Syifa
Tips : Bila putus cinta.
Saturday, October 29, 2011 October 29, 2011 | 0 Comment(s)

Hai.




Assalamualaikum 





Siapa kat sini pernah putus cinta ? Saya yakin mesti ramaikan. Putus cinta ni memang menyakitkan. Kalau tak kuat kita akan hidup dalam kesedihan untuk jangka masa yang panjang. Jadi, hari ni saya nak kongsi tips-tips untuk merawat hati yang luka selepas putus cinta.





  Mem'busy'kan diri.






Terapi terbaik untuk melupakan si dia ialah menyibukkan diri. Korang takkan punya masa untuk memikirkan si dia jika korang sedang sibuk. Buatlah aktiviti yang korang suka. Contohnya aktiviti-aktiviti luar seperti berbasikal, jogging, bersukan dan sebagainya. Aktiviti macam tu seronok so secara automatiknya sedikit demi sedikit kenangan bersama dia akan kita lenyapkan.






 Meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.






Selepas clash, korang pasti akan rasa sunyi. Untuk mengelakkan diri korang dari  terus bersedih luangkan masa korang bersama keluarga dan kawan-kawan. Ibu bapa merupakan orang yang terpenting dalam hidup kita. Susah senang mereka pasti bersama kita. Masa kita bercinta dengan kekasih, mungkin kita kurang bersama ibu bapa. Jadi dah clash ni pergi la bermanja dengan mak ayah pulak ye. InsyaAllah korang takkan dikecewakan lagi.






 Muhasabah diri.






Berhenti meratapi nasib atau menyalahkan takdir. Saat korang mula bersedih, tenangkan diri dengan cara bersendirian di dalam bilik atau tempat yang sunyi. Pejam mata, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Lakukan berulang kali, InsyaAllah korang akan rasa lebih tenang. Jangan lupa berdoa kepada Allah. Renungkan balik apa kesilapan kita dan cuba berubah. Mungkin Allah ingin menemukan kita dengan yang lebih baik. Amin :)






 Meluahkan.




Mungkin ada banyak perkara yang terpendam dan terbuku dalam hati korang. Jangan malu untuk berkongsi cerita dengan keluarga atau kawan rapat. Pastikan korang pilih orang yang betul-betul boleh dipercayai. Percayalah, lepas ni korang akan lebih lega dan bersemangat untuk meneruskan hidup selepas mendengar nasihat dari keluarga atau kawan-kawan. Menangis juga mungkin salah satu cara korang meluahkan perasaan, jadi menangislah sepuas-puasnya. Lepas tu, clear !




 Elakkan berjumpa atau berhubung dengan bekas kekasih.




Kalau korang betul-betul nak lupakan dia, please jauhkan diri dari dia. Takut nanti korang terjerat balik dengan ayat-ayat manis si dia. Putuskan hubungan dengan dia sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan luka. Then kalau korang nak kawan ke apa dengan dia tak kisah dah. Pastikan korang buang perasaan sayang tu kalau nak berkawan lagi. Jangan menaruh harapan tau. Takut nanti bertepuk sebelah tangan pulak. Parah korang.






Jadi tu lah serba sedikit tips yang saya boleh beri. Maklumlah, saya ni bukan doktor love tapi sekadar berkongsi pengalaman je. Selamat mencuba.




          

Labels: