Syifa
HATE can be turned into LOVE !
Wednesday, October 26, 2011 10:00 AM | 0 Comment(s)

.



Assalamualaikum 



Letakkan sedikit rasa sayang terhadap orang yang kita benci dan letakkan sedikit rasa benci terhadap orang yang kita sayang.



Saya selalu dipesan '' jangan terlalu benci seseorang, sebab orang yang kita benci ni lah akan rapat dengan kita suatu hari nanti ''. Saya pun tak tahu dari mana datangnya teori ni. Kita tak boleh terlalu percaya dan tak boleh jugak tak percaya.



Bila kenang-kenang balik, macam betul je kata-kata kat atas tu. Dulu saya pernah bencikan someone ni. Bila dia dah tinggalkan saya, barulah saya rindukan dia. Saya sentiasa tunggu dia pulang. Walaupun saya tak tahu kat mana dia sekarang, apa dia buat, tapi saya yakin dia selamat dan baik-baik saja.



Tak silap saya masa tu saya kecik lagi, darjah 4 rasanya. Dia pulak form 4. Masa tu dia tinggal kat rumah saya. Memang saya benci dia sangat-sangat sebab saya anggap dia beban dalam keluarga saya. Lagi saya benci bila kitorang terpaksa kongsi bilik. Jiwa meronta sebab rasa tak bebas sangat !



Macam-macam cara saya buat untuk pastikan dia keluar dari rumah. Pernah saya sound dia sebab pasang radio sampai pagi. Saya cakap kalau bil tinggi bukan dia yang kena bayar. Dia diam je masa tu. Heaven je rasa. Muahaha ! Keji kan perangai saya ? LOL --'








Sampailah satu masa, maybe dia dah tak tahan so dia luahkan segalanya. Memang time tu saya dan dia menangis. Rasanya kami berdua je yang tahu hal ni. Lepas saya kena sound dengan dia, kami terus jadi rapat.
Kalau pergi Kuantan wajib tidur kat rumah dia. Siap nak tidur dalam bilik sama-sama lagi. Saya selalu berebut dengan Ina (sepupu yang sorang lagi) sebab saya jelous kalau Ina yang rapat dengan dia. Dan selalunya saya menang !



Tapi yang tak bestnya masa form 5 dia duduk hostel. Sampailah satu hari dia lari dari hostel dan sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Lebih kurang 8 tahun berlalu. Sumpah sedih. Kenapa saya benci dia dulu ? Dan kenapa perasaan tu boleh bertukar jadi sayang ? Bila saya dah start rapat dengan dia kenapa mesti terputus macam ni je ?



Kak Suhaili Aainaa, Ieyfa betul-betul rindu akak. Balik lah akak. Ieyfa nak tengok macam mana muka akak sekarang ? Ieyfa kira umur akak sekarang dah 24 tahun. Mesti akak dah tak kenal Ieyfa kan ? Dulu Ieyfa comot, sekarang comel. Ahakkk. We miss you very much. Akak jangan fikir takde orang sayang akak sebab tu tak betul ! Ieyfa ade satu je gambar dengan akak masa kita kat Melaka dulu. Ieyfa rindu nak naik roller-coaster dengan akak, nak main patung barbie sama-sama, lepas tu joget dalam bilik akak :'(



Kalau akak ada sekarang macam-macam Ieyfa nak share dengan akak. Ieyfa nak cakap yang kita sepupu terhebat kan ? Akak memang terbaik. Walaupun tak lama Ieyfa dapat luangkan masa dengan akak, tapi Ieyfa tetap ingat akak. Ieyfa berharap sangat suatu hari nanti akak pulang ke pangkuan keluarga. Abah akak tak marahkan akak pun, dia sayang akak. Balik la akak ye :)



p/s : Nampak tak, benci bertukar jadi sayang. Mungkin korang ada kisah yang tersendiri. Share lah :)







Labels: ,