Syifa
Unexciting holidays.
Friday, May 25, 2012 3:17 AM | 1 Comment(s)

Hello peeps !





For sure mesti ramai yang mula hentak-hentak keyboard sambil makan cekedis sekarang ni kan. Yela, cuti sekolah dah bermula. Yeayyy ! Taktau nak klasifikasikan cuti ni seronok ataupun tak. Rasanye best lagi kalau pergi sekolah. Boleh lepak dengan kengkawan sambil ngutuk Mak Jemah. Haha !


Walaupun holiday, as a form 6 student, kami dibekalkan dengan home learning yang sangat sangat berguna untuk masa hadapan kelak ! Kata cikgu, diorang taknak kami lalai menghabiskan cuti yang sekangkang kera ni dengan aktiviti yang tak berfaedah. Alala, so sweet :)


First pegang home learning tu rasa semangat gilaaa nak buat. Tapi bila dah balik rumah, ngadap pulak netbook, memang home learning entah ke mana la kan. Sabtu Ahad ni aku nak memanfaatkan cuti sepenuhnya. Start Isnin depan baru sentuh home learning tu. * kononnye la *


Korang mesti dah plan macam-macam kan ? Seriously aku rasa this holiday will be shooo boring ! Parents kerja, buah hati pun kerja. Tapi aku akan mengisi masa lapang dengan update blog everyday. * flips hair *. Heee, propa je kot. But I will try my best.

Labels: