Syifa
Poligami.
Thursday, July 18, 2013 July 18, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana, Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah 
Tak usah bicara tentang zuriat  
Kerana, Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… 
Tak usah bicara tentang setia  
Kerana, Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan 
Tak usah bicara tentang tanggungjwb 
Kerana, Aku tahu kau lebih arif tentang itu 
Tak usah bicara tentang kesempurnaan 
Kerana, Aku terima kekurangan kau kerana Allah 
Tak usah bicara tentang dia  
Kerana, Aku diasingkan darimu kerana dia  
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah 
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. 
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… 
Kerana satu dunia tahu. 
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
DAYANA 



Short but deep ! I'm so touched when first read this puisi. And I re-read more than four times. Just to find out the meaning besides this wonderful words. Bukan calang calang orang yang boleh tulis puisi sebagus ini, kecuali ia nya betul betul lahir dari hati.




And I bet, ramai yang tersentuh bila membacanya right? Me too. I just can feel that Dayana such a good wife, looking a video on Youtube (video di mahkamah), Dayana nampak tenang dan masih tersenyum manis. Tapi semua tahu tu senyuman palsu. Aku  percaya kita semua tak berniat untuk masuk campur hal rumahtangga mereka, but we fight for a womans right.




Poligami itu tak salah, malah sunnah.




Tapi yang menjadikannya salah bila si suami menipu. Tidak merujuk kes Ashraf Muslim semata-mata, ramai lelaki yang berani berpoligami tapi tak berani nak beritahu isteri tentang niat mereka. Dan lebih menyedihkan bila si siteri ditipu. Bayangkanlah perasaan kami seorang wanita, yang dah tentu lembut hatinya, mungkin hancur hati disaat tahu terpaksa berkongsi kasih sayang dengan insan yang digelar "madu"




Madu manis bagimu, pahit bagi diriku......




Setabah manapun perempuan yang menerima istilah bermadu, pasti ada sedikit tercuit perasaan. Kalau dulu kita tahu kasih sayang dan cinta suami hanya untuk kita, tapi kini ada insan ketiga. Insan ketiga yang halal dan layak dapat apa yang kita dapat.




Tak terfikir dan taknak fikir apa akan jadi kalau aku diduakan. Masa bercinta setia bagai nak rak, tapi bila dah kawin, baru dua tiga tahun diuji dah cari lain. Hanya mereka berdua yang tahu apa terjadi dalam rumahtangga mereka. Aku tak salahkan Ashraf Muslim berpoligami, jujur saja lebih baik sebenarnya. Lepastu terpulang kepada Dayana atas apa jua keputusannya.




Semoga rumahtangga mereka bahagia hendaknya, semoga Dayana insan seterusnya yang dipilih untuk menerima payung emas dari Allah. Dan kepada lelaki diluar sana, perempuan juga ada hak bila anda ingin berpoligami, bincang dulu, mintak keizinan, tapi taktau la bape peratus je yang izinkan yedakk? Pandai pandailah yeee.

Labels:


Stuck in process.
Wednesday, July 17, 2013 July 17, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Saat ini, aku cuma nak cakap yang aku mengalami tekanan perasaan yang agak tinggi. Tahap sikit je lagi nak hantuk kepala ni kat bantal, cewahhh tak rare langsung. Bukan ape, kemain susah rupanya nak settlekan hal kemasukan ke universiti ni. Dengan nak sahkan itulah, penuhkan biodata la, bukak akaun bank la, gambar pasport la, biasiswa la, ptptn la, semua tu buat otak aku senak !




Yang paling senak bila laman web buat hal. Aku ni menangis tak berlagu bila nak bukak pastu error. Time orang nak cepatlah dia error pulak. Bukan ape, kalau boleh aku nak settle kan awal awal. Pasni boleh fokus puasa, pastu rayaaaa. Bila buat lambat ni dah tentu aku rushing. Bila aku rushing aku akan naik gelabah. Mula la nak marah tak tentu pasal. Hmmmm.




p/s : Doakan aku tabah settle down all of this. Thanks.

