Syifa
Tahun baru.
Tuesday, December 31, 2013 December 31, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Sebulan lebih tinggalkan blog, bizi kononnya. By the way, aku tengah final exam sekarang, dah lepas 5 paper, tingga lagi 1 paper tahun depan 12.1.2014. So far okay la jawab exam walaupunnnn ade paper yang susah melampau. Baru sem 1 dah terasa kesusahannya tu. Dan dalam masa lebih kurang 10 hari lagi, aku akan tinggalkan sintok sebulan, balik ke pangkuan keluarga. Taktau la nanti rindu sintok ke tak. Haha.


Dan di kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan Happy Birthday to my one and only hero, Encik Mohamad Zaki. Semoga diberkati Allah, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu disamping keluarga. No word can describe how much we need you abah, how much we love you.











Labels: ,


Pergi.
Tuesday, November 5, 2013 November 05, 2013 | 0 Comment(s)





Kalau aku mampu memilih,
aku memilih untuk pergi,
kerana hadirnya aku,
hanya menambahkan luka dihatimu.


Kalau aku pergi,
adakah kau akan menoleh,
atau membiarkan aku pergi,
tanpa sedikit pun niat untuk menghalang?


Biarlah sakit ini kupendam,
biarlah luka ini kurawat sendiri,
bila kau mampu senyum tanpaku,
maka tak sia-sia aku membawa diri.


SEMOGA BAHAGIA WALAU BUKAN DENGANKU.





Labels:


First entri dari UUM.
Tuesday, October 22, 2013 October 22, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum wbt.



Rasa janggal pulak, maklumlah dah sebulan tak ber-blogging. Bagi sesiapa yang follow blog aku, pasti tau akan perkembangan aku kan? Perasan gitu. Okay la, aku nak cerita la lagi sekali, dengar tau ! Kiranya 2/9 haritu aku mendaftar masuk UUM, kos yang aku ambik ialah Public Management atau Pengurusan Awam.



Apa tu? Mulanya aku sendiri tak pasti apa sebenarnya bidang aku. Bila dah belajar, baru aku tau yang ni adalah bidang kerajaan, swasta pon boleh. Dah nama pon pