Syifa
Penganggur.
Friday, April 26, 2013 April 26, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Lately, aku semakin bosan bila online facebook and twitter mesti ade manusia yg tanya "tak keje ke?". Taktau kenapa aku rasa bosan je nak jawab soalan tu. Yes, memang aku tak kerja. Sekarang ni aku jadi penganggur terhormat lagi dikasihi kat rumah ni.


Bukannya aku takde langsung keinginan nak kerja, nak rasa gaji hasil titik peluh sendiri, tipu la kalau sekelumit pon rasa tu tiada. Tapi aku duduk rumah ni pon bersebab. Sebab aku kesiankan mak aku. Dia bukan fully housewife, she is a worker too. So lunch hour dia cuma sejam. Selama ni bila aku sekolah dia selalu terkejar-kejar time lunch hour tu. Balik nak masak lagi, mana sempat berehat.


So lepas aku habis sekolah ni, berbekalkan cuti yang sangat sangat sangat panjang, aku ambil keputusan untuk tolong mak, ringankan beban dia. Mak pon cakap dia memang taknak balik lunch hour, sebab kesian kat abah kena pick up dia. Pejabat abah dah la jauh, asyik ulang alik je, makan masa.


Maknanya, tugas aku kat rumah ialah memasak untuk adik-adik. Tu je la rutin harian aku sampai bulan 9 ni. InsyaAllah bulan 6 mungkin result upu keluar, dan aku akan sambung degree bulan 9. Ade jugak suara-suara sumbang yang cakap "elehhh, duduk rumah kerja membesarkan badan la tu" "nape tak kerja, taknak merasa pegang duit banyak ke" dan banyak lagi la soalan persis begitu. Aku taktau tu soalan atau perli semata-mata.


Normally, bila dah start kerja, dah merasa gaji sendiri, kita rasa seronok tahap tenuk kan ? So serba sedikit akan buat kita malas nak futher study. Aku bukan cakap kosong, tapi berdasarkan kajian. Lagipon aku nak spend time dengan family, sebelum terbang ke tempat orang. Bagi aku, saat paling indah bila bersama dengan keluarga tercinta :)





p/s : malu nak upload gambar masakan aku.
p/s : best tak kerja, sebab anytime free nak keluar dengan kengkawan !

Labels: ,


Mencari ketenangan di pantai :)
Sunday, March 4, 2012 March 04, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


K, jangan tanya kenapa lama aku tak update. Tak berapa semangat nak hadap blog sebab dulu kat sini tempat aku kongsi cerita tentang aku dan dia. Tapi sekarang semuanya dah berakhir kan ? Dah taknak cakap pasal ni. Aku kuat, aku dah okay !


Minggu lepas aku follow abah bawak anak buah dia bercuti kat Rompin. Malas ah nak tulis panjang lebar. Aku tahu korang bukan baca pon kan. So biar gambar yang berbicara. Most of gambar yang aku tempek nanti of course ade muka aku. Sila muntah hijau !



Dari pukul 5 petang sampai 10 malam duduk dalam kereta. Memang kebas la kan. Duduk cari chalet punyalah payah. Tu la, tak book awal-awal lagi. Untuk pengetahuan korang, yang pergi ni bukanlah ramai sangat sampai berbas-bas macam pergi Gambang hari tu. Kali ni tak lebih 30 orang je kot.



Finally jumpa jugak chalet yang sesuai dengan tema kali ni iaitu percutian bajet ! Time ni pon dah gelap gelita so takde chance nak merayap segenap kawasan. 





Lepas dah masuk bilik kitorang salin baju and turun bbq dekat pantai depan chalet ni. Okay, aku cakap salin baju sebab memang tak sempat nak mandi tau. Bbq pukul 11 malam. Kau ade ? Haha !







Abah tengok 3 anak bujang ni bakar ayam. Perghh, memang diorang bakar sungguh la. Hangus ! Tengoklah api bapak ah besar.







Bosan tunggu. Event ni habis dalam pukul 1 pagi camtu la. Then balik bilik terpukang atas katil. Esoknya aku dengan abah je turun breakfast. After breakfast pergi round sekitar chalet then main kat pantai. Jangan tanya kenape aku pakai baju yang sama macam malam tadi punya. Sebab aku tertinggal satu baju. Haha :)







Chalet ni penuh dengan flora. Memang terasa nyaman je. View kat sini pon cantik untuk photoshoot ke ape. Ceyy ceyy, aku jadi promoter tak berbayar pulak.










Kan dah cakap banyak gambar aku je. Ahaks ! Takmo marah-marah tau. Lepas habis basah dok bergambar dalam air kitorang balik bilik and mandi-mandi.



Nak check out dah. Sobs sobs, sedih kot. Tapi mak cakap lain kali nak datang lagi. Kitorang check out awal la jugak, dalam pukul 11 sebab nak tengok adik dekat MRSM Muadzam. 



Ni pulak kat jeti, time tengok orang kerja abah mancing. Angin kat sini jangan cakap ah, kuat gilaaa. Tapi syok, rasa tenang je kat pantai. Dah refresh !











Labels: ,


Amaran. Entri penuh dengan gambar !
Friday, February 24, 2012 February 24, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Sory mendiamkan diri untuk beberapa hari. Aku dalam proses mengumpul semangat sebab ni. Tipu la kalau tak sedih tapi life must go on right ? Luka aku belum pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah beransur pulih dari hari ke hari. Now dia dah happy tanpa aku. Mungkin kenangan setahun lebih tu takde pape bagi dia. Takpelah, asalkan dia bahagia :')


Tetiba rasa nak update pasal cerita seminggu yang lepas. Aku ada join event kerja abah dekat Gambang. Actually ni bukan first time pergi sana so takdelah excited nak mampus. Cuma aku seronok sebab dapat naik bas ! Rasa nak melompat plus menjerit bila abah bagitahu yang rombongan ni nanti naik bas. Dua buah pulak tu, padahal staff bukannye ramai sangat. So dalam bas memang lengang ah.


Dalam pukul 6 dah sampai kat pejabat abah. Abah as a supervisor mestilah kena mengatur anak buahnye. Haishh, anak buah dah besar-besar tapi payah kemain nak dengar arahan. Sebuah bas untuk budak laki yang bujang and sebuah bas lagi untuk staff yang pergi dengan family.


Naik je bas muka aku yang paling teruja sekali. Punyalah banyak kosong sampai dua seat boleh duduk sorang je. Aku bersila, bersimpuh, terlentang baik punya. Tapi sumpah tak tipu, sejuk gila dalam tu. Ehh, aku cerita ni macam korang tak pernah naik bas je kan ? Punyalah detail ayat aku. K abaikan. Orang jakun memang gini.


Nama event ni Alam Flora Staff Get Together. Actually CEO Alam Flora nak jumpa penyelia and pekerja area Pahang ni. So setiap negeri dia akan hantar dua buah bas and free tiket masuk kat Gambang plus T-shirt. Sampai je kat tempat pendaftaran tu pukul 9.30. Punyalah ramai orang dari seluruh daerah kat negeri Pahang ah. Lepas settle daftar terus masuk dalam waterpark tu. Memang dapat masuk awal lah kan ?




Lepas salin baju tu ape lagi, adik-adik semua terjun kolam. Malangnya aku hanya jadi orang suruhan yang kena usung beg ke sana ke mari sebab aku tak boleh mandi ! Okay, urusan perempuan. Gila sedih tengok orang berjimba dalam air. Lagi sedih bila orang tanye '' tak mandi ke ? ''.



Ni adik aku dengan member dia. Teruuja sangat-sangat sebab diorang baru first time pergi.






Then tengok telematch. Seronok ah jugak tengok diorang main game. Mengeratkan silaturahim gitu. Sebab walaupun kerja bawah satu company, tak bermakna diorang kenal antara satu sama lain kan ? Yang duduk Raub, Cameron, Kuantan, Maran  mana kenal orang-orang Bera ni. So dengan adanya event camni, hubungan tu makin rapatlah. * sumpah ayat gaye keling *










Dah habis acara kat sini kitorang gerak ke hotel pulak. Makan tengah hari and upacara penutup gathering ni. It was so fun sebab dihiburkan dengan beberapa orang artis. CEO Alam Flora ni ialah adik kepada Datuk Jalaludin Hasan. So dia invite abang dia sekali ah.









Adik aku, member dia dengan abah siap berjoget lagi time lagu dangdut. Memang havoc la bila semua budak laki bangun joget sama.




InsyaAllah esok buat bbq dekat pantai Rompin pulak :')

Labels: ,


Perkahwinan di usia muda tu bagus :)
Tuesday, January 24, 2012 January 24, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Tak jawab dosa masuk api neraka !


