Syifa
Miracles.
Friday, April 6, 2012 April 06, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello bloggers :)


Lately, rasa malas nak update makin mengade-ngade. Banyak kali tekan new post then delete balek sebab takde ayat. Seriously dah hampir 19 tahun hidup, nak bina ayat memang lemah. Ni bukan takat makan semut, agaknye dah termakan gajah kot. Tu yang bengap semacam je. Hakhakhak.


Esok bersamaan hari Sabtu aku akan menghadiri kem Puteri Islam. Not as a contestant tapi sebagai akak fasilitator. Aww, terase tua diri ni. Selaku fasi, kebanyakan acara memang kitorang yang kena aturkan. Rasanya ni last kot aku join kem sebab lepas ni nak fokus on study. Malas dah nak kejar sijil, cukup setakat yang ade tu je. Walau ape pon, akademik masih penting.


Ni tahun terakhir aku sekolah, ape keputusan yang keluar tahun depan terpakselah terima. Bergantung atas diri sendiri jugak. The more you give, the more you will be gained right ? Nak mengharapkan keajaiban semata-mata tu agak mustahilkan ?


Labels: