Syifa
Dear past, I have to move on.
Monday, June 4, 2012 June 04, 2012 | 0 Comment(s)

Biarkan lah aku sendiri meneruskan hidup tanpamu disisi. Aku relakan engkau pergi andai itunya mahumu :)

Malam tadi rasa down sangat-sangat. Kenangan demi kenangan yang aku cuba padam muncul balik satu persatu. Kenapa susah sangat nak lepaskan cinta yang satu ni. Semakin aku cuba lupakan, semakin kerap bayang dia hadir dalam mimpi aku. Aku tahu aku tak patut kenang dia lagi. He's my past !


Seriously aku bukan berdendam. Aku dah maafkan dia. Aku dah cuba ikhlaskan hati supaya lepaskan dia. Sehari dua mungkin hati aku tenang, tapi bila aku duduk sorang-sorang, mulalah macam-macam timbul. Dan akhirnya aku menangis.


Aku tak pasti adakah aku akan dapat sayang lelaki lain macam mana aku sayang dia dulu. Aku rasa itulah pertama kali aku betul-betul sayang bf aku. Kerana terlampau sayang jugaklah aku ditinggalkan. Dan aku jugak yang merana sebab tak boleh nak lupakan dia sepenuhnya.


Mustahil aku dapat lupakan dia. Mungkin sampai aku dah kawen nanti aku tetap tak boleh lupakan dia. Tapi aku akan pastikan bakal suami aku tetap nombor 1 di hati. InsyaAllah. Semoga aku bertemu jodoh yang baik dan boleh bimbing aku ke jalan Allah :)



Labels: