Syifa
Homemade pizza.
Monday, July 8, 2013 2:20 AM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, cuaca petang ni cantik sangat. Mendung, angin pon sepoi sepoi bahasa, feeling rumah kat tepi pantai. Dah seminggu dua tak update sebab malas, takde idea, dan baru-baru ni netbook aku bagi ogy pegang. Tak kuasa mak nak update blog guna phone.



Sekarang ni aku tengah aktif meng-usya resepi dessert untuk dicuba BILA RAJIN. Selain tu aku jugak mentelaah resepi western food terutama sekali pizza ! Taktau bila hantu pizza masuk dalam badan ni tapi since sebulan dua ni tekak nak makan pizza aje. Jenuh berulang ke kedai pizza. Kalau order pastu dapat terus takpe, ni kena tunggu 20-30 minit.



Dulu masa belajar Kemahiran Hidup pernah la aku buat mende alah pizza ni, well aku belajar Ekonomi Rumahtangga, memang kerja memasak dengan menjahit aje ! Cikgu Laili ajar buat pizza, balik rumah ape lagi, praktis terus sebab cara nak buat memang senang gila. Semangat sangat buat pizza sampai aku lupa nak cut resepi. Aku ikut resepi asal yang buat kat sekolah, memang besar gedabak la pizza aku. 5 hari makan pon tak habis.



Lepas pada tu aku tak cuba dah buat pizza, malas dan kekurangan bahan kat rumah. Tak rajin la pulak nak ke kedai semata-mata beli bahan buat pizza. Aku suka aplikasikan ape yg ade kat rumah je. Dah setahun dua tak cuba, sekarang memang totally lost. Aku tak ingat langsung cemana nak buat doh pizza tu.



Then td masa tengah guna khidmat pakcik gugel (google) untuk menggugel resepi yang konon-konon nak dicuba masa bulan Ramadhan ni, aku terjumpa resepi pizza yg gila senang ! Tak payah susah susah buat doh. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.



Tak percaya lagi?



Lantak korang la.



Kihkihkih, cekidaut link ni okay klik sini




gambar encik gugel lagi !



p/s : Nak cuba nak cuba !

Labels: