Syifa
Hari kemenangan umat Islam.
Saturday, August 18, 2012 August 18, 2012 | 1 Comment(s)



Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Andai mulut ini terlalu lancang dalam berbicara, atau jika tangan dan kaki ini pernah menyakitimu, maafkanlah segala kesalahan yang pernah aku lakukan. Sesungguhnya, hati ini benar-benar ikhlas memohon keampunan dari semua.


Dan jika dulu hati ini pernah membencimu, sudah aku buang perasaan tu jauh-jauh. Salam kemaafan :)


Labels: ,


Happy fasting :)
Saturday, July 21, 2012 July 21, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Salam Ramadhan :)


Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kehadiran bulan yang mulia ini disambut dengan penuh keikhlasan di hati. Well, first day puasa aku dah terpaksa skip. Maybe sampai seminggu. Maklumlah, orang perempuan kan. Rasa rugi sebab tak dapat rasa keriangan berpuasa. Tskkkkk :'(


Dan kepada korang yang boleh puasa tu, jangan ngengada nak ponteng ! Dosa tau, Tuhan marah. One more thing, jangan lupa pergi terawih. Ni kang elok smart pakai baju melayu pastu melencong pergi main mercun kan ? Relax dulu, awal lagi kalau nak bom kampung tu. Tak syok ah, tunggu seminggu dua baru mulakan misi yeee :)

Labels:


Orang kecil.
Sunday, July 8, 2012 July 08, 2012 | 0 Comment(s)

Aku manusia. Tak lepas dari kesilapan. Kadang aku terlebih menilai seseorang sampaikan perasaan tu bawak aku jauh dari dia. Kami yang dulunya sahabat, akhirnya masing-masing bawak diri. Duduk dalam satu kelas, tapi jiwa masing-masing jauh. Mungkin ada dua tiga orang yang masih rapat dengan aku, tapi kemesraan tu tak same macam dulu. Goshhh, I really miss our sweet time <3








Time ni kami bahagia. Takde anasir jahat yang mengganggu hubungan kami semua. Tapi masuk je tahun 2012, ade insiden yang kurang baik. Satu-satu cerita diputarbelitkan, normal. Bila timbul perasaan tak puas hati dalam diri, itu yang menyebabkan masing-masing tarik muka. Sampai ade yang tak bertegur. Sumpah sedih. I can't fixed it back.


Tadi aku dah buat keputusan and update satu status kat Facebook yang mengubah kembali hubungan kami. Menjernihkan kekeruhan yang sedia ade. Alhamdulillah, takdelah keras mane hati masing-masing. Masih ade kemaafan yang diberi. InsyaAllah, hubungan yang baru pulih ni akan terus berkembang jadi seperti sedia kala. Gelak tawa yang keluar nanti adalah ikhlas, bukan pura-pura lagi.


Labels: ,


Terluka.
Tuesday, June 12, 2012 June 12, 2012 | 2 Comment(s)

Selalu saya mencuba dan mencari jalan untuk melupakan awak. Walau saya tahu itu semua hanya sia-sia. Namun saya sedar, cinta awak bukan untuk saya :'(





Kalau dalam hati tiada rasa sayang, kenapa cemburu?
Kalau dalam hati tiada rasa cinta, kenapa selalu teringatkan dia?
Kalau dalam hati tiada rasa kasih,, kenapa harap dia muncul dalam mimpi?
Dalam hidup ni, terlampau banyak soalan yang takde jawapan.


Bila ditanya mengenai dia, aku akan jawab
'' Aku dah lupakan dia''
'' Takpelah, bukan jodoh kami ''
'' Aku bahagia laa tanpa dia ''
'' Kalau dia happy, aku pun tumpang happy ''
Cliche right ?


Its so hard to say since you are far away. Segalanya berubah dengan begitu cepat. Walaupun dah 4 bulan saya hilang awak tapi susah nak lupakan awak. Mulut lain, hati lain. Saya mungkin kuat di luaran. Bila mana orang bertanya kenapa hubungan kita berakhir, saya dengan tersenyum mengatakan bahawa tiada jodoh di antara kita. Orang nampak saya kuat. Tapi hakikatnya, hati saya meraung menafikan perpisahan kita !

Labels: ,


Dear past, I have to move on.
Monday, June 4, 2012 June 04, 2012 | 0 Comment(s)

Biarkan lah aku sendiri meneruskan hidup tanpamu disisi. Aku relakan engkau pergi andai itunya mahumu :)

Malam tadi rasa down sangat-sangat. Kenangan demi kenangan yang aku cuba padam muncul balik satu persatu. Kenapa susah sangat nak lepaskan cinta yang satu ni. Semakin aku cuba lupakan, semakin kerap bayang dia hadir dalam mimpi aku. Aku tahu aku tak patut kenang dia lagi. He's my past !


Seriously aku bukan berdendam. Aku dah maafkan dia. Aku dah cuba ikhlaskan hati supaya lepaskan dia. Sehari dua mungkin hati aku tenang, tapi bila aku duduk sorang-sorang, mulalah macam-macam timbul. Dan akhirnya aku menangis.


Aku tak pasti adakah aku akan dapat sayang lelaki lain macam mana aku sayang dia dulu. Aku rasa itulah pertama kali aku betul-betul sayang bf aku. Kerana terlampau sayang jugaklah aku ditinggalkan. Dan aku jugak yang merana sebab tak boleh nak lupakan dia sepenuhnya.


Mustahil aku dapat lupakan dia. Mungkin sampai aku dah kawen nanti aku tetap tak boleh lupakan dia. Tapi aku akan pastikan bakal suami aku tetap nombor 1 di hati. InsyaAllah. Semoga aku bertemu jodoh yang baik dan boleh bimbing aku ke jalan Allah :)



Labels:


Saya sayangkan persahabatan ini.
June 04, 2012 | 0 Comment(s)

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang boleh berhubung. Tapi apakah itu kawan ? Teman warung kopi, geng-geng seperjuangan , member lepak-lepak, rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil. Takde prejudis, takde perbezaan, takde pertandingan, takde persaingan. Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. 


Takde hal, sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. Tak payah keluar rumah. Hanya gerakkan mouse dan keletak keletuk je keyboard. Boleh suka benda yang sama, tak suka pon takpe. Kenal tak kenal belakang cerita. Risiko kita tanggung sendiri, kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak terduga.







Labels: ,


Patut ke kita terima orang yang kita tahu masa silamnya dulu teruk ?
Friday, June 1, 2012 June 01, 2012 | 0 Comment(s)

Sekali lagi aku mendustai janji nak update belog setiap hari di musim cuti ni kan ? Kan best kalau update belog ni senang. Niat je dah siap entry panjang berjela. Bukan ape, aku ni kalau update step by step tau. Mula dengan tajuk. Kat situ je aku dah stuck berjam-jam nak pikir tajuk. Ni pun aku skip dulu tajuk dan dengan jayanya aku menulis tanpa mengetahui apakah motif entry kali ni. Zasssssssss !


Okay serious !


Sekarang ni aku tengah keliru. Patut ke kita terima orang yang kita tahu masa silamnya dulu teruk ? Dah nama pun masa silam, means something yang dah lepas. Boleh ke kita percaya bila dia cakap yang dia dah berubah ? Aku susah dah nak percaya lelaki.


Dulu aku pernah sayang someone ni sekuat hati aku laa. Memang dah yakin sangat dia jodoh aku. Tapi tup tup, dia hilang sekelip mata jee. Lepas clash dengan dia, aku rasa semua lelaki yang hadir dalam hidup aku tak ikhlas. Aku tak nampak kejujuran diorang. As a results, dah dua tiga kali aku couple then putus.


