Syifa
Anak darjah 1.
Tuesday, January 22, 2013 January 22, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Hari Isnin baru ni mak ajak aku teman dia pergi sekolah adik, alaa ambik duit bantuan persekolahan RM100 tu la. Kalau ikutkan aku tersangatlah malas nak celik mata pagi-pagi buta. Well, hidup menganggur ni kalau matahari tak terpacak atas kepala jangan harap aku nak sedar. Mana taknye, lepas Subuh baru tarik selimut, maknanya nak dekat Zohor la baru bangun kan?


Ehh, lari topik.


Mak buat muka comel, jadi aku dengan comelnya setuju nak teman mak. Plus, adik aku yang kecik tu menari. Dia tu sangat mewarisi bakat Alongnya ! Dulu masa pra memang cikgu train menari just for fun. Bila dia darjah 1 cikgu tetap panggil dia menari walhal kawan-kawan masa dia pra dulu cikgu tak panggil dah. Now dia dah darjah 3 still menari lagi. Dia masuk team kebudayaan sekolah yang mana dia sorang je perempuan darjah 3. Dah banyak pertandingan dia masuk, yang menang pon ade. Kalau ade event kat sini mostly panggil team sekolah diorang menari.


See, mengarut lagi. Takde kaitan dengan tajuk.


Aku dengan mak jalan kaki ke sekolah sebab sebelah rumah je pon. Sampai je sekolah pukul 9.40 nampak parents beratur panjang nak daftar. Mak pon beratur jugak, nasib baik mendung. Aku join jugak barisan sebab taktau nak lepak mana. Mak suruh duduk kat kaki lima tapi aku rasa kekok sangat. Rasa diperhatikan. Cewahh.


Mak aku borak la dengan makcik-makcik kat situ, aku pulak disuruhnya ambik gambar. Tetiba dari jauh aku dengar conversation yang macam pfft sikit.


Makcik : Tu anak ke ?
Mak : Yela, yang sulong.
Makcik : Ohh, ingatkan dia datang nak ambik duit untuk anak dia jugak.
Mak : Ehh taklah. Baru habis sekolah tu, tunggu result STPM.
Makcik : Ohh tu lah pelik. Ingatkan muda-muda lagi dah kawen. Mane tau anak dah darjah 1 ke.


Aku dengar tapi buat-buat tak dengar. Dengan muka sopannya aku kembali mendapatkan mak dan pulang phone lepas siap ambik gambar. Makcik tu senyap sambil sengih kat aku. Ingat aku tak dengar ke. Aku balas senyuman makcik tu dengan fake smile :')


Well said, dah biasa dengan semua ni. Ade yang tanye bila nak kawen, yang jumpa abah aku suruh cepat-cepat buat kenduri, yang cakap dengan mak aku tak lama lagi boleh timang cucu dan macam-macam lagilah. Bila dah umur 20 tahun ni, aku rasa dekat dengan semua tu. Haha !


Haishh, mak-mak sangat.


Ni baru betul mak dengan anak.


Kening aku terlebih touch up.

Ohh, aku ade sorang lagi adik kat sekolah ni, darjah 5. Tapi takde gambar dia masa ni sebab tak jumpa.

Labels: