Syifa
Segala yang aku buat bersebab.
Monday, April 15, 2013 April 15, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Bila aku terlampau jaga dia,
aku takut nanti dia tak selesa.
Yela, tengah buat ape,
nak ke mana,
dengan siapa,
balik pukul berapa
dan semua yang dia buat aku nak tau.
Rimas kan ?
Tapi dia mungkin tak faham kenape aku buat macam tu.


With one reason,
I really really loves you.
I'm worried if anything happen to you.
Aku risaukan dia.
Thats why aku mintak dia beritahu aku setiap perkara yang dia lakukan.
Dengan cara tu, aku rasa lebih dekat dengan dia sebenarnya.


Bukan niat nak menyekat,
jauh sekali nak mengongkong kebebasan dia.
Aku cuma nak tau,
sebab aku sayang.....






p/s : Rindu.

Labels: ,


Doakan saya kuat supaya tiada lagi airmata yang jatuh. Huh !
Monday, December 12, 2011 December 12, 2011 | 0 Comment(s)

.



Assalamualaikum. Hello Earthlings !



Malam ni sedih sangat-sangat. Ya Allah, kenapa aku tak kuat macam orang lain ? I'm trying so hard to be strong. Dah cuba yakinkan hati bahawa aku ni seorang yang kuat. Aku tak boleh nanges. But hakikatnya ? Aku nanges jugak. Ahhh, benci keadaan macam ni.



Dulu dia ajar aku erti pengorbanan. Aku sendiri tak pasti sama ada aku boleh berkorban atau tak. Tapi I make a move. Aku cuba berkorban demi dia. Tapi aku sedih bila pengorbanan aku tak dihargai. Dah lah janji tak ditepati, lepas tu buat macam takde apa yang berlaku. Perit dalam hati ni Tuhan je tau.



Sorry la, aku dah heartless. Since kita pon memang tak contact dah kan ? Mungkin ni cara terbaik untuk masing-masing perbetulkan diri. Aku tak nak lah bertepuk sebelah tangan. Aku dah pernah cakap lepaskan aku kalau dah tak sayang kan. Aku harap kau bijak dalam buat keputusan.






Mata bengkak because I'm hurt ;'(



Kbai !

Labels: ,


Ucaplah kata cinta pada insan yang kita sayang sebelum dia pergi buat selamanya.
Monday, November 7, 2011 November 07, 2011 | 0 Comment(s)




Bila kita yakin sangat yang seseorang tu sayangkan kita, mulalah kita buat perangai. ''Takpe, aku buat macam mana pun dia tetap takkan tinggalkan aku''. Kita ego, taknak ucap kata sayang sebab nanti jatuh la saham. Biar dia je yang terhegeh-hegeh merayu cinta kita. Time tu kita akan merasai kemenangan. Menang sebab ada seseorang yang betul-betul sayang kita.



Tapi pernahkah kita peduli perasaan dia ? Sebenarnya dia teringin dengar kita ungkapkan kata sayang. Dia juga manusia biasa. Kadang terluka dengan sikap kita, tapi dia berdiam sebab taknak rosakkan hubungan. Apa salahnya kalau sesekali kita meluah dengan ikhlas rasa sayang kita kat dia. Walaupun itu hanya sekadar kata, cukup besar ertinya pada dia.



Dia takkan selamanya dapat bersabar dengan kita. Selagi dia mampu dia akan bertahan. Tapi kalau sikap kita tak menunjukkan yang kita sayang dia, untuk apa lagi dia bersama kita. Jangan nanti bila dia terluka dan berlalu pergi baru kita sedar. Baru kita menyesal  sebab tak berterus terang dengan dia. Semua dah terlambat masa tu.



Saya sayang, cinta dan rindu awak. Walaupun awak tak balas dan tukar topik tiap kali saya cakap macam tu, saya tak marahkan awak. Mungkin awak anggap tu perkara remeh.

Labels: ,


Everything is different now.
Thursday, November 3, 2011 November 03, 2011 | 0 Comment(s)




Apa yang aku dah pendam sampai airmata aku mengalir tiba-tiba ni ? Lepas satu-satu hal menyemak kat otak aku. Nak pulak hari hujan, memang best la layan perasaan. Serious bosan dengan diri sendiri. Kadang terpikir nak jadi orang lain. Boleh tak bagi aku hidup tanpa masalah ? Aku tak kuat nak hadap semua ni.



Manusia cepat berubah and thats what I've learned ! Kalau dulu mula-mula kenal sweet sangat. Setiap apa yang kita buat mesti ade orang nak ambik tahu. Sampai kadang-kadang rasa rimas lah. Tapi takpe, at least kita tahu dia betul-betul ambik berat pasal kita.



Kalau kita sakit, tak menang mulut dia suruh kita makan ubat. Kalu kita tak boleh tidur, bersengkang mata dia jaga kita. Kalau kita merajuk, berjela-jela ayat dia nak pujuk kita. Dulu dia selalu conteng-conteng wall facebook kita. Seronok kalau ingat masa dulu. Walaupun kita gaduh, tak pernah lama-lama. Gaduh-gaduh manja je. Aku suka buat-buat merajuk sebab nak dipujuk. Pernah aku dengar kau menangis masa call aku. Tapi tu dulu.



Sekarang, salah cakap sikit dua-dua nak melenting. Aku dengan ego aku, kau dengan ego kau. Payah sangat nak bertolak ansur. Taktau mana silapnya, apa yang kau buat dulu dah jarang kau buat sekarang. Aku rindu kau yang dulu, tapi mustahilkan aku nak dapatkan kau balik.



Kenapa cepat sangat kau marah aku sekarang ? Baru sehari dua kita baik, dah moody semula. Dan kau jarang pujuk aku macam dulu-dulu. Aku tengah marah macam mana sekalipun, kalau kau pujuk aku cair jugak. Ni tak, aku badmood kau lagi badmood. Dan kau jarang dah bergurau dengan aku :'(






Aku tak suka kalau kau terus banding-bandingkan kau dengan aku. We're same ! Aku sayang kau atas dasar siapa kau sekarang. Masa silam kau aku tak pernah ungkit. Kau dah terus terang pun cukup baik bagi aku. Nothing secret between us now. And please stop blaming yourself. Everyone makes mistake, and we should learn from that. Aku dah nasihat kau, aku dah terus terang pun yang aku tak suka perbandingan ! So stop comparing between you and me.



Lepas ni aku cuba lah jadi macam kau. Aku keras ! Aku taknak menangis dah. Kalau kau tak mesej aku, aku taknak paksa-paksa kau. Kalau kau marah aku, aku buat taktau je. Aku akan buat sampai kau pujuk aku semula !



Takdir dah tertulis. Kalau kau bukan jodoh aku kau akan pergi jugak. Lambat atau cepat aku terpaksa jugak lupakan kau. Tapi aku harap kita kekal dan kau tak lupa janji-janji kau. Aku tunggu masa tu.



Tapi aku tau kau sayang aku. Cuma ade masa kau dah bosan dengan perangai aku. Mungkin ni balasan yang patut aku terima. 

Labels: ,


Kalau aku sedih ada orang peduli ke ?
Monday, October 31, 2011 October 31, 2011 | 0 Comment(s)





Assalamualaikum.



Tajuk macam pasrah je kan ? Entahlah, akhir-akhir ni aku rasa lain macam je. Ade sesuatu yang mengganggu, buat aku jadi tak tentu arah. Sumpah kepala rasa berat. Dengan exam, sakit dan segala masalah ibarat datang kejar aku. Buat aku tak boleh tidur malam. Dah banyak hari la aku tidur lambat. Mata mengantuk tapi tak boleh pejam. Memang semua aku buat serba tak kena ahh.



Tambah pulak orang yang aku sayang tiba-tiba macam dingin je dengan aku. Tak tahu mana silapnya aku layan dia. Rasanya habis lembut dah. Sedaya upaya aku cuba kawal emosi, jangan cepat menuduh dia. Aku nak sangat tanya kenapa dia macam ni tapi aku malas dah nak gaduh-gaduh. Takut nanti cara aku yang salah buat dia terasa.



Aku cuba mengalah ! Walaupun dalaman aku terluka. Apa salahnya aku berkorban perasaan pulak. Selalu dia je yang bersabar. Mungkin ni salah satu ujian buat aku. Aku kuat, tapi tak tahu sampai bila. Kesabaran aku ade had jugak. Kalau berterusan macam ni biarlah aku senyap buat sementara waktu. Berdiam diri lagi bagus kot. Harap-harap dia sedar dan dapat rasa ape yang aku rasa.



Tak perlulah dia banding-bandingkan antara aku dan dia. Masing-masing ade kelebihan serta kekurangan. Aku bersyukur atas kelebihan dia dan aku terima kekurangan dia. Aku suruh dia berubah tanda aku sayang dia. Walaupun aku ni tak baik, tapi bukan bermakna aku tak boleh menasihat. Kadang-kadang aku text dia panjang-panjang, luah perasaan la kononnye. Aku harap dia paham dan balas tanda pujuk aku. Tapi sedihkan kalau ape yang kita harap lain dengan ape yang kita terima ? Okay, tu situasi aku.



Aku tak tahu nak luah kat mana. Aku luah kat sini tak harapkan orang baca. Cuma bila aku meluah dalam bentuk tulisan sedikit sebanyak aku lega. Biarlah orang nak pikir ape pun, aku bahagia dengan dia. Cuma ada masa aku sedih. Aku harap dia sedar yang aku sayang dia dan keadaan kembali macam dulu lagi. Tu je aku mintak.



Kbai :'(

Labels: ,


Salah ke kalau cemburu ?
Monday, September 19, 2011 September 19, 2011 | 0 Comment(s)




Bencikan kalau perasaan cemburu tu datang ? Serba salah hidup jadinya. Dalam otak tu mulalah fikir yang bukan-bukan je. Walaupun hati kuat menafikan, tapi kadang kala boleh kalah dengan perasaan sendiri. 



Selalunya orang kaitkan cemburu ni dengan perempuan. Lelaki takde langsung ke perasaan tu ? Bukan takde sebenarnye tapi diorang pandai cover. Kalau perempuan lah, memamg kecoh satu tanjung bila angin cemburu tu datang.







Memang aku tak nafikan yang aku ni kuat cemburu. I admit it. Get problem with that ? Sebab dah sayang maka aku ade hak nak cemburu kan ? Lama dah aku perhatikan tapi aku cool je. Pejam mata jela Syifa, butakan hati kau tu !



Tapi bila member dah start tegur, aku mulalah tacing. Kalau boleh taknak pandang kelas dia. Balik tadi jalan sama-sama, dia boleh pulak buat slumber je. Taktau ke yang aku ni cemburu ? Hurmmm.




Labels: ,


Maaf sebab aku tak boleh tak ganggu kau !
Friday, September 9, 2011 September 09, 2011 | 0 Comment(s)






Semalam kita gaduh teruk kan ?
Aku taktau apa yang aku cakap, hinggalah sampai mesej kau yang buatkan badan aku menggigil.
Kau mintak aku jauhkan diri dari kau, kau cakap jangan ganggu kau lagi.
Aku pejam mata, harap bila buka nanti tu semua khayalan aku je.
Tapi aku silap, memang betullah apa yang kau cakapkan tu.




Kosong terus dunia aku.
kau tau tak, kau ni tulang belakang aku ?
Tanpa kau aku tak mungkin segembira sekarang.
Tapi kenapa akhirnya jadi macam ni ?
Aku nak kau tau yang aku tak maksudkannya.
Aku tak fikir dulu sebelum bercakap.




Tapi aku akur, cuba terima walaupun sakit.
Kau call aku tapi aku biarkan macam tu je.
Nak tau apa yang aku buat masa tu ?
Aku baca mesej-mesej kita sebelum tu. Indahnya rasa.
Kenapa cepat sangat perasaan tu hilang ?




Lepas fikir-fikir semula, aku cuba kikis ego dan angkat call.
Sambil tahan nafas yang turun naik, aku dengar je apa yang kau cakapkan.
Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut aku kan ?
Kau tanya aku sayangkan kau lagi ke, tapi aku tak jawab.
Bukan tandanya aku tak sayang, cuma tak mampu nak buka mulut masa tu.
Perit sangat rasanya nak lepaskan kau buat sementara.



Lepastu kredit kau habis dan aku pulak call kau.
Tapi sama je, aku tak cakap apa-apa pun.
Aku dengar kau macam nangis je, sebak rasa.
Aku jauhkan sikit telefon dan aku pun nangis -,-
Disebabkan aku bisu masa tu, kau matikan talian.



Pukul 4 pagi kau mesej suruh aku telefon. Kebetulan aku terjaga.
Mood kau macam dah okay.
Kau cakap nanti bila kita dah cukup setahun kau nak jumpa.
Aku cakap la aku taknak ganggu kau dah.
Kau suruh lupakan je. Biasa la tengah marah masa tu.
Tapi aku dah janji kan taknak ganggu kau lagi.
Tunggu la aku fikirkan dulu.




Tapi tadi masa kat sekolah aku terharu sangat.
Masa rehat kau datang nak jumpaaku, tapi malangnya aku tak boleh bangun.
Sakit perempuan. Lepastu kau datang masuk dalam kelas aku.
Kau happy je, kau buat aku tergelak balik dengar lawak kau yang habat tu.
Masa balik pulak kita jalan sama-sama sampai kat pintu pagar.




Mungkin malam tadi tu cuma mimpi buruk kita.
Kalau kau mintak aku lupakankau, terus terang aku tak dapat nak buat macam tu.
Sorry ye atas percakapan, perbuatan dan sikap aku yang selama ni banyak buat kau naik angin.
Harap kau boleh bersabar dan terus bersabar sampai hari yang kita nanti-nantikan. InsyaAllah :)







Aku suka bila kau marah aku sebab aku boleh merajuk dengan kau. Walaupun kadang-kadang kau sengaja taknak pujuk. Ish.




Labels: ,


Bila mana aku tewas :'(
Wednesday, September 7, 2011 September 07, 2011 | 0 Comment(s)








Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.




Dah lama aku tahan hati ni supaya bersabar. Jangan ikutkan sangat emosi. Tapi kenapa kau sangat degil wahai HATI ? Untuk kesekian kalinya, aku harus akur yang aku tewas ! Tewas dengan perasaan sendiri. Tak mampu lagi rasanya menampung airmata ni. Biarlah perlahan-lahan mengalir, mencurah dan meniti di pipiku.



Kenapa aku tak kuat ? Dugaan kali ni sangat berat. Hambamu ini tak mampu Ya Allah. Andai dia memang tercipta untukku, Kau permudahkanlah perjalanan hubungan kami Ya Allah. Tapi, jika dia bukan milikku Kau pisahkanlah kami. Bukan apa, aku taknak sayang orang yang salah lagi. Cukuplah sekali aku dibuang oleh orang yang betul-betul aku sayang. 



.

Labels: ,


Leave me alone. I'm crying but no one knows :'(
Tuesday, August 16, 2011 August 16, 2011 | 0 Comment(s)

hai



Mengapa yang lain bisa, mendua dengan mudahnya. Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta.


Assalamualaikum. 


Bila aku sedih, aku menulis.
Bila aku gembira pun aku menulis.
Aku lebih selesa luahkan semuanya dekat blog. 
Sebab blog bukan manusia, tak bernyawa. 
Aku tak harapkan orang bace luahan hati aku, cuma taknak pendam lagi kesedihan ni.
Dengan cara meluah, terubat sikit luka di hati. 
Mungkin masih ade parut bekas luka. 
Tapi tu semua aku jadikan kenangan terindah dalam hidup.


LOL ! Bangang kan intro die. Kalau tak suka tekan button X sebelah kanan laptop anda cepat-cepat. Entri aku semuanya annoying right. Sebab ape yang aku rasa, aku akan terjemahkan dalam bentuk penulisan. Maka terhasillah blog yang SUPER SERABOT ( SS ) ni. 


.................................................................................................................


Hari ni terbabas lagi. Tak ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Malam tadi berlalu macam tu je. Sikit pun mate aku tak ngantuk. Memang superb la. Pagi tadi macam biase duduk depan cermin and perasan ade something yang lain kat muke aku. Eh, ni muke aku ke ? Dengan mate yang tersangat-sangat bengkak hasil menangis sepanjang malam, rambut yang serabai + kusut, badan pun tak bermaya, macam mane aku nak pergi sekolah ? Mau member-member cop aku mati laki. 


