Syifa
Jangan mati sebelum mati.
Tuesday, August 9, 2011 August 09, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Entri yang kedua untuk hari ni. Wahh, aku dah semakin rajin update blog kan ? * tepuk tangan kat diri sendiri *. Okay, berbalik kepada tajuk. Sape tau ape maksud tajuk tu sentuh telinga guna siku sekarang ! Sebenarnya motif entri ni nak cerita pasal orang yang berputus asa.


Macam-macam punca yang menyebabkan seseorang tu berputus asa kan. Salah satunya of course lah kalau kecundang dalam percintaan and satu lagi gagal dalam melakukan sesuatu perkara. Ni semua dugaan je buat kita. Jika salah satu punca di atas berlaku ke atas diri anda, apa yang anda fikirkan ? Mesti nak salahkan diri sendiri, tunding jari kat orang lain bagai and yang paling bahaya kalau kita menyalahkan takdir.


Ingatlah bahawa kita ni hidup sementara di bumi Allah. Allah berkuasa mutlak ke atas hambanya. Cuba pejam mata dan renung sejenak. Takde ke satu pun nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita ? Kalau nak tau apa tu nikmat senang je, korang pandang dari hujung rambut sampai hujung kaki korang :) Allah menguji hambanya mengikut kemampuan. Jika besar ujian yang menimpa, maka muhasabah diri. 


So jangan mudah berputus asa. Nak capai kejayaan tu bukan mudah. Kalau gagal bukan penamat usaha kita tapi permulaan sebenarnya. Kita jatuh dan wajib bangkit semula ! Jangan asyik meratapi je, tu semua merugikan. Dalam percintaan pulak, kalau pakwe / makwe tinggalkan korang, janganlah cucuk-cucuk mata dengan garpu ke ape sebab Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah dulu supaya kita ambil iktibar dan pengajaran. Walau sejauh mana pun dia lari, kalau dah tertulis dia memang jodoh kita, tak kemananya. 


Orang yang berputus asa ni adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati. Paham kan ? So kepada aku, engkau, dia dan sape-sape saja, kuatkan diri. Aku tulis ni pun untuk diri sendiri jugak. Aku mudah sangat down kalau terjadi pape. Paling teruk pun aku nanges je kot, takde terfikir nak terjun KB Mall lagi. Hekhekhek. Chill :)





Hidup sementara je kan. Warnai kehidupan kita dengan warna pelangi ! 

Labels: