Followers

Thursday, August 1, 2013

Patah tumbuh hilang berganti.

Assalamualaikum.



Cewahh, lama tak berblogging tetiba tajuk kemain puitis. Sebenarnya nak dijadikan cerita, netbook kesayangan aku merangkap kawan baik aku rosak. Sedih tak terkata, netbook tu tersimpan 1001 cerita. Dah la netbook tu rosak dalam keadaan yang menyayat hati. Aku takde disaat nyawa netbook dihujung tanduk, balik rumah je nengok netbook dah calar balar. Sadis.



Harap dapat bawak netbook tu bila aku masuk u nanti, sebab laptop abah rosak, takkan nak bawak netbook uda, nanti sian adik adik susah nak online. Nak dipendekkan cerita, malam tadi mak belikan aku laptop. What a suprise, sebab masa tu aku takde kat rumah. Balik rumah je abah menyeprisekan (men-suprise-kan) aku.



Ni masih kekok lagi menaip, sebab keyboard netbook kecik, laptop ni besar. Kalau guna netbook aku menaip takyah pandang keyboard pon, guna laptop ni mata memang stick kat keyboard. Kalau aku menaip tak pandang keyboard, aku tekan huruf lain, huruf lain yang keluar. Kena biasakan diri dulu.



Mak, abah, terima kasih. Kaklong janji akan belajar bersungguh-sungguh.

No comments:

SINGLE OHSEMMM, MAYBE ?.
 
Atas