Skip to main content

Muka tu tak boleh masam lagi ke ?





Petang tadi aku pergi kedai dengan mak abah sebab nak beli baju. Masuk je kedai ni ( maaf, identiti kedai dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu ) terus disajikan dengan muka seorang pekerja dia yang monyok dan masam dan sebagainya lah ! Aku think positive la, mane tau kot-kot muka dia dah macam tu kan ? Berdosa pulak kutuk kejadian Allah yedakk ? Takpe lah tu.



Aku pun meneruskan misi dan visi mencari baju. Nak beli kain sekolah hitam, mak aku panggil la pekerja tu nak tengok saiz. Dengan muka masam dia tunjuk arah belakang. Rupanya kain tu dah ade yang bergantung. Kalau ye pon, cakap la. Ni tunjuk isyarat je. Bangang !



Dia bagi kain tu kat aku. Aku tengok-tengok je sambil tanya mak aku, padan tak ni. Lepas tu dengan angkuh dia cakap '' pergi la test ''. Orait. Aku bawak dua kain yang berlainan saiz. Dah siap tu aku cari mak aku, dan-dan dia tunggu kat tepi. Dia tanya '' nak tak ni ? ''. Aku bagi jela.




Lepas tu mak aku suruh cari baju Pandu Puteri. Dia tunjuk dekat tempat bergantung-gantung tu. Tapi saiz Ya Rabbi, bapok besor ! Aku pun ambik kat tempat lipat tu. Dia pandang tak puas hati je. Lepas tu aku g fitting room. Dah pakai tu rasa tak best pulak.



Aku keluar cari mak dan cakap '' buruk la pakai baju ni, nak beli baju Puteri Islam boleh ? '' Mak aku cakap pergilah. Then mak aku pergi kaunter and cancelkan kain hitam yang aku ambik tadi. Pekerja tu boleh cakap kat mak aku '' eei, geram betul ''. Dari situ korang bayangkan lah ketidaksopanan budak tu. Haishhh, sampai hati kau cakap kasar dengan mak aku !



Mak aku pergi kat aku and dia cakap '' k.long, budak tu dah marahlah ''. Aku pun bukak cerita yang budak tu tak puas hati jugak dengan aku. Masa dia tengok aku beli dia cakap '' hishh, nyampah betul ''. Pastu mak aku cakap la '' sombong sangat, dah la muka masam perangai pulak gitu, macam mane tokey boleh ambik dia bekerja ? kalau mak ni mulut lepas dah lama marah sound dia balik ''. Mak aku suruh pilih, cabut kain dari hanger dan tinggalkan je. Haha !



Lepas tu yang layan kitorang pekerja lain dah. Budak tadi terus dengan kebangangan dia kat kaunter. Yang baru ni cantek, peramah pulak tu. Jauh panggang dari api kalau nak dibezakan dengan budak tadi tu. Ayah aku dengar kitorang anak beranak kecoh dia pun sibuk nak tau. Mak aku slumber je tunjuk sambil mulut mengomel, geram nak g report kat tokey. Muahaha ! Kat luar aku nampak dia angkat kotak, dia boleh hempas je ke tanah. Hish hish hish.



Untuk kakak muka monyok :)


Kau tu bekerja, cari rezeki kan ? Ikhlas tak dengan kerja kau tu ? Walaupun kau ade masalah, tapi janganlah sampai treat customer macam tu. Time costumer takde kau buat la muka hodoh tu. Bila costumer datang, cuba senyum walaupun FAKE ! Ingat, customer always right ! Aku pun pernah keje kedai baju. Aku tau kepenatan dia lain macam. Tapi cuba senyum dan enjoy bila buat keje tu. Chill okayy sys !




Senyum macam ni boleh ?




Comments

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.