Syifa
Update later.
Wednesday, August 31, 2011 August 31, 2011 | 0 Comment(s)





Assalamualaikum and Hello earthlings :)




Wahh, rata-rata blogger dah update pasal hari raya kan ? Cuma aku je yang tak berkesempatan lagi. Bukan ape, semalam baru balik berjalan, hari ni sedara datang rumah pulak. Ni pun aku curi-curi online kejap. Nantikan kisah hari raya aku pulak okayy. Kbaii :)






Gambar sebelum balik kampung :)

Labels: ,


Betul kata orang, marah tanda sayang :)
Sunday, August 28, 2011 August 28, 2011 | 2 Comment(s)





Assalamualaikum and Hello semua :)



Percaya tak kata orang bahawa marah itu tanda sayang ? Kalau kita dimarahi seseorang, mesti kita beranggapan bahawa orang tu tak suka ataupun benci kita. Tapi pernahkah kita berfikir secara rasional dan positif ? Mungkin apa yang kita lakukan salah, sebab tu kita dimarahi. Aku kerap mengalami situasi sebegini.



Memandangkan bulan Ramadhan dah sampai ke penghujungnya, maka aku dan kawan-kawan ( Mira, Wa, Ada ) merancang berbuka puase bersama dekat KFC. Bila aku bagitahu dekat BF nak keluar pegi bandar, dia dah lain macam. Aku tau dia tak suka. Then ade pulak budak laki join sekejap dengan kitorang. Tapi aku duduk meja lain la. Dia tanye ade laki ke join, aku jawab la ade. Makin la moody nye die.



BFF ( Ada n Aku )



Mira n Wa



Ada, Aku n Mira berposing sementara tunggu waktu berbuka.




Percaya tak, aku makan due-due. Tapi share sikit dengan Ada.



Sahabat untuk selamanya :)




Lepas berbuka pergi kedai kamera teman Wa beli kamera. Takkan pergi kedai kamera beli basikal pulak kan ? Mase tu dah pukul 8 lebih kot. Duduk kat kedai kamera tu jumpe pulak baby omey-omey. Korang tahu kan aku sawan tengok baby nieh.




Aiyoo apek. Anda manyak comel maa.



Nak bawak apek ni balik.



Then nak pergi hantar Ada and Wa balik. Mase tu dah pukul 9 lebih. Aku and BF agak dingin la malam tu. Die macam nak taknak je text aku. Sampai rumah Wa lepak dalam tu sebab Mira (yang bawak kereta) jumpe kawan jap. Nanti nak balik rumah tinggal aku and Mira jela dalam kereta. Wa and Ada runsing la sebab risaukan kitorang. Tak ke bahaye ? Buatnye ade orang tahan nanti mampuihhh.



Tak lame tu BF call. Here are conversation between me and him. Tapi bukanlah sebijik. Aku ubah ikut kesesuaian tanpa mengubah maksud dan isi yang asal. 



Aku : Takut la nak balik berdua dengan Mira je nanti.

Bf : Haa, tau pulak takut. Yang keluar malam-malam tu nape ?

Aku : Jangan la marah.

Bf : Bukan masalah marah ke tak. Orang risau kang jadi ape-ape.

Aku : Nak risau ape ?

Bf : Awok tu perempuan ke lelaki ?

Aku : Perempuan.

Bf : Dah tu. Ingat orang suke ke awok keluar malam-malam. Orang marah sebab orang sayang awok tu. Taknak jadi ape-ape kat awok.

Aku : Yela. Sory la.



See. Terharu aku. Ada cakap la, garangnye Gegar. Yes, die memang marah aku kalau aku buat salah. And aku suke sebab aku tau die sayangkan aku. Die siap suruh member die yang kat area situ tengok-tengokkan aku. Die cakap lagi 5 minit tak balik die datang jemput. Aku taknak susahkan die sebab die tengah kerja kat masjid. So aku ajak la Mira balik.



