun saya sedar, cinta awak bukan untuk saya :'(





Kalau dalam hati tiada rasa sayang, kenapa cemburu?
Kalau dalam hati tiada rasa cinta, kenapa selalu teringatkan dia?
Kalau dalam hati tiada rasa kasih,, kenapa harap dia muncul dalam mimpi?
Dalam hidup ni, terlampau banyak soalan yang takde jawapan.


Bila ditanya mengenai dia, aku akan jawab
'' Aku dah lupakan dia''
'' Takpelah, bukan jodoh kami ''
'' Aku bahagia laa tanpa dia ''
'' Kalau dia happy, aku pun tumpang happy ''
Cliche right ?


Its so hard to say since you are far away. Segalanya berubah dengan begitu cepat. Walaupun dah 4 bulan saya hilang awak tapi susah nak lupakan awak. Mulut lain, hati lain. Saya mungkin kuat di luaran. Bila mana orang bertanya kenapa hubungan kita berakhir, saya dengan tersenyum mengatakan bahawa tiada jodoh di antara kita. Orang nampak saya kuat. Tapi hakikatnya, hati saya meraung menafikan perpisahan kita !

Labels: ,


Dear past, I have to move on.
Monday, June 4, 2012 June 04, 2012 | 0 Comment(s)

Biarkan lah aku sendiri meneruskan hidup tanpamu disisi. Aku relakan engkau pergi andai itunya mahumu :)

Malam tadi rasa down sangat-sangat. Kenangan demi kenangan yang aku cuba padam muncul balik satu persatu. Kenapa susah sangat nak lepaskan cinta yang satu ni. Semakin aku cuba lupakan, semakin kerap bayang dia hadir dalam mimpi aku. Aku tahu aku tak patut kenang dia lagi. He's my past !


Seriously aku bukan berdendam. Aku dah maafkan dia. Aku dah cuba ikhlaskan hati supaya lepaskan dia. Sehari dua mungkin hati aku tenang, tapi bila aku duduk sorang-sorang, mulalah macam-macam timbul. Dan akhirnya aku menangis.


Aku tak pasti adakah aku akan dapat sayang lelaki lain macam mana aku sayang dia dulu. Aku rasa itulah pertama kali aku betul-betul sayang bf aku. Kerana terlampau sayang jugaklah aku ditinggalkan. Dan aku jugak yang merana sebab tak boleh nak lupakan dia sepenuhnya.


Mustahil aku dapat lupakan dia. Mungkin sampai aku dah kawen nanti aku tetap tak boleh lupakan dia. Tapi aku akan pastikan bakal suami aku tetap nombor 1 di hati. InsyaAllah. Semoga aku bertemu jodoh yang baik dan boleh bimbing aku ke jalan Allah :)



Labels:


Saya sayangkan persahabatan ini.
June 04, 2012 | 0 Comment(s)

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang boleh berhubung. Tapi apakah itu kawan ? Teman warung kopi, geng-geng seperjuangan , member lepak-lepak, rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil. Takde prejudis, takde perbezaan, takde pertandingan, takde persaingan. Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. 


Takde hal, sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. Tak payah keluar rumah. Hanya gerakkan mouse dan keletak keletuk je keyboard. Boleh suka benda yang sama, tak suka pon takpe. Kenal tak kenal belakang cerita. Risiko kita tanggung sendiri, kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak terduga.







Labels: ,


Patut ke kita terima orang yang kita tahu masa silamnya dulu teruk ?
Friday, June 1, 2012 June 01, 2012 | 0 Comment(s)

Sekali lagi aku mendustai janji nak update belog setiap hari di musim cuti ni kan ? Kan best kalau update belog ni senang. Niat je dah siap entry panjang berjela. Bukan ape, aku ni kalau update step by step tau. Mula dengan tajuk. Kat situ je aku dah stuck berjam-jam nak pikir tajuk. Ni pun aku skip dulu tajuk dan dengan jayanya aku menulis tanpa mengetahui apakah motif entry kali ni. Zasssssssss !


Okay serious !


Sekarang ni aku tengah keliru. Patut ke kita terima orang yang kita tahu masa silamnya dulu teruk ? Dah nama pun masa silam, means something yang dah lepas. Boleh ke kita percaya bila dia cakap yang dia dah berubah ? Aku susah dah nak percaya lelaki.


Dulu aku pernah sayang someone ni sekuat hati aku laa. Memang dah yakin sangat dia jodoh aku. Tapi tup tup, dia hilang sekelip mata jee. Lepas clash dengan dia, aku rasa semua lelaki yang hadir dalam hidup aku tak ikhlas. Aku tak nampak kejujuran diorang. As a results, dah dua tiga kali aku couple then putus.


Susah nak dapat pengganti kau :'(


Now aku tengah mengenali hati budi seseorang. Tak perlulah sebut nama dia sebab aku takut perkenalan ni pun putus sekerat jalan je. Dia dah cerita semua kisah silam dia. Aku takde masalah sebab aku tahu people make mistakes kan. Aku suka kawan dengan dia sebab dia jujur.


Dah 3 kali kitorang keluar. Dan dia layan aku macam aku ni awek dia pulak. Lepas tu dia bahasakan diri dia tu bie. Haha, tapi dia lucu and sometimes garang. Kitorang boleh tahan sekepala laa. Asal nampak orang pelik sikit mula laa muncung-muncung bibir dok bergosip. Yang paling tak tahan dia panggil aku cikgu ! Aku pon taktau kenape.


Aku tak berharap banyak. Sebab aku tahu, makin banyak aku berharap, makin terluka aku nanti. Tiap kali keluar dia selalu cerita pasal ex dia. Memang tu cinta mati dia dulu. Tapi sayang sebab perempuan tu tinggalkan dia untuk mencari kebebasan. Daripada cara dia cerita, aku tahu mustahil dia akan lupakan ex dia tu. Haha, I'm okay with that :'D



Labels: ,