Skip to main content

Mak :)

Assalamualaikum.


Ni bukan entri sempena hari ibu ke ape. Tapi terpanggil nak menaip sebab kagum dengan kehebatan insan yang bergelar MAK !



Alhamdulillah. Selesai tolong mak kat dapur. Kesian tengok mak. Dari pagi sampai ke malam buat kerja non-stop. Mak aku memang SUPERMAK la ! Rutin dia :


04.00 am : bangun memasak untuk sahur.
05.00 am : kejut anak bangun sahur ( kadang sampai 5.20 am sebab ade yang liat nak bangun )
06.00 am : mengemas rumah then masuk bilik gosok baju kerja abah n baju sekolah adik-adik.
07.30 am : jemur baju n bersiap-siap pegi pejabat.
01.00 pm : balek rehat. kadang2 memasak untuk berbuka terus.
02.00 pm : pergi kerja semula.
05.00 pm : balek rumah n bertungkus lumus memasak. kadang abah tolong.
07.00 pm : makan time.
07.30 pm : kemas lagi dan lagi dan lagi.
09.00 pm : berehat sambil pikir ape nak masak sahur esok.
10.00 pm : basuh baju sekolah adik-adik.


Aku taktau waktu tidur dia pukul berapa. Tak menentu la. Aku ni memang totally takde bakat and kebolehan memasak. So ape yang aku mampu tolong tu aku buat la sikit-sikit. Kesian tengok mak terkontang kanting buat kerja sorang-sorang.



Macam tu ke tugas seorang ibu ? Beratnye la bagi aku. Sebab aku ni memang dasar pemalas. Agak-agak kalau aku jadi ibu nanti anak aku terabai ke eh ? Tapi sifat ni datang sendiri kan ? Nanti bila aku dah kawen baru aku rajin kot.



mak memang super awesome la !




 

Comments

ika syafyka said…
waaa <3 same lah kite pemalas ,
tapi syg ibu kan :)

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.