So for those who always often scolded, bersyukurlah sebab masih ade yang menyayangi kita. Marah bukan kerna benci, tapi sayang. Sekian :)



Labels: ,


Last day at school before celebrating hari raya :)
August 28, 2011 | 0 Comment(s)





Assalamualaikum and Hello semua :)



Sebenarnye ni cerita hari Jumaat lepas tapi lambat update sebab gambar member baru masukkan. Semangat gile pergi sekolah sebab tak belajar. Hehe, huduh perangai. Dah la, malas nak membebel.












































Konklusinya, kitorang memang gila lensa :)

Labels: ,


Jangan nak tunjuk bagus depan aku !
Saturday, August 27, 2011 August 27, 2011 | 0 Comment(s)





Assalamualaikum and Hello semua :)



Kau, kau dan kau sila dengar sini ! Ape yang kau dapat kalau tunjuk bagus depan orang eh ? Padahal kau tak seberapa pun. Kau tahu tak yang sikap macam tu buat orang makin menyampah dengan kau. Nak gebang sane sini pasal kehebatan kau tapi, habuk pun tarakkk. Bila orang nasihat kau menjeling. Kalau la kat Malaysia ni hukuman tak ketat dan berat, dah lame aku korek biji mate kau tu !



Walaupun kau pernah buat taik/cari pasal dengan aku, tapi bila kau ucapkan kata MAAF aku boleh terima. Malah aku boleh lupakan semua tu. Ni tak, kau makin mengade-ngade ade la. Kau dah tahu tu salah kau, takkan aku pulak yang kena mintak maaf der ! Pikirlah sikit. Tak guna lagi aku berbasa-basi dengan orang macam kau ni. Sebab tu lah aku sound kau. Nak sedarkan kau dan kawan-kawan gedik kau. Tu pon aku sound secara sopan lagi. 



Jangan sampai semua pulaukan kau baru kau nak sedar dah la. Mase tu aku hanya mampu memandang. Bukan taknak tolong tapi aku dah warning awal-awal. Salah kau sebab taknak dengar. Kau abaikan nasihat aku sebab kononnye aku ni tak setanding dengan kau. Heyy, nak nasihat orang tak perlu pangkat, darjat, rupa dan sebagainya. Kau pikir-pikirkan lah ye. 






Gangster kampung pisang. Hakhakhak :)





Labels:


Review Blog Nana.
Thursday, August 25, 2011 August 25, 2011 | 2 Comment(s)




Assalamualaikum and Hello semua :)



Beberapa hari yang lepas ( maaf, terlupa tarikh ), Nana anjurkan segmen review blog. Aku pun join la. And hari ni dia dah review blog aku. Ngehngehngeh :)








So, aku nak review blog Nana pulak








Blog Nana ni warna pink, one of my favourite colour. Sedap mata memandang and kemas. Tak serabut. Sidebar kat tepi pun tak banyak. Loading cepat and paling best blog ni ade tempahan dengan tutorial. So, rajin-rajinlah korang jenguk and follow blog ni ye. Owner blog pun cute. Hehe :)


Labels: ,


Contest Blog Paling Colourful
Monday, August 22, 2011 August 22, 2011 | 4 Comment(s)





Assalamualaikum and Hello :)




Tadi check shoutmix and adik Alia ajak join contest ni. Kalau nak ikutkan blog aku ni tak layak lagi nak join contest tapi dah owner blog jemput kan ? Lagipun dia banyak tolong aku and buatkan header yang kawai untuk aku. So, I decided to join this contest.






Tag :



Labels: ,


Hello :)
Sunday, August 21, 2011 August 21, 2011 | 0 Comment(s)





MEET THE OWNER






Hello earthlings. My name is Nur Asifah Bt Mohd Zaki. I was born on 28th Sept 1993. Know me and I'll be your angels. Hate me ? Ouhh, you're plessure to do that. Nothing special about me. Sama seperti budak 18 tahun yang lain. Sukakan kebebasan, maklumlah baru nak up katakan. Tinggal di bumi Pahang yang tercinta #ececeh. Seorang yang tak pandai make up, kurang pandai masak, tak suka haiwan walaupun sering berkata '' eei, comelnye binatang tu '' and blablabla.



Lack of idea. I will update this later. Daaa :)

Labels: ,


Berdua Bersatu by Forteen
Saturday, August 20, 2011 August 20, 2011 | 0 Comment(s)



Assalamualaikum to Muslims and Hello to non-Muslims.



