Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Bukan lagi musuh.

Untuk sesiapa pun yg pernah hadir dalam hidup aku, terima kasih. Terima kasih untuk kasih sayang, perhatian dan kenangan. Sekarang rasa lega dan ringan sangat bila dah memaafkan semuanya. Buat apa simpan dendam, mereka pun pernah bahagiakan kita sebelum ni. Perjalanan dah diatur Tuhan, ada hikmah disebalik semuanya.Hai musuh, jom jadi kawan?

11 Mei

Izinkan aku menulis apa yang terbuku dihati, bukan menagih simpati, cuma ini cara aku meluahkan --Tarikh ni sepatutnya genap dua tahun dua bulan hubungan kita. Tarikh yang aku tunggu setiap bulan, walau aku tak tunjuk tapi aku masih ingat. Dua tahun bukan tempoh yang sekejap, dan aku harap kita kekal sampai jodoh satukan kita. Tapi apakan daya, sampai sini je kita bertahan. Sedih dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu. Walau aku luah dekat kawan, masih ada yang tersimpan. Entahlah, rasa tiada dendam, cuma banyak terkilan sebab ditinggalkan dalan keadaan yang terpana-pana.. Sampai sekarang masih susah nak terima kenyataan.Lagi perit nak terima bila dengan mudahnya kau jumpa pengganti.

Berakhir lagi

Kau okay ke ni?"
"Aku okay jela.."
Nak tipu orang mungkin senang, tapi sakit bila terpaksa tipu hati sendiri. Bagi aku sikit masa lagi, aku betul-betul nak lupakan semua ni
Maaf sebab aku masih tak mampu move on macam yg orang lain suruh, maaf sebab kenangan tu masih jelas, maaf sebab suara tu yang masih aku rindu, maaf sebab hati ni masih sayang.