Susah nak dapat pengganti kau :'(


Now aku tengah mengenali hati budi seseorang. Tak perlulah sebut nama dia sebab aku takut perkenalan ni pun putus sekerat jalan je. Dia dah cerita semua kisah silam dia. Aku takde masalah sebab aku tahu people make mistakes kan. Aku suka kawan dengan dia sebab dia jujur.


Dah 3 kali kitorang keluar. Dan dia layan aku macam aku ni awek dia pulak. Lepas tu dia bahasakan diri dia tu bie. Haha, tapi dia lucu and sometimes garang. Kitorang boleh tahan sekepala laa. Asal nampak orang pelik sikit mula laa muncung-muncung bibir dok bergosip. Yang paling tak tahan dia panggil aku cikgu ! Aku pon taktau kenape.


Aku tak berharap banyak. Sebab aku tahu, makin banyak aku berharap, makin terluka aku nanti. Tiap kali keluar dia selalu cerita pasal ex dia. Memang tu cinta mati dia dulu. Tapi sayang sebab perempuan tu tinggalkan dia untuk mencari kebebasan. Daripada cara dia cerita, aku tahu mustahil dia akan lupakan ex dia tu. Haha, I'm okay with that :'D



Labels: ,


Unexciting holidays.
Friday, May 25, 2012 May 25, 2012 | 0 Comment(s)

Hello peeps !





For sure mesti ramai yang mula hentak-hentak keyboard sambil makan cekedis sekarang ni kan. Yela, cuti sekolah dah bermula. Yeayyy ! Taktau nak klasifikasikan cuti ni seronok ataupun tak. Rasanye best lagi kalau pergi sekolah. Boleh lepak dengan kengkawan sambil ngutuk Mak Jemah. Haha !


Walaupun holiday, as a form 6 student, kami dibekalkan dengan home learning yang sangat sangat berguna untuk masa hadapan kelak ! Kata cikgu, diorang taknak kami lalai menghabiskan cuti yang sekangkang kera ni dengan aktiviti yang tak berfaedah. Alala, so sweet :)


First pegang home learning tu rasa semangat gilaaa nak buat. Tapi bila dah balik rumah, ngadap pulak netbook, memang home learning entah ke mana la kan. Sabtu Ahad ni aku nak memanfaatkan cuti sepenuhnya. Start Isnin depan baru sentuh home learning tu. * kononnye la *


Korang mesti dah plan macam-macam kan ? Seriously aku rasa this holiday will be shooo boring ! Parents kerja, buah hati pun kerja. Tapi aku akan mengisi masa lapang dengan update blog everyday. * flips hair *. Heee, propa je kot. But I will try my best.

Labels:


Menilai seseorang. Adakah wajar atau tidak ?
Thursday, May 17, 2012 May 17, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, half out of 8 paper dah selesai. Bersyukur sangat sebab aku rasa macam boleh jawab kesemuanya. Takdelah senang sangat tapi taklah susah. Kira so so la. Tapi taktaulah pulak resultnya acane nanti. Hope meningkat dari UP1. Boleh suruh Arif belanja makan. * haha, tau makan je aku ni *

Forget about it.


I want to point out my question, adakah kita berhak menilai seseorang ? Sekarang aku nampak people easily judge another person without knowing them better. Bila kita nampak seseorang tu, kita dengan mudah menilai dari hujung rambut sampai ke jari kaki. The most funny thing is kita langsung tak kenal satu sama lain. Dengan lagaknya kita menilai yang dia tu liarlah, sombonglah, itulah, inilah. Is that affair ?


Don't judge a book by its cover. Means luaran tak semestinya sama dengan dalaman. Orang bertudung memang tak semuanya baik, tapi orang baik mesti bertudung dan menutup aurat rights ? Tapi sekarang ni kalau kita nak beli novel, the first thing yang kita buat mesti tengok cover dulu kan. Kalau cover meriah, sesuai dengan pandangan mata kita, takpon ade mamat hensem bertempek kat cover tu confirm semangat nak membeli 99.9%. Tapi kita lupa mengkaji sinopsisnya dulu.


Dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan ? Tak dapat pergi kejar sekarang !


Pelik aku dengan someone ni. Dulu dia pernah menyuarakan hasrat nak bertudung. From free hair tu hijab. Aku sangat kagum tu. Aku harap dia tetap dengan niat dia tu and tahan segala tohmahan atau kritikan. As I thought, memang ramai yang memuji tak kurang juga memerli. Time tu si polan ni sibuk berkempen through her status mengajak lebih ramai rakan seusianya bertudung. Ada yang jawab tak sampai seru lagi. Astaghfirullah. But now dia mula menayangkan rambutnya kembali. Macam-macam fashion lagi.


Secara tak langsung aku berfikir bukan-bukan. Memang aku buat macam-macam andaian. Jadi sekarang aku keliru, adakah wajar atau tak wajar kita menilai seseorang tu ?





Labels:


Exam weeks.
Saturday, May 12, 2012 May 12, 2012 | 0 Comment(s)

Hello peeps !


Dah bersawang belog kesayangan aku ni. Sorry encik belog ( ehh, jantan kau ) emosi kita tak stabil lagi ni. Hik3. Baru-baru ni about 6 days aku tak online. Percaya ke tidak ? Bolos saja dinding ituu. Please la percaya. Memang tak lepas nak online sebab internet macam haremm.  Then I've attend Kem Jejak Gemilang selama 2 hari 1 malam dekat Institut Biodiversiti Lanchang. I will story about that later. Tu pun kalau rajin la kan. 


Next week which is this Monday akan bermulalah exam midyear. Brrr, boleh postpone tak cikgu ? Takut. Dah la cikgu target kena capai pointer 3.00 and above. Masalah paling besar sekarang ni subjek BM. Exam sebelum ni aku hampir gagal BM. Maklumlah, kat rumah speaking Jawa. Bm kertas 1 rasa susah gilee. Morfologi, sintaksis, fonologi, ape benda tu ?


Hope kali ni dapat buat yang terbaik. Kalau dapat 3.00 pon dah okay what. Yang paling penting STPM nanti nak dapat pointer tinggi. Yes, I will struggle for it. Taknak ma kecewa lagi. Even dia tak tunjukkan kekecewaan tu time result UPSR, PMR and SPM tapi aku tahu dia nak aku buat yang lagi baik. AKu akan buktikan dekat ma yang aku boleh. InsyaAllah.



Labels:


Maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan awak.
Saturday, April 28, 2012 April 28, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello peeps !





Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 5. Dah hampir setengah tahun pun. Rasa macam tak percaya, masa tu cepat berlalu. Aku rasa 2 bulan aku habiskan masa dengan menangis je. Taktau kenapa airmata aku macam murah sangat, senang mengalir dengan tiba-tiba. Ya Allah, aku mohon Kau tabahkan hati hambaMu ini.


Less than 6 months, aku akan menduduki peperiksaan terbesar and terpenting dalam hidup. Peluang terakhir untuk buktikan dekat ma abah yang aku pun boleh berjaya. Takut, gementar, gusar, gelisah semua ade. Seems like aku belum bersedia nak hadapi STPM ! Tiap kali dengar ma bagi kata-kata semangat aku mesti nangis. Takut kalau kali ni aku hampakan ma abah lagi.


2012 is a tough year for me. Last year tahun yang menggembirakan aku sebab genap setahun bersama dia. Then awal tahun ni kitorang clash. Tuhan je tahu perasaan ni. Dah nak dekat 3 bulan dia jadi milik orang lain. Its hard to let him go. Dah macam-macam cara aku buat supaya hati ni ikhlas dan redha dapat lepaskan dia. Tapi aku tak boleh ! Aku gagal !


Sekarang, aku hanya buat dia dan makwe dia bergaduh. Jahatkan aku ? Dia jugak ade suruh aku hentikan cerita and buruk-burukkan dia dekat blog. Sumpah takde niat nak burukkan dia. Aku taktau nak luahkan isi hati ni dekat siapa lagi. Blog peneman time aku sedih. Aku tak kesah kalau takde orang baca cerita sampah aku ni, at least bila aku dah luahkan hati aku rasa lega sikit.


Maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan awak yang satu tu. Saya tetap akan menulis dan meluah perasaan saya ni dekat blog. Maaf kalau awak tak suka. Maaf kalau awak benci. Maaf untuk segala-galanya. Maaf tak dapat puaskan hati semua orang. Maaf lukakan hati awak sebelum ni. Maaf ganggu hubungan awak dengan dia. Maaf saya tak sesempurna yang awak harapkan. Maaf, saya teruk :'(

Nota kaki : Menangis ! 



Labels:


Dulu kita rapat macam belangkas, sekarang we are strangers.
Sunday, April 22, 2012 April 22, 2012 | 0 Comment(s)





Kita kenal, kita kawan, kita berhubung dan akhirnya kita jatuh cinta. Saya harapkan hubungan kita berpanjangan sebab rasa sayang saya kat awak tiada tandingan. Saya sanggup singkirkan cinta yang lain, sebab dalam hati saya hanya ada satu tempat, iaitu awakk. Saya terharu saat awak melamar saya, airmata saya menitik melihat keikhlasan dan kesungguhan awak terhadap hubungan kita. Tapi saya lupa yang saya hanya mampu merancang.


Tak sangkakan, sekarang kita makin menjauh, menjarak. tak lagi berhubung dan tak lagi berkawan. Awak dan saya seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain. Pelik rasanya bila terpaksa berlagak biasa depan awak. Kelakar rasanya bila berpura-pura takde apa-apa yang berlaku. When I read our conversation before, I realised how closed we are. Then, why this happen ?


Mudahnya awak melupakan semua ni. Awak buang kenangan setahun lebih kita bersama. Awak biarkan saya sorang diri yang kebingungan mencari apa salah saya selama ni. Besar sangat ke salah saya awak ? Sampai takde ruang lagi saya dalam hati awak. Takkan awak buang saya macam tu je. 


Mungkin ada hikmahnya kan ? 



Bersyukur kepada orang yang menyakitimu, kerana dialah yang menabahkan hatimu. Terima kasih awak :')


Labels:


Kalau awak tahu sakitnya ditinggalkan, awak takkan tinggalkan saya :')
Tuesday, April 17, 2012 April 17, 2012 | 0 Comment(s)

Sekarang, saya lebih senang melihat awak dari jauh. 
Lihat awak tersenyum dan ketawa, saya tahu awak sedang berbahagia. 
Awak bahagia di samping dia. Ouhh, itu bagus. 
At least saya tahu yang awak boleh hidup tanpa saya.
Walaupun dulu awak cakap yang awak rela mati dari kehilangan saya.
Haha, bodohkan saya percaya semua tu ?


Lelaki, semua sweet talker. Suka tanam tebu tepi bibir. 
Manis pada mulanye saja.
Tak boleh ke just stick around with one girl only ?
Awak dah janji nak sehidup semati dengan saya, means dengan saya jela !


Sebelum saya sayang awak, awak buat macam-macam untuk buktikan rasa sayang awak tu.
Sanggup redah lautan api, panjat gunung yang tinggi * kononnye *
Hati perempuan ni mudah cair.
Bila saya dah percaya awak, saya mula sayangkan awak sepenuh hati.
Okayy, tu salah saya yang pertama. Terlalu percayakan awak.


Setahun lebih kita layari perasaan bersama. 
Suka, duka, ketawa dan tangisan tu perkara biasa.
Awak janji yang saya perempuan terakhir dalam hidup awak.
Awak takkan tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi.
Saya terharu tiap kali awak cakap camtu.


