Syifa
Phewww, syukur sebab terselamat. Kalau tak eksiden la aku. Semuanya gara-gara bunga raya !
Thursday, September 15, 2011 September 15, 2011 | 0 Comment(s)





Hello Earthlings :)



Mesti semua tersenyum lebar sekarang ni kan ? Maklumlah, cuti 3 hari. Hikhok. Cuti ni aku berazam nak buat homework and nota yang dah tertangguh punye lah lama. Agak-agak tercapai tak hajat aku nak buat semua tu ? Disebabkan netbook aku dah rosak, maka aktiviti berfacebook dan menghupdate blog bakal dikurangkan. Nak guna laptop kena kongsi dengan adik. Tak selesa. Nak guna komputer pulak tak best sebab tak boleh baring-baring. Haha #stop it.



Back to the topic, hari ni pergi sekolah naik kereta. Macam biaselah member yang bawakkan. Masa balik tadi lepas hantar member kitorang nyaris eksiden. Membe aku yang bawak kereta ( Mira ) ade petik bunga raya untuk kerja seni dia lah. Bunga tu dia letak kat belakang. Kat belakang tu ade sorang lagi membe (Fana ). Mira tanye la Fana mane bunga raya tu. Puas Fana cari tak jumpa. Tiba aku nampak bunga tu bawah Fana. Aku cakap la '' Fana, ko duduk atas bunga tu ''.



Mira pun cakap la '' weyh, habis bunga aku ''. Dia pandang belakang. Lame jugak la. Aku pun pandang sekali sebab nak tengok bunga tu. Bila Mira pandang depan dia menjerit. Aku tengok kat depan tu betul-betul longkang dengan papan tanda. Aku pun jerit la. Agaknya nervous, Mira nak tekan brek tapi tertekan minyak. Then dia tekan brek serta-merta. Lepas tu kitorang gelak tak ingat dunia la. Macam mane kat jalan lurus boleh terpesong nak masuk longkang. Haiyaa~



Moral of the story : Berhati-hati di jalanraya. Jangan bawak bunga raya. Muahaha !







Labels: ,