Baru ni time aku tengah feeling-feeling kan, ade sorang hamba Allah ni which is my friend share a song at my facebook. She said this song suit dengan keadaan aku yang tengah sedih mase tu la. Aku pun dengan blurnye pergi la dengar. And u know what, dah beribu-ribu kali aku ulang and try to memorize the lyric. Haha. Memang terbaek la lagu ni. Cuma aku taktau pasal group Forteen ni. Diorang new artist eh ? Muke boleh tahan la kacaknye. Take a first step and u go boys !



BERDUA BERSATU by FORTEEN






Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Labels: ,


Leave me alone. I'm crying but no one knows :'(
Tuesday, August 16, 2011 August 16, 2011 | 0 Comment(s)

hai



Mengapa yang lain bisa, mendua dengan mudahnya. Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta.


Assalamualaikum. 


Bila aku sedih, aku menulis.
Bila aku gembira pun aku menulis.
Aku lebih selesa luahkan semuanya dekat blog. 
Sebab blog bukan manusia, tak bernyawa. 
Aku tak harapkan orang bace luahan hati aku, cuma taknak pendam lagi kesedihan ni.
Dengan cara meluah, terubat sikit luka di hati. 
Mungkin masih ade parut bekas luka. 
Tapi tu semua aku jadikan kenangan terindah dalam hidup.


LOL ! Bangang kan intro die. Kalau tak suka tekan button X sebelah kanan laptop anda cepat-cepat. Entri aku semuanya annoying right. Sebab ape yang aku rasa, aku akan terjemahkan dalam bentuk penulisan. Maka terhasillah blog yang SUPER SERABOT ( SS ) ni. 


.................................................................................................................


Hari ni terbabas lagi. Tak ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Malam tadi berlalu macam tu je. Sikit pun mate aku tak ngantuk. Memang superb la. Pagi tadi macam biase duduk depan cermin and perasan ade something yang lain kat muke aku. Eh, ni muke aku ke ? Dengan mate yang tersangat-sangat bengkak hasil menangis sepanjang malam, rambut yang serabai + kusut, badan pun tak bermaya, macam mane aku nak pergi sekolah ? Mau member-member cop aku mati laki. 


Dengan muke yang innoncent, aku sarung tuala dekat kepale, keluar bilik. Aku nampak mak tengah iron baju. Tanpa memandang mak aku cakap ''' pening la, taknak pegi sekolah ''' Mak tak sempat balas ape-ape lagi aku terus masuk bilik. Lepas tu barulah nafsu tidur datang.


Harap hari ni lebih baik dari semalam. Kenape aku menangis ? Hanya aku, dia dan Allah je yang tahu.







Labels: ,


Raya nak dekat dah eh ?
Monday, August 15, 2011 August 15, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah 15 hari kita puasa. Lepas ni menghitung hari nak raya la pulak kan ? So baru-baru ni, tak silap aku hari Sabtu la kot, aku and family berbuka puasa di Temerloh then shopping raya FASA 1. * eh, ayat ape nieh ? *


Cehh, konon nak berfasa-fasa la sangat. First shopping ni beli baju kurung and melayu. Tahun lepas tema raya family aku merah maroon. Tahun ni rock sikit. Warna hitam kelabu. Adik aku la punye idea ni. Layankan saje. Kang hentak-hentak kaki kat kedai payah pulak yedakk?


FASA 1 ni habis belanja dalam RM 700++. Kat kedai baju tu saje dah RM 684. Tak termasuk kasut aku and mak aku lagi. Tahun ni gedik pulak nak pakai kasut high heels. Padahal tak reti nak pakai. Kena praktis hari-hari la nampak gayenye.


Now dalam perancangan nak tetapkan tarikh untuk bershopping FASA 2 pulak. Biasenye shopping kali kedua ni kat Kuantan. Beli baju and seluar pulak. Maybe hari Sabtu or Ahad minggu ni la kot. Woo, eksaited aku !





Exam dah lepas, boleh tak kalau nak cuti raye awal ?

Labels:


Cinta ibarat musim.
Sunday, August 14, 2011 August 14, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Percaya tak kita yang cinta tu ibarat musim sebenarnya. Ade musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh. Di awal perkenalan, pertemuan segalanya indah kan ? Bagi kita cinta tu indah dan berwarna-warni bak musim bunga. Alam percintaan memang menjanjikan kemanisan buat kita, tapi bila musim tengkujuh melanda timbul pergaduhan, pertelingkahan, cemburu dan salah faham antara pasangan. Tapi anggaplah tu semua ujian saje, cuba untuk kawal dan saling betolak-ansur. Musim kemarau pula bila tiada lagi persefahaman antara satu sama lain. Tiada lagi kata-kata manis, yang ada hanyalah tuduhan, makian dan sebagainya. Luruh.....sesuatu yang amat memeritkan kerana ianya bukan sesuatu yang dipinta. Sesungguhnya kesakitan cinta tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.



Labels: ,


Group paling best di Facebook abad ini.
Friday, August 12, 2011 August 12, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Sebelum ni aku hanya bace and dengar saje bloggers-bloggers cerita pasal satu group ni. Teringin nak join tapi disebabkan low self of confidence aku biarkan je. Dah ditahan, dipendam tapi tak berjaya. So aku nekad nak join jugak ini group. Ape nak jadi biar la.


Masuk hari ni rasanye dah dua or tiga hari kot aku join group ni. Mula-mula aku hanya like and baca ape yang diorang bualkan. Malu nak interrupt. Tapi aku tengok diorang semua jenis mesra alam so tak salah mencuba kan. Tadi aku komen-komen and memang seronok. Aku try la post something then respon yang aku terima sangat memberangsangkan.


90% dari ahli group ni adalah adik-adik aku. Terasa tua diri ini. Hukhukhuk. Even kita tak mengenali satu sama lain, tapi kita 1FAMILY kan. Hope korang sudi terima akak dalam dunia blog ni :) I LOVE BBB.


p/s : Mane-mane bloggers yang tak join lagi, sila log in FB anda dan join !

Labels:


Mak :)
August 12, 2011 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum.


Ni bukan entri sempena hari ibu ke ape. Tapi terpanggil nak menaip sebab kagum dengan kehebatan insan yang bergelar MAK !



Alhamdulillah. Selesai tolong mak kat dapur. Kesian tengok mak. Dari pagi sampai ke malam buat kerja non-stop. Mak aku memang SUPERMAK la ! Rutin dia :


04.00 am : bangun memasak untuk sahur.
05.00 am : kejut anak bangun sahur ( kadang sampai 5.20 am sebab ade yang liat nak bangun )
06.00 am : mengemas rumah then masuk bilik gosok baju kerja abah n baju sekolah adik-adik.
07.30 am : jemur baju n bersiap-siap pegi pejabat.
01.00 pm : balek rehat. kadang2 memasak untuk berbuka terus.
02.00 pm : pergi kerja semula.
05.00 pm : balek rumah n bertungkus lumus memasak. kadang abah tolong.
07.00 pm : makan time.
07.30 pm : kemas lagi dan lagi dan lagi.
09.00 pm : berehat sambil pikir ape nak masak sahur esok.
10.00 pm : basuh baju sekolah adik-adik.


Aku taktau waktu tidur dia pukul berapa. Tak menentu la. Aku ni memang totally takde bakat and kebolehan memasak. So ape yang aku mampu tolong tu aku buat la sikit-sikit. Kesian tengok mak terkontang kanting buat kerja sorang-sorang.



Macam tu ke tugas seorang ibu ? Beratnye la bagi aku. Sebab aku ni memang dasar pemalas. Agak-agak kalau aku jadi ibu nanti anak aku terabai ke eh ? Tapi sifat ni datang sendiri kan ? Nanti bila aku dah kawen baru aku rajin kot.



mak memang super awesome la !




Labels: ,


Gelak tak semestinya bahagia.
Wednesday, August 10, 2011 August 10, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


KAWAN : Ehh, kau ni tak pernah ada masalah ke ? Gelak memanjang. Ke kau memang jenis yang takde perasaan haa ? 


AKU : * tersenyum dan tersenyum dan tersenyum *


KAWAN : Tengok tu, kalau tak gelak mesti senyum. Cuba serius sikit.


AKU : Orait * sambil buat muka serius *


Sampai sekarang aku masih ingat lagi, kawan aku pernah tanya soalan macam ni kat aku dulu. Terkedu jugak aku and last-last aku hanya mampu senyum je. Ada ke manusia di muka bumi ni yang takde walau sekelumit pun masalah ek ?


Setiap orang ada masalah and diorang ada jalan sendiri untuk menyelesaikannya. Terpulang pada individu sama ada masalah yang datang tu dihadapi dengan tenang atau sebaliknya. Sebenarnya aku ada masalah. Banyak ! Kadang-kadang aku luahkan kat sesiapa tapi tak semua. Ada lagi yang terbuku dihati. Tak semua perlu dikongsi right ?


Kalau aku ada masalah biasanya aku akan terperap dalam bilik macam ikan masin. Menangis, bermonolog sendirian, dengar lagu dan sebagainya. Aku ambik masa dalam sejam dua melayan perasaan sebelum keluar pergi toilet then cuci muka. Lepas tu memang rasa fresh and reborn. Seolah-olah ada satu semangat baru dalam diri. 


Kat sekolah pulak aku suka bercerita and buat lawak. Dengan cara ni, masalah dapat dilupakan sebentar bila kita bergelak tawa. Tapi dalam hati hanya aku dan Allah je yang tahu. Seboleh mungkin aku cuba hiburkan hati sendiri. So bagi korang kat luar sana tu, bila kita tengok seseorang ketawa, tak semestinya dia bahagia. Mungkin ada sesuatu yang dia cuba sorokkan.



senyum :)

Labels:


Jangan mati sebelum mati.
Tuesday, August 9, 2011 August 09, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Entri yang kedua untuk hari ni. Wahh, aku dah semakin rajin update blog kan ? * tepuk tangan kat diri sendiri *. Okay, berbalik kepada tajuk. Sape tau ape maksud tajuk tu sentuh telinga guna siku sekarang ! Sebenarnya motif entri ni nak cerita pasal orang yang berputus asa.


Macam-macam punca yang menyebabkan seseorang tu berputus asa kan. Salah satunya of course lah kalau kecundang dalam percintaan and satu lagi gagal dalam melakukan sesuatu perkara. Ni semua dugaan je buat kita. Jika salah satu punca di atas berlaku ke atas diri anda, apa yang anda fikirkan ? Mesti nak salahkan diri sendiri, tunding jari kat orang lain bagai and yang paling bahaya kalau kita menyalahkan takdir.


Ingatlah bahawa kita ni hidup sementara di bumi Allah. Allah berkuasa mutlak ke atas hambanya. Cuba pejam mata dan renung sejenak. Takde ke satu pun nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita ? Kalau nak tau apa tu nikmat senang je, korang pandang dari hujung rambut sampai hujung kaki korang :) Allah menguji hambanya mengikut kemampuan. Jika besar ujian yang menimpa, maka muhasabah diri. 


So jangan mudah berputus asa. Nak capai kejayaan tu bukan mudah. Kalau gagal bukan penamat usaha kita tapi permulaan sebenarnya. Kita jatuh dan wajib bangkit semula ! Jangan asyik meratapi je, tu semua merugikan. Dalam percintaan pulak, kalau pakwe / makwe tinggalkan korang, janganlah cucuk-cucuk mata dengan garpu ke ape sebab Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah dulu supaya kita ambil iktibar dan pengajaran. Walau sejauh mana pun dia lari, kalau dah tertulis dia memang jodoh kita, tak kemananya. 


Orang yang berputus asa ni adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati. Paham kan ? So kepada aku, engkau, dia dan sape-sape saja, kuatkan diri. Aku tulis ni pun untuk diri sendiri jugak. Aku mudah sangat down kalau terjadi pape. Paling teruk pun aku nanges je kot, takde terfikir nak terjun KB Mall lagi. Hekhekhek. Chill :)





Hidup sementara je kan. Warnai kehidupan kita dengan warna pelangi ! 

Labels:


Ape ni ? Hekhekhek.
August 09, 2011 | 0 Comment(s)


Assalamualaikum.