Terlalu banyak perkara yang cuba mengganggu hubungan kita.
Dan beberapa kali jugak kita perang besar.
Tapi awak mengalah, awak pujuk saya everytime saya merajuk.
Saya rindu saat tu, saya harap awak tahu :'(


Wake up Syifaa ! Tolong bangun dari mimpi.
Awak bukan saya punya lagi.
Sekelip mata je saya hilang awak.
Sampai sekarang saya masih kabur, apa punca perpisahan kita.


Bangun dari tidur je saya tengok mata saya bengkak.
Apa yang berlaku malam tu ?
Apa yang awak cakap tu betul ke dari hati awak ?
Betul awak tak sayangkan saya lagi ?
Habis setahun yang kita lalui tu hanya sia-sia je kan ?


Macam tak percaya, tapi tu hakikat yang saya perlu telan.
Dalam sekelip mata orang yang saya paling cinta pergi.
Saya sedar yang takde guna saya merayu lagi.
Awak sendiri cakap yang sayang awak kat saya tak sama macam dulu.
Awak tau betapa sakitnya hati saya dengar awak cakap camtu ?


Sebab tu saya ambil keputusan lepaskan awak.
Buat apa saya tahan pemergian awak.
Dan sehari lepas saya buang relation kita kat facebook, awak declare married dengan someone.
Cepatnya awak jumpa pengganti. Thanks awak :')








Labels:


Cinta dan airmata.
Thursday, April 12, 2012 April 12, 2012 | 2 Comment(s)

Cinta itu indah namun ada pahitnya. Kadang cinta si dia mampu buat kita terasa seperti di awangan. Namun, lumrah alam menetapkan panas tidak semestinya sampai ke petang. Begitu juga dalam percintaan, bahagia bukan sepanjang masa. Ada kala perselisihan faham, pergaduhan, cemburu dan sebagainya membuatkan sesebuah perhubungan itu huru-hara.


Tipu la kalau nak cakap kau bahagia all the time kan ? Hidup ade pasang surutnya dan atas bawahnya. Bergantung atas individu atau pasangan tersebut untuk react bila sesuatu yang buruk melanda hubungan mereka contohnye nak cool kentang, tiba-tiba jadi hulk atau buat muka tak bersalah je bila pasangan korang keluar dengan orang lain. Contohnye lah -,-




Walau perit manapun kisah cinta kita, jangan pernah sesekali membenci cinta. Sebab kita sendiri datangnya dari rasa cinta dua orang manusia yang berlainan jantina iaitu mak ayah kita. Seperti yang aku selalu pesan sebelum ni, jangan terlalu genggam cinta tu. Let it moves freely. Cinta tu bebas sebenarnya.


Cinta biasanya hadir bersama keindahan dan juga kesedihan. Hakikat yang kita tak boleh tolak, cinta dan airmata dah macam adik beradik. Saat kita menangis bukan bermaksud tu pengakhiran sebuah kisah cinta. Anggap ianya sebagai satu ujian dari Allah. Kalau kita sabar, insyaAllah kesabaran kita akan terbalas dengan sesuatu yang kita tak terduga.




Bercintalah bila kau dah bersedia, bukan kerana kau kesunyian :)


Kbye !

Labels:


Miracles.
Friday, April 6, 2012 April 06, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello bloggers :)


Lately, rasa malas nak update makin mengade-ngade. Banyak kali tekan new post then delete balek sebab takde ayat. Seriously dah hampir 19 tahun hidup, nak bina ayat memang lemah. Ni bukan takat makan semut, agaknye dah termakan gajah kot. Tu yang bengap semacam je. Hakhakhak.


Esok bersamaan hari Sabtu aku akan menghadiri kem Puteri Islam. Not as a contestant tapi sebagai akak fasilitator. Aww, terase tua diri ni. Selaku fasi, kebanyakan acara memang kitorang yang kena aturkan. Rasanya ni last kot aku join kem sebab lepas ni nak fokus on study. Malas dah nak kejar sijil, cukup setakat yang ade tu je. Walau ape pon, akademik masih penting.


Ni tahun terakhir aku sekolah, ape keputusan yang keluar tahun depan terpakselah terima. Bergantung atas diri sendiri jugak. The more you give, the more you will be gained right ? Nak mengharapkan keajaiban semata-mata tu agak mustahilkan ?


Labels:


Kemana ku menghilangkan diri.
Saturday, March 31, 2012 March 31, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Ye ye, aku tahu dah seminggu lebih aku tak update. Relaks, jangan serang aku membabi buta. Aku bukan malas update ( ade lah sikit ), tapi aku pergi kem 5 hari dekat Kuantan. Seronok dan penat bergabung menjadi satu, so perasaannye mestilah terbaek. Muka aku pon dah macam abang askar. Sampai abah cakap seiras negro. Perghh, sentap. Nanti kalau rajin aku update full ye.

Labels:


They don't love me.
Friday, March 23, 2012 March 23, 2012 | 3 Comment(s)



Kehilangan. Semua orang takut dengan perkataan tu. Tak kesah la hilang one of family members, kawan, beloved stuff dan sebagainya. Kadang hilang pensil picit pon kecoh satu class ! Actually, bila dah jadi milik kita, of course kita harapkan kekal untuk selamanya. Paling sakit bila kita sedar bahawa kita akan kehilangan seseorang yang kita sangat sayang.


Dia insan yang berjaya curi hati kita. Dia yang buat dunia kita indah, dia yang buat kita ceria, dia yang ada siang malam teman kita, dia sanggup korbankan masa dan duit untuk kita, dia menyempurnakan hidup kita, dialah segalanya. Kita sayang dia tapi hakikatnya kita harus lepaskan dia.


Sedih tak bila orang yang kita sayang sebenarnya terseksa hidup dengan kita?  Sekuat mana pun kita cuba tahan dia dari pergi, sampai satu saat bila kita dah tak mampu lagi menahan, dia akan pergi. Sekali pun kita merayu, tak mungkin dia berpaling lagi. 


Biarlah dia bahagia, aku pun tumpang bahagia jugak.


Bila dah putus kebanyakannya akan cakap cenggitu. Tapi mulut je kan ? Hati siapa tahu. Sanggup ke kita tengok dia bahagia dengan orang lain ? Padahal dulu dia janji takkan tinggalkan kita, takkan sayang perempuan lain selain kita. Kenapa semuanya berubah ? 


Datang dan pergi. Itu normal dalam kehidupan. Bila someone hadir dalam hidup kita, jangan genggam dia terlalu kuat. Takut nanti kita sukar melepaskan saat dia ingin pergi. Why dont you just stick around with me ? Kenapa mesti pergi :'(


Sorry, nothing to write so merepek jela !

Kbye !

Labels:


Sedih datang lagi.
Tuesday, March 20, 2012 March 20, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum and nite peeps !





Lepas break up dengan Gegar seriously memang aku down gila. Kenangan setahun 4 bulan bersama dia ibarat kejar aku. Mana aku pergi, segenap ruang memang aku akan teringat dia. Time tu Tuhan je tahu sengsaranye aku. Bukan member tak nasihat tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kira. Zero. Empty. Tiap malam aku berkurung dalam bilik then nanges. Ubat kat tepi je. Bila aku penat aku telan ubat dan zzzzzzzzz ! Bangun pagi pergi sekolah dengan mata yang bengkak. Aku cuba happy, tapi sakitnya hati bila senyuman dan gelak yang aku keluarkan tu semuenye fake !


Bila berakhirnya hubungan aku dengan dia, aku rasa dunia kosong. Bila on facebook ramai yang bagi nasihat. Termasuklah yang sorang ni. Aku tak tahu kenape aku rasa senang bercerita dengan dia. Aku luahkan segalanya, apa yang aku pendam selama ni. Dan dia banyak bagi nasihat. Dalam tak sedar kitorang bertukar phone number. Malam tu jugak dia call aku even dia pakai maxis. Time dia call tu aku tengah nangis as usual, pastu dia dengar. Puas jugak ah aku cover. Then sambung chatting balik.


Hampir setiap hari kitorang chat since nak mesej kan susah. Sampailah oneday aku dapat sim maxis adik aku punye. So kitorang start mesej even tak kerap sangat. Memang tak nafikan yang dia baik dan kelakar dan ambik berat pasal aku dan baik dan baik dan baik ! Apa yang dia cakap tu kadang-kadang buat aku melayang jugak ah. Pernah dia call aku pagi-pagi sebab nak cakap ILOVEYOU. Time tu aku kat hotel Gambang. So sweet :)


But now, everythings ruined up. Kitorang takde mesej langsung. Chat pon jarang-jarang. Aku tunggu dia tiap malam sampai aku tertidur. Aku paham kalau dia busy. Bukan tu masalahnye. The problem is, dia dah lain. Atau aku je yang rasa cenggitu. Maybe ni totally salah aku. Aku terlalu mendesak dia kot. Aku dah terbiasa dengan perangai camni. Thats why semua lelaki tinggalkan aku. Dan tak mustahil he will leaves me too.


Dua tiga hari ni aku asyik menanges je. Puas tahan tapi menitis jugak airmata ni. Sampai aku terpikir, tak penat ke mata aku ni mengepam air. And apa-apa yang berlaku lepas ni, AKU PASRAH :'(


Miss sweet moments with you.

Labels:


Selamat Hari Wanita :)
Thursday, March 8, 2012 March 08, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello peeps !


Okay, aku baru tahu yang hari ni Hari Wanita Sedunia through Facebook. Nampak ramai sangat yang update status pasal ni. Tujuan hari wanita ni of course untuk menghargai wanita yang sememangnya berjasa kepada negara. Twenty years ago, mungkin jasa wanita tak begitu menonjol. Orang hanya mengagumi dan memuji kehebatan lelaki. Sekarang, wanita dah sama level dengan lelaki. Malah, di sesetengah negara wanita yang memegang tampuk pemerintahan.


* Copp, kenape aku buat karangan Pengajian Am ni ? *


Sewajarnya kaum lelaki menghargai wanita especially ibu mereka sendiri. Tanpa susah payah wanita yang menjadi tulang belakang kaum lelaki, mereka akan lemah. Tapi most of them pandang rendah dekat kaum wanita kan ?




Muhasabah diri anda dan hargailah wanita. Happy woman's day :)

Labels:


Let go of your past !
Tuesday, March 6, 2012 March 06, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Lately kat tempat aku ni cuaca tak menentu. Kalau hujan tu lebat sangat, and kalau panas tu panas sangat. Due to this situation, kesihatan aku sangatlah terganggu. Tengah hari aku akan rasa tak bermaya, demam, batuk and yang paling best migrain ! Rasa macam nak hantuk je kepala ni dekat dinding. While, malam pulak aku akan menggigil kesejukan plus kaki tangan rasa kebas. Aku selalu terjaga tengah malam sebab tak tahan sejuk.


K takde motif pon cerita macam tu. Semalam tamatlah sudah exam UP1 yang dah berlangsung almost one and a half week. Rasa ringan sikit kepala ni, tapi tak boleh enjoy sangat sebab ade exam yang lagiiiiiii besar dari ni dan lagiiiii penting. Serious aku tak ready lagi :(


Tadi cikgu ade bagi result. BM 1 aku fail ( kat rumah cakap German ), Geografi Fizikal 72% ( Alhamdulillah, second highest ) and Pengajian Am 1 cukup makan jela, 55%. Sangat menurun compared last year punye result. Waaa, acane nak cakap dengan ma abah ni. Tak sanggup nak tahu result paper lain.




Once again, I'll open my heart and learn to love somebody. Hope pilihan kali ni tak mengecewakan. 

Labels: ,