Syifa
Cinta ibarat musim.
Sunday, August 14, 2011 August 14, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Percaya tak kita yang cinta tu ibarat musim sebenarnya. Ade musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh. Di awal perkenalan, pertemuan segalanya indah kan ? Bagi kita cinta tu indah dan berwarna-warni bak musim bunga. Alam percintaan memang menjanjikan kemanisan buat kita, tapi bila musim tengkujuh melanda timbul pergaduhan, pertelingkahan, cemburu dan salah faham antara pasangan. Tapi anggaplah tu semua ujian saje, cuba untuk kawal dan saling betolak-ansur. Musim kemarau pula bila tiada lagi persefahaman antara satu sama lain. Tiada lagi kata-kata manis, yang ada hanyalah tuduhan, makian dan sebagainya. Luruh.....sesuatu yang amat memeritkan kerana ianya bukan sesuatu yang dipinta. Sesungguhnya kesakitan cinta tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.



Labels: ,