Followers

Wednesday, August 10, 2011

Gelak tak semestinya bahagia.

Assalamualaikum.


KAWAN : Ehh, kau ni tak pernah ada masalah ke ? Gelak memanjang. Ke kau memang jenis yang takde perasaan haa ? 


AKU : * tersenyum dan tersenyum dan tersenyum *


KAWAN : Tengok tu, kalau tak gelak mesti senyum. Cuba serius sikit.


AKU : Orait * sambil buat muka serius *


Sampai sekarang aku masih ingat lagi, kawan aku pernah tanya soalan macam ni kat aku dulu. Terkedu jugak aku and last-last aku hanya mampu senyum je. Ada ke manusia di muka bumi ni yang takde walau sekelumit pun masalah ek ?


Setiap orang ada masalah and diorang ada jalan sendiri untuk menyelesaikannya. Terpulang pada individu sama ada masalah yang datang tu dihadapi dengan tenang atau sebaliknya. Sebenarnya aku ada masalah. Banyak ! Kadang-kadang aku luahkan kat sesiapa tapi tak semua. Ada lagi yang terbuku dihati. Tak semua perlu dikongsi right ?


Kalau aku ada masalah biasanya aku akan terperap dalam bilik macam ikan masin. Menangis, bermonolog sendirian, dengar lagu dan sebagainya. Aku ambik masa dalam sejam dua melayan perasaan sebelum keluar pergi toilet then cuci muka. Lepas tu memang rasa fresh and reborn. Seolah-olah ada satu semangat baru dalam diri. 


Kat sekolah pulak aku suka bercerita and buat lawak. Dengan cara ni, masalah dapat dilupakan sebentar bila kita bergelak tawa. Tapi dalam hati hanya aku dan Allah je yang tahu. Seboleh mungkin aku cuba hiburkan hati sendiri. So bagi korang kat luar sana tu, bila kita tengok seseorang ketawa, tak semestinya dia bahagia. Mungkin ada sesuatu yang dia cuba sorokkan.



senyum :)

No comments:

SINGLE OHSEMMM, MAYBE ?.
 
Atas