Err, baru berkesempatan nak update blog. Maklumlah, busy sikit sebab kena balik kampung bagai cuti-cuti ni. Kat kampung mane datang line internetnya. Baru ni sepupu aku kawen. Muda lagi dah bina masjid. Boleh tak kalau aku nak ikot contoh dia ? Sepupu aku yang laki tu tau ! Umur dia baru 21 tahun while wife dia 23 tahun. Muda lagi masing-masing, so jealousssss !








Petang tu sampai je kampung dah kena bersiap untuk baca nikah. Rumah pengantin perempuan tu dekat je, area Chini. Lebih kurang 45 minit sampai la. Tapi dah konvoi ramai-ramai nan hadoo nak sampai awal. Masing-masing macam siput bila bersiap, termasuklah aku. Nak pakai eyeliner pon tak sempat. Tepek bedak, calit lipstick, tonyoh eye-shadow dan jalan !


Next day lebih cool pada permulaannya sebab aku bangun awal ! Yeahh. Bila dah bangun awal ni bajet boleh siap cepat dari orang lain lah kan. Pukul 10 aku dah cari iron, punye la semangat sebab nak iron banyak baju. Baju mak dengan adik-adik aku lah kena ironkan. 


Dah cop iron ni ! Tup tup aku tengok cousin aku dulu rembat. Ciss, aku dah tande dulu ! Aku letak baju-baju kat tepi iron tu tapi nape pulak dia yang tengah meng-iron sekarang ? Dengan muka tak bersalah dia sengih umpama kerang busuk. Iskk, kecik besar je aku tengok kau ni !


Maknanya lambat jugak la aku siapkan. Tapi kali ni lebih bergaya sikit lah. Takkan nak pergi kenduri kawen selebeh je. Dah la aku tukang bawak hantaran. Bawak sirih junjung pulak tu. Aku duduk depan sekali ! Ecehh, bangge pulak.




Bersama sepupu-sepupu tersayang. Tengok cupcake tu ! Meleleh air liur.




Gambar kat atas tu dekat rumah sape entah. Sepupu aku salin baju kat situ. Kitorang pulak dihidangkan dengan cupcake yang serious terbaik dari kebun anggur. Aku makan satu rasa nak lagi tapi malu pulak. Nasib baik ade perasaan malu, kalau tak habis cupcake makcik tu. Sape nak jawab ?








Sopannya aku duduk. Kalah pengantin. Dah lah pinky habis !





p/s : Gambar tak ikut urutan. Shooorryyy >.<


Kbai !




Labels: ,


Harapan keluarga ! Belajar rajin-rajin sayang :)
Tuesday, January 3, 2012 January 03, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Hye peeps !



Less than 24 hours I will back to school. Chill, azam baru so tak boleh nak merungut bagai. Setahun je lagi, aku mesti tabah right ? Hari ni abah dengan ma hantar adik yang baru lepas UPSR tu masuk asrama. Form 1 dah dia tahun ni, alhamdulillah dapat 5A UPSR. Thats my brother :)


Hmm, sedih sikit la sebab aku selalu buli dia. Dia chubby and kuat makan macam kakak dia ni. Nanti kat asrama selera ke dia nak makan ? Ma cakap nampak budak dorm dia tu macam baik-baik belaka. Syukurlah, adik aku tu kira manja jugak la. Kalau ade orang buli dia confirm nanges. 


Kaklong harap awok belajar betul-betul kat sana. Dekat je asrama dengan rumah kan ? Jangan nak rindu-rindu. Abah boleh datang hari-hari jenguk awok. Hehe. Kaklong tak secerdik awok, kaklong selalu buli awok tapi kaklong sayang awok sebenarnye. * Emosi kejap *




Kbai !

Labels: ,


31 Disember dan 1 Januari.
Friday, December 30, 2011 December 30, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Most of bloggers + facebookers tulis entry atau update status pasal tahun baru, kenangan 2011, azam tahun baru dan sebagainya yang berkaitan dengan yang baru-baru lah termasuklah awek baru. Ahaks ! * abaikan ayat tunggang langgang nieh *




Hari ni 31 Disember merupakan hari terakhir dalam tahun 2011 bersamaan dengan birthday abah aku yang ke 51. Abah lahir betul-betul hujung tahun thats why maintain muda walaupun umur dah setengah abad. Ehh, betul ke abad ? Ke dekad ? Ahh, ghasak laa.



Happy birthday abah ! Orang doakan abah dikurniakan kehidupan yang selesa, umur yang panjang dan rezeki yang secukupnya. Abah bahagia kami sekeluarga pun turut bahagia. Thanks for being a lovely father and ketua keluarga yang baik.



Mengenai abah pulak, dia jarang marah kami. Mudah tersenyum and yang paling syok dia raja lawak tahu ! Selalu buat lawak even kami tengah serius, itulah abah kami. Dia rajin melayan anak-anak dan isteri. Kalau mak cakap nak pergi mana-mana dia akan bawak bila ada masa yang terluang.



Abah juga seorang yang workaholic. Pergi kerja pukul 7 pagi balik pukul 5 walaupun waktu kerja habis pukul 3. My father seems like a busiest man in a world. Kebajikan pekerja bawahan dia pun dia jaga. Mungkin abah tak berapa garang di tempat kerja sebab tu kadang-kadang ada yang ambik kesempatan.



Tadi lepas habis maharaja lawak mega kami sekeluarga nyanyikan abah lagu birthday and sampaikan kad ucapan kat dia. Abah senyum je memanjang. Best tak dapat anak macam kitorang ? * masuk bakul angkat sendiri nampak *









1.1.2012 pulak genap setahun arwah tokki ( ayah kepada abah aku ) pergi menghadap Ilahi. Masih teringat saat arwah dikebumikan, suasana memang pilu. Tapi syukur sebab arwah pergi dengan sangat tenang dan dalam keadaan tersenyum. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.



Kbai.

Labels: ,


Cuti-cuti Malaysia : Melaka !
Tuesday, December 27, 2011 December 27, 2011 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello peeps !



My family and I went to Melaka last Sunday. So this entry should be updated yesterday tapi aku malas tahu ! Haha, entry kali ni penuh dengan gambar. Enjoy reading okay !



Pagi-pagi lagi dalam pukul 7.30 ma dah ketuk pintu bilik. Actually aku baru nak pejam mata time tu. Memang lemah la nak bangun tapi aku gagahkan jugak kaki untuk melangkah. After siap semuanya dalam pukul 9.00 naik kereta and bertolak. Singgah makan dulu kat bandar and abah pulak menyelenggarakan kereta. Betul ke aku eja tu ?






Kami sampai Melaka pukul 12 lebih. Ma ajak lepak kat Bandar Hilir je sebab kat situ best. Baru ni ma pergi kursus thats why dia tahu best. Tapi korang tahu tak, dua jam lebih kami pusing-pusing Melaka mencari Bandar Hilir. Puas follow signboard tapi sesat. Last-last abah tanya sorang pakcik ni and dia petakan kat kami.



Dah jumpa jalan yang betul tu traffic jam pulak. Sabar jela. Dengan bas, motor, kereta and orang ramai lagi. Tension la berjam-jam terkepit dalam kereta. Last-last sampai jugak kat Bandar Hilir ! First memang cari tandas. Masuk je tandas awam punyalah panjang kena beratur. Then ma ajak pergi makan dulu. Perut pun dah lapar gile !



Kitorang jalan kaki pergi Melaka Megamall and makan kat food court dalam tu. Dah siap kitorang snap-snap pulak kat bangunan sepanjang perjalanan kitorang nak ke Kota A' Famosa. Jalan kaki tu babe ! Tak lah jauh sangat.












Lepas berposing sakan kitorang naik river cruise pulak. Part ni paling best kot ! Even beratur punyalah panjang tapi tak terasa lama pon. Pemandangan tepi-tepi sungai tu sangat cantik. Kan best kalau pergi dengan pakwe. Haha.























Lepas naik river cruise tu hari pon dah petang. So kitorang cepat-cepat menuju ke muzium kapal pulak. Takde ape yang best sangat pon kat dalam tu. Lagipun aku pernah dah masuk, so kinda boring sikit lah. Perut aku pulak tetiba memulas. Aku jalan asyik pegang perut sebab memang rasa lain macam sangat ! Haha.









Lepas lepak kat muzium kapal lokasi seterusnya ialah menara Taming Sari. Memang panjang la beratur nak beli tiket an. Dari petang sampai malam duduk beratur barulah sampai turn kitorang naik. Tinggi woo ! Serius gayat.













Dah selesai melepas kejakunan naik mende alah ni kitorang pon balik. Nak keluar dari bandar tu jam jugak. Tapi aku tidur je. Sedar-sedar time nak berhenti makan. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai rumah pukul 1 lebih. Penat tapi happy. Next time ajak ma pergi Langkawi pulak :D



Cuti sekolah dah nak habis ke haaaaa ?

Labels: ,