Syifa
Mukadimah 2012. Antara aktiviti yang akan dilakukan tahun ni.
Monday, January 2, 2012 January 02, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Memang kerja aku la update entry malam-malam buta. Tapi InsyaAllah ni last kot, sebab Rabu dah start sekolah. Tak boleh tidur lewat lagi. Did you see my blog ? Berubah lagi kan ? Now pakai blogskin pulak sebab nampak macam cool je. Hehe, suka ? Undilah saya ! Bukan senang nak edit code blogskin ni, berpeluh la jugak.


Hmm, hari-hari macam ada je tak kena dengan dia. Kitorang dah tak macam dulu, now selalu nak gaduh je. Rindu nak manja dengan dia macam mula-mula kenal dulu. Puihhh, geli pulak tulis entry jiwang ni. Tapi biarlah. Aku setia selagi mampu. Aku bersabar selagi perlu. * Macam sedap je bunyi quotes aku ni *


Tahun ni nak belajar betul-betul ! STPM exam yang paling susah di dunia bak kata cikgu. Tapi nak dapat 3 pointer ke atas tak susah if rajin study. InsyaAllah aku boleh buat. Tak nak hampakan harapan mak abah lagi. Diorang nak sangat tengok aku masuk universiti. As a kakak sulong, for sure I will make them proud of me. And maybe aku boleh jadi contoh bagi adik yang lain. Ecehh !


Time sekolah aku akan cuba sedaya upaya kurangkan online. Yes, itu janji aku. Hold on my promise okay. Aku akan cuba khatamkan buku teks yang tebal nak mampus tu, buat nota selengkapnya, do it an exercises especially subjek Pengajian Am. Tak kesah la kalau orang nak panggil aku nerd ke apa. Dah lima tahun lebih aku bersuka ria, why not korbankan setahun je demi pelajaran.


Selain tu, aku akan cuba rajinkan diri untuk buat kerja rumah. Kemas bilik setiap hujung minggu, cuci baju setiap hari and blablabla. Maklumlah, sebelum ni aku suka bertangguh. Bilik dah gaya tong sampah baru nak kemas. Baju yang belum dicuci dah melimpah keluar dari bakul baru aku terkial-kial nak basuh. Itulah aku ! Tapi 2012 InsyaAllah akan berubah. Pray for me :)


Dan yang terakhir and yang paling penting, aku nak perbaiki diri sendiri menjadi yang lebih baik. InsyaAllah aku akan perbaiki yang wajib menjadi sempurna. Amalan di dunia perlu seimbang dengan akhirat. Itulah yang sebaik-baiknya. 


2012 may be a tough year for me. Aku yakin keluarga, kawan-kawan dan mungkin yang tersayang akan berada di belakang aku memberi semangat dalam menempuh cabaran tahun ni. Begitulah hendaknya. Amin. 





Tabahkan hatiku Ya Allah :')


Kbai.

Labels: ,