Labels: ,


Degree of......
Friday, July 12, 2013 July 12, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



First of all selamat berpuasa kepada semua umat Islam, belum terlambat kan? Actually agak sedih bila tengok dekat facebook, twitter, ramai yang mengadu lapar, letih, tak tahan la, nak berbuka la. And mereka terdiri daripada remaja belasan tahun, bukan anak kecil ! What a surprise. Bagi aku tak perlulah update or tweet sebegitu. Macam la tak biasa berpuasa kan.




Thats not my point.




11072013 which is hari Khamis iaitu 2 Ramadhan, batch 93 yang ambik stpm tahun lepas boleh check upu untuk mengetahui sama ada permohonan sambung degree berjaya atau tak. So quite a touh day for me. Dari malam tu lagi aku tak boleh tido, dok mikir aje dapat ke tak.




Dan bila tepat jam 12 tengah hari, keputusan permohonan dah boleh disemak, tapi aku tak semak terus. Takut punya pasal. Aku jadi silent reader kat twitter, ramai yang tweet dapat situ la, sini la. Aku pon double berdebar. Duduk je ngadap depan netbook, lepastu sibuk mintak nombor ic orang lain, nak tolong check la kononnya.




Nak dekat sejam jugak aku tunggu, saja malas check awal awal, sebab tak dapat terima hakikat andainya di-reject. Then tetiba ogy whatsapp dia cakap dia dah tolong check untuk aku, dekat phone. Punya la tak sabar nak tau agaknye. Aku nak marah jugak mula mula tu, tapi bila pikir balik biarlah dia check, aku sendiri yang tak berani.






Ogy cakap aku dapat uum, tapi aku marah dia sebab main main. 





Lepas dapat whatsapp tu terus aku check kat website dia pulak, alhamdulillah rezeki kat uum rupanya. Ijazah sarjana muda pengurusan awam dengan kepujian.

Labels: ,


Homemade pizza.
Monday, July 8, 2013 July 08, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, cuaca petang ni cantik sangat. Mendung, angin pon sepoi sepoi bahasa, feeling rumah kat tepi pantai. Dah seminggu dua tak update sebab malas, takde idea, dan baru-baru ni netbook aku bagi ogy pegang. Tak kuasa mak nak update blog guna phone.



Sekarang ni aku tengah aktif meng-usya resepi dessert untuk dicuba BILA RAJIN. Selain tu aku jugak mentelaah resepi western food terutama sekali pizza ! Taktau bila hantu pizza masuk dalam badan ni tapi since sebulan dua ni tekak nak makan pizza aje. Jenuh berulang ke kedai pizza. Kalau order pastu dapat terus takpe, ni kena tunggu 20-30 minit.



Dulu masa belajar Kemahiran Hidup pernah la aku buat mende alah pizza ni, well aku belajar Ekonomi Rumahtangga, memang kerja memasak dengan menjahit aje ! Cikgu Laili ajar buat pizza, balik rumah ape lagi, praktis terus sebab cara nak buat memang senang gila. Semangat sangat buat pizza sampai aku lupa nak cut resepi. Aku ikut resepi asal yang buat kat sekolah, memang besar gedabak la pizza aku. 5 hari makan pon tak habis.



Lepas pada tu aku tak cuba dah buat pizza, malas dan kekurangan bahan kat rumah. Tak rajin la pulak nak ke kedai semata-mata beli bahan buat pizza. Aku suka aplikasikan ape yg ade kat rumah je. Dah setahun dua tak cuba, sekarang memang totally lost. Aku tak ingat langsung cemana nak buat doh pizza tu.



Then td masa tengah guna khidmat pakcik gugel (google) untuk menggugel resepi yang konon-konon nak dicuba masa bulan Ramadhan ni, aku terjumpa resepi pizza yg gila senang ! Tak payah susah susah buat doh. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.



Tak percaya lagi?



Lantak korang la.



Kihkihkih, cekidaut link ni okay klik sini








p/s : Nak cuba nak cuba !

Labels: