Syifa
31 Disember dan 1 Januari.
Friday, December 30, 2011 December 30, 2011 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Most of bloggers + facebookers tulis entry atau update status pasal tahun baru, kenangan 2011, azam tahun baru dan sebagainya yang berkaitan dengan yang baru-baru lah termasuklah awek baru. Ahaks ! * abaikan ayat tunggang langgang nieh *




Hari ni 31 Disember merupakan hari terakhir dalam tahun 2011 bersamaan dengan birthday abah aku yang ke 51. Abah lahir betul-betul hujung tahun thats why maintain muda walaupun umur dah setengah abad. Ehh, betul ke abad ? Ke dekad ? Ahh, ghasak laa.



Happy birthday abah ! Orang doakan abah dikurniakan kehidupan yang selesa, umur yang panjang dan rezeki yang secukupnya. Abah bahagia kami sekeluarga pun turut bahagia. Thanks for being a lovely father and ketua keluarga yang baik.



Mengenai abah pulak, dia jarang marah kami. Mudah tersenyum and yang paling syok dia raja lawak tahu ! Selalu buat lawak even kami tengah serius, itulah abah kami. Dia rajin melayan anak-anak dan isteri. Kalau mak cakap nak pergi mana-mana dia akan bawak bila ada masa yang terluang.



Abah juga seorang yang workaholic. Pergi kerja pukul 7 pagi balik pukul 5 walaupun waktu kerja habis pukul 3. My father seems like a busiest man in a world. Kebajikan pekerja bawahan dia pun dia jaga. Mungkin abah tak berapa garang di tempat kerja sebab tu kadang-kadang ada yang ambik kesempatan.



Tadi lepas habis maharaja lawak mega kami sekeluarga nyanyikan abah lagu birthday and sampaikan kad ucapan kat dia. Abah senyum je memanjang. Best tak dapat anak macam kitorang ? * masuk bakul angkat sendiri nampak *









1.1.2012 pulak genap setahun arwah tokki ( ayah kepada abah aku ) pergi menghadap Ilahi. Masih teringat saat arwah dikebumikan, suasana memang pilu. Tapi syukur sebab arwah pergi dengan sangat tenang dan dalam keadaan tersenyum. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.



Kbai.

Labels: ,