Tadi tengah syok geledah shoutmix box tu kan, aku baru terperasan ada dua orang yang ' aneh '. Tapi sayangnya dia tak tinggal link la. Kalau tak boleh aku berkenalan dengan mereka atau boleh jadi orang yang sama. Entri ni bukan nak kecoh pasal haters serang blog aku ke ape sebab diorang ni takde mengutuk and ayat diorang pun tak menyakitkan hati aku langsung. * aku mana ada haters kan kan kan ? *







Maaf maaf maaf sebab entri ni melalut. Aku kehabisan idea ni. Hekhekhek.

Labels: ,


Tahannnnnnn, anda boleh ! Yakin !
Monday, August 8, 2011 August 08, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Haiyoo, baru jam semilan tapi ini mata manyak ngantok wooo.
Wa pon heran apa pasal semua ini terjadinya pon.
Aduhaiiiii, wa ada manyak lagi kerja belum dibereskan.
Baju sekolah wa dalam itu washer machine lagi maa.
Wa pon belum study untuk exam UP1 plepalation * preparation *


Oleh sebab itu, wa rasa wa perlu tahan ini semua dari berlaku.
Wa sedia cari lidi dan letak di mata untuk terus berjaga dan menahan mengantuknya.
Tapi syukur alhamdulillah rumah wa takde lidi. Kalau tidak, rabak mata wa.
Ahh, wa tidur dululah. Caucincau !


Sory atas entry yang merapu ni. Maklumlah, taip sambil tidur. Ngehngehngeh.


wa ada kuasa maa !

Labels:


Wahh, teruja sat !
Friday, August 5, 2011 August 05, 2011 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum.


Dah lame tak hupdate tetibe teruja ni ape kes ?
Haha, actually dengan hati yg berbunga-bunga menaip ni.
Nak tau sebab ape ?

*


*


*


*


*


*


Tadi online Facebook n tengok ade orang PM aku.
Tak sangke la die PM macam tu sebab aku ni newbie lagi dalam dunia blog.
Btw, thanx buat Bella Ahmad sebab sudi tanye pasal blog ni kat aku.
Sambil aku ajar orang, secara tak langsung aku pon belajar same. Yedakk ?



Ade satu lagi yg membuatkan aku teruja.
Owner blog Believe in Destiny add aku.
Haa, teruja tak ? Aku memang suke blog akak ni. 
Pink lagi tu. Cantek.
Tiap kali die update aku mesti bace :)




Header pun dah cantek kan kan kan ?


Actually entry ni bukan nak bangge ke ape ?
Biase la budak baru nak up macam aku :)
Ni semua penaik semangat aku untuk terus berblogging !
InsyaAllah.

Labels: ,


Misteri CLOUD 9 di dalam beg sekolah aku !
Monday, August 1, 2011 August 01, 2011 | 0 Comment(s)

Alhamdulillah.


Hari pertama puase semuanya lancar saje.
 Yelakan, dah umur nak masuk lapanbelas takkan perangai macam budak-budak lagi.
Kat sekolah tadi pun santai je.
Takde la pressure sangat even exam next week.
Aku cool beb !


Yang lucunye budak-budak ni cakap aku tak puase.
Haishh, ini dah melebih kawan-kawan ! Hehe.
Tadi before pergi perhimpunan aku buka beg.
Then diorang nampak ade CLOUD 9 dalam beg aku.
Sebenarnye tu CLOUD 9 hari Jumaat punye.
Aku bawak empat pegi sekolah. Due aku dah makan dalam kereta. 
Lagi due tu ingat nak makan mase rehat, tapi lupe. ( 2+2=4)
Aku ni jenis tak check beg sebelum pegi sekolah sebab buku bawah meja.


Jadi tu lah kisahnye kenape CLOUD 9 ade dalam beg aku.
Tak misteri pon kan ?


Tapi kennnnnnnn...... ( buat suare gedik macam itik )
Aku rindu die. Hekhekhek.



Yela, nak dekat seminggu tak mesej, tapi ade la jumpe.
Cume rase janggal la bile tak mesej.
Aku taktau ape die buat, die pergi mane.
Hurmm, sabar SYIFA.
Bulan puase ni je kot.


p/s : TAK SANGKA NAK RAYA DAH.... RASA BARU SEMALAM SAMBUT TAHUN 2011.... ( takde kaitan )


selamat hari rayaaaaaaaa ~

Labels: