Syifa
Riang raya :)
Friday, September 2, 2011 September 02, 2011 | 0 Comment(s)






Assalamualaikum and Hello Earthlings.



Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, aku nak update pasal hari raya lah. Tahun ni aku rasa cara sambutan biase-biase saje. Mungkin faktor usia yang mengehadkan cara sambutan aku. Maklum lah, beberapa hari lagi usia aku bakal menginjak ke 18 tahun. Attention, beberapa hari lagi ! So kenalah ubah style beraya yedakk ? Takkan buat muka tak malu duduk depan pintu rumah orang tersengih-sengih mintak duit raya kan kan kan ?



Sehari sebelum raya iaitu hari Isnin, aku balik rumah wan. Konvoi 2 buah kereta, kereta aku and sepupu aku serta familynya. Adik aku pergi dulu naik motor. Sampai rumah wan prepared untuk berbuka puasa buat terakhir kalinya dalam tahun ni. Sambil tu tengok wan dengan sepupu bakar lemang. Terbaekkk la bau die. Malam pulak, sepupu aku yang jantan + adik aku maen mercun. Sumpah kuat giler. Tak aman la kau nak tidur. Ayah aku bertempik and acting garang, but tak serious menyebabkan diorang lagi kencang maen.




Keesokan harinya iaitu hari raya, aku bangun awal tau. Takkan hari raya aku nak terbungkang tidur sampai pukul 12 kan ? Mau kena hempuk dengan sofa. Lepas sembahyang raya, bermaaf-maafan. Ish, tacing jugak time ni. Cair make up aku. Then, pegi la beraya dari rumah ke rumah. Masuk rumah first aku makan, pegi rumah kedua aku makan lagi, rumah ketiga. keempat dan seterusnya aku makan jugak. Memang non-stop la.  Lepas ni aku malas timbang berat badan, mesti naik punye.























Habis beraya kat kampung belah ma, kitorang bersiap and gerak nak balik kampung belah abah pulak. Tak jauh pun, dalam 2 jam je sampai la. Tapi sebelum tu merata la singgah dulu. Maklumlah, ramai sedara kat Maran tu. Plus, aku pernah duduk sane selama 16 tahun.







Dalam pukul 6 kot sampai kampung belah abah pulak. Tak sempat dah nak beraya kat situ. Esoknya, hari Selasa bersamaan hari kedua di bulan Syawal aku pergi ziarah kubur arwah tokki. Sumpah aku sebak masa baca Yassin. Walaupun tak berapa rapat dengan arwah sebab beliau seorang yang tegas, tapi aku tetap rasa rapat dengan arwah :'( Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.



Without planning too much, kitorang decide pegi Kuantan. Beraya di rumah bekas pengasuh adik aku and rumah kakak kepada mak aku. Sambil tu jalan-jalan makan angin sekali.












Sekian :)



Labels: ,