Syifa
Ucaplah kata cinta pada insan yang kita sayang sebelum dia pergi buat selamanya.
Monday, November 7, 2011 7:59 AM | 0 Comment(s)




Bila kita yakin sangat yang seseorang tu sayangkan kita, mulalah kita buat perangai. ''Takpe, aku buat macam mana pun dia tetap takkan tinggalkan aku''. Kita ego, taknak ucap kata sayang sebab nanti jatuh la saham. Biar dia je yang terhegeh-hegeh merayu cinta kita. Time tu kita akan merasai kemenangan. Menang sebab ada seseorang yang betul-betul sayang kita.



Tapi pernahkah kita peduli perasaan dia ? Sebenarnya dia teringin dengar kita ungkapkan kata sayang. Dia juga manusia biasa. Kadang terluka dengan sikap kita, tapi dia berdiam sebab taknak rosakkan hubungan. Apa salahnya kalau sesekali kita meluah dengan ikhlas rasa sayang kita kat dia. Walaupun itu hanya sekadar kata, cukup besar ertinya pada dia.



Dia takkan selamanya dapat bersabar dengan kita. Selagi dia mampu dia akan bertahan. Tapi kalau sikap kita tak menunjukkan yang kita sayang dia, untuk apa lagi dia bersama kita. Jangan nanti bila dia terluka dan berlalu pergi baru kita sedar. Baru kita menyesal  sebab tak berterus terang dengan dia. Semua dah terlambat masa tu.



Saya sayang, cinta dan rindu awak. Walaupun awak tak balas dan tukar topik tiap kali saya cakap macam tu, saya tak marahkan awak. Mungkin awak anggap tu perkara remeh.

Labels: ,