Dengan muke yang innoncent, aku sarung tuala dekat kepale, keluar bilik. Aku nampak mak tengah iron baju. Tanpa memandang mak aku cakap ''' pening la, taknak pegi sekolah ''' Mak tak sempat balas ape-ape lagi aku terus masuk bilik. Lepas tu barulah nafsu tidur datang.


Harap hari ni lebih baik dari semalam. Kenape aku menangis ? Hanya aku, dia dan Allah je yang tahu.







Labels: ,


Menanges lagi :'(
Saturday, July 30, 2011 July 30, 2011 | 2 Comment(s)

hai


Assalamualaikum.


Tak tau kenape rajin nak menaip ni. Tapi satu sebab kenape aku rajin menaip, mesti la ade something nak cerita. Kalau pendam nanti jadi barah. Kan kan kan ? And biasenye ape yg aku nak cerita tu sama ada yg menggembirakan atau menyedihkan. Kalau korang bace post-post aku hari ni, mesti korang dapat agak ape mood aku sekarang.


Yes, im curently sad :'( Aku dah pernah cakap kan, tak pernah lagi sampai 5 hari tak mesej die. Tapi akhirnye terjadi. Aku rase makin jauh dari die. Tiap kali perasaan tu muncul aku menanges. Aku cengeng. Yes, i know that. Aku paham die ade banyak komitmen lagi dengan duet die. Nak beli barang, isi minyak motor, keluar dengan member * kot la *.


Im tried to be cool but it is hard. Tadi pulak die bagitahu esok dah nak pindah. Lagi la sedih bhaii. Aku harap dapat jumpe esok tapi terpakse la batalkan. * tahan airmate * Ya Allah, bagi aku kekuatan untuk menempuhi semua ni. 5 hari tak mesej pon aku dah kecoh-kecoh kan? Nanti bulan puase jarang dapat mesej jugak. Sebab die kerja. Dah la tahun pertama kitorang sambut puase same-same. Ish ish ish, tamao nanges :'(


Cepat la hari Isnin. Aku nak sekolah. Nak lupekan kesedihan ni !

Labels: ,


Teramat rindu....Tapi.....
Friday, July 29, 2011 July 29, 2011 | 0 Comment(s)

hai


Assalamualaikum.


Ya Allah, rindunye aku dekat die. Dah nak dekat 5 hari kot tak mesej. Sebelom ni, tak pernah lagi macam ni. Even kat sekolah kitorang ade jumpe, tapi lain. Kalau mesej tu aku rase dekat dengan die. Aku suke bile die panggil aku SAYANG. Rasa macam dunie ni aku yang punye. * LOL *


Tapi tadi...
Aku happy giler setelah beberape hari handphone aku bisu, akhirnye berbunyi jugak. Bertambah happy bile orang yang aku rindukan call. Aku angkat, suare die kasar je. Ohh, demam rupenye. Kesian die. Perbualan kitorang agak dingin. Aku sedaye upaye bersabar. Aku perempuan. PEREMPUAN ! Sangat sensitif. Hati mane yang tak terguris, Nak2 lagi dalam keadaan rindu macam ni. Aku sebenarnye harapkan lebih dari tu. Bukan setakat jawab sepatah, or diam je. Aku tau die demam tapi bukan tu alasannye.


Die tak rindu aku ke? Or aku yang terhegeh-hegeh mengharapkan die. Semalam bukan main lagi aku berjanji, kalau die call or mesej aku nak cakap yang aku rindukan die juta juta juta ! Tapi lain pulak yang jadi. Ahh, layan jela perasaan ni.


Mood : Off, nak g kenduri dengan mate yang bengkak !




Labels: ,


Aku rindu kau !
Wednesday, July 27, 2011 July 27, 2011 | 0 Comment(s)

hai


Assalamualaikum.


Tajuk nak touching je kan ? Dia takde, dah pergi tinggalkan aku. Tapi sehari jela. Esok dia balek. Perghh, mesti boring gile baby aku. Takpe2, aku kan cool. Hope dia selamat and baik2 saje. Cehh, sebenarnye dia bukan pergi jauh pon. Ade kem dekat rakan muda ni je. Tapi yg tak bestnye dia tak bawak phone !



Labels: ,