Syifa
Dulu kita rapat macam belangkas, sekarang we are strangers.
Sunday, April 22, 2012 April 22, 2012 | 0 Comment(s)





Kita kenal, kita kawan, kita berhubung dan akhirnya kita jatuh cinta. Saya harapkan hubungan kita berpanjangan sebab rasa sayang saya kat awak tiada tandingan. Saya sanggup singkirkan cinta yang lain, sebab dalam hati saya hanya ada satu tempat, iaitu awakk. Saya terharu saat awak melamar saya, airmata saya menitik melihat keikhlasan dan kesungguhan awak terhadap hubungan kita. Tapi saya lupa yang saya hanya mampu merancang.


Tak sangkakan, sekarang kita makin menjauh, menjarak. tak lagi berhubung dan tak lagi berkawan. Awak dan saya seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain. Pelik rasanya bila terpaksa berlagak biasa depan awak. Kelakar rasanya bila berpura-pura takde apa-apa yang berlaku. When I read our conversation before, I realised how closed we are. Then, why this happen ?


Mudahnya awak melupakan semua ni. Awak buang kenangan setahun lebih kita bersama. Awak biarkan saya sorang diri yang kebingungan mencari apa salah saya selama ni. Besar sangat ke salah saya awak ? Sampai takde ruang lagi saya dalam hati awak. Takkan awak buang saya macam tu je. 


Mungkin ada hikmahnya kan ? 



Bersyukur kepada orang yang menyakitimu, kerana dialah yang menabahkan hatimu. Terima kasih awak :')


Labels: