Syifa
Waktunya akan tiba.
Thursday, April 4, 2013 April 04, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.





Wajahnya sering terbayang di minda.
Minda yang sentiasa tertanya-tanya.
Bertanya pada Ilahi, bilakah waktunya akan tiba.
Tiba untuk menerima lamaran dari si dia.


Tangan ditadah tanda berdoa.
Doaku hanya padamu Ya Allah.
Allah maha mendengar lagi maha berkuasa.
KuasaMu menjadikan aku dari tulang rusuk kiri si dia.


Pemilik rusuk kiriku....siapakah dia ?
Dia yang dipilih Allah, tanpa aku mengetahuinya.
Mengetahui bahawa rupa-rupanya dia.
Dia....yang berada di depan mataku.


Aku tak ragu, juga tak bimbang.
Kerana setiap insan diciptakan untuk hidup berpasangan.
Cuma siapa pasangan kita akan kekal menjadi rahsia Allah.
Sehingga waktunya tiba untuk kita saling melengkapi, dan halal disisi agama :)

Labels: