Syifa
Kalau awak tahu sakitnya ditinggalkan, awak takkan tinggalkan saya :')
Tuesday, April 17, 2012 6:55 AM | 0 Comment(s)

Sekarang, saya lebih senang melihat awak dari jauh. 
Lihat awak tersenyum dan ketawa, saya tahu awak sedang berbahagia. 
Awak bahagia di samping dia. Ouhh, itu bagus. 
At least saya tahu yang awak boleh hidup tanpa saya.
Walaupun dulu awak cakap yang awak rela mati dari kehilangan saya.
Haha, bodohkan saya percaya semua tu ?


Lelaki, semua sweet talker. Suka tanam tebu tepi bibir. 
Manis pada mulanye saja.
Tak boleh ke just stick around with one girl only ?
Awak dah janji nak sehidup semati dengan saya, means dengan saya jela !


Sebelum saya sayang awak, awak buat macam-macam untuk buktikan rasa sayang awak tu.
Sanggup redah lautan api, panjat gunung yang tinggi * kononnye *
Hati perempuan ni mudah cair.
Bila saya dah percaya awak, saya mula sayangkan awak sepenuh hati.
Okayy, tu salah saya yang pertama. Terlalu percayakan awak.


Setahun lebih kita layari perasaan bersama. 
Suka, duka, ketawa dan tangisan tu perkara biasa.
Awak janji yang saya perempuan terakhir dalam hidup awak.
Awak takkan tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi.
Saya terharu tiap kali awak cakap camtu.


Terlalu banyak perkara yang cuba mengganggu hubungan kita.
Dan beberapa kali jugak kita perang besar.
Tapi awak mengalah, awak pujuk saya everytime saya merajuk.
Saya rindu saat tu, saya harap awak tahu :'(


Wake up Syifaa ! Tolong bangun dari mimpi.
Awak bukan saya punya lagi.
Sekelip mata je saya hilang awak.
Sampai sekarang saya masih kabur, apa punca perpisahan kita.


Bangun dari tidur je saya tengok mata saya bengkak.
Apa yang berlaku malam tu ?
Apa yang awak cakap tu betul ke dari hati awak ?
Betul awak tak sayangkan saya lagi ?
Habis setahun yang kita lalui tu hanya sia-sia je kan ?


Macam tak percaya, tapi tu hakikat yang saya perlu telan.
Dalam sekelip mata orang yang saya paling cinta pergi.
Saya sedar yang takde guna saya merayu lagi.
Awak sendiri cakap yang sayang awak kat saya tak sama macam dulu.
Awak tau betapa sakitnya hati saya dengar awak cakap camtu ?


Sebab tu saya ambil keputusan lepaskan awak.
Buat apa saya tahan pemergian awak.
Dan sehari lepas saya buang relation kita kat facebook, awak declare married dengan someone.
Cepatnya awak jumpa pengganti. Thanks awak :')








Labels: ,