Syifa
Physically and mentally tired.
Sunday, March 15, 2015 March 15, 2015 | 0 Comment(s)

Alkisahnya semester ini sangat mencabar.. dengan kelab, kegiatan luar kampus (KLK), dpp, assignment.. hmm.
Untuk kelab tu aku belum rasa pressure sebab aku tak buat program sendiri lagi.
Untuk ko-k taktau kenapa rasa stress sangat bila dilantik jd biro penajaan. Every week progress penajaan paling ditunggu sekali. Orang letak high-expectation sebab kalau dapat penajaan yg banyak, tak perlu keluar duit sendiri.
Untuk dpp takde banyak tugas sangat. Once ada program aku lah orang yg bertanggungjawab cari peserta, jadi stress bila takde penglibatan, terpaksa diri sendiri masuk program tu.. angkut la roommate dan jiran-jiran sekali.
Untuk assignment, setiap subjek ada sekurang-kurangnya dua assignment. Individu dan kumpulan. Lepastu presentation. Belum kira kuiz, midsem, latihan dan sebagainya lagi.
Penat, makanya pergi kelas cukuplah begini sahaja. Dengan muka pucat, mata bengkak. Tahuuu, orang lain pon busy jugak, mungkin lagi teruk dari aku. Tapi... entah aaa. Tak cukup motivasi kot.

Labels: ,