Skip to main content

Love Story : Beri saya peluang.




Lelaki : Saya mintak maaf sayang. Selama beberapa tahun kita kawan awak buat macam-macam untuk saya. Awak manjakan saya, awak tolong saya, tapi saya tak pernah hargai awak.


Perempuan : Kenape ye ?


Lelaki : ( diam, takde jawapan )


Perempuan : Saya sedih sangat sebenarnya. Saya dah bagitau dari awal, tolong terus terang dengan saya. Jangan menduakan saya. Kalau awak dah tak bahagia dengan saya, lepaskan saya. Kat luar sana ramai lagi perempuan yang boleh bahagiakan awak. Yang lagi cantik dari saya. Itu yang awak nak sebenarnya kan ? ( menangis )


Lelaki : Saya mintak maaf sayang. Saya mengaku yang saya dengan perempuan-perempuan tu ade hubungan. Tapi saya anggap diorang tu skandal saya je. Perasaan saya dekat diorang tak sama macam perasaan saya kat awak. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya menyesal tapi saya taktau kenapa saya buat perangai buruk macam tu. Maafkan saya awak. ( menangis )


Perempuan : Mudahnya awak cakap. Langsung tak pikir perasaan saya kan ? Saya kat sini setia tunggu awak, terlalu percayakan awak, tapi apa awak balas ? Kenapa saya selalu jadi mangsa lelaki, apa salah saya awak ? Ape kurang saya ? Entahlah, saya dah letih dengan semua ni.


Lelaki : Bagi saya peluang sayang. Saya janji akan berubah. Saya sanggup buat apa saja demi awak. Tolonglah.


Perempuan : Awak dah lupa ke ? Saya dah bagi awak lebih dari 3 peluang. Semuanya awak sia-siakan. Dulu bila saya dapat tau awak ade perempuan lain hati saya hancur. Tapi saya masih yakin yang awak sayangkan saya. Saya taknak buat keputusan terburu-buru sebab saya sayangkan hubungan kita. Saya maafkan awak dan bagi awak peluang. Mungkin sebab saya terlalu lembut, awak pijak kepala saya. Awak curang belakang saya !


Lelaki : Saya mengaku tu memang silap saya. Tapi percayalah, saya sayangkan awak sorang je. Tolonglah terima saya balik. Saya bersumpah lepas ni takkan ulangi kesilapan yang sama. Saya perlukan awak sayang.


Perempuan : Baiklah, saya pegang kata-kata awak tu. Ini peluang yang terakhir. Tapi ingat, sayang dan percaya saya kat awak dah tak sama macam mula-mula kita kenal dulu. Saya harap awak dapat pikat hati saya semula.


# Selalunya perempuan kalau lepas buat salah dia akan mintak maaf dan takut mengulangi kesilapan serupa. Tapi kenape kebanyakan lelaki dah buat salah, dah mintak maaf tapi tetap buat lagi dan lagi dan lagi. Kenape ek ?


NOTA : Cerita ni rekaan semata-mata. Takde kena mengena yang hidup, yang koma ataupun yang dah meninggal. So jangan sentap okayy. Tapi mana yang terasa tu mesti ade kaitan kan ? Cepat-cepatlah berubah. Jangan mainkan perasaan orang lain. Dunia ni bulat. Kalau hari ni kau mainkan perasaan orang, esok lusa kena kat batang hidung kau pulak. Tu lah hukum karma.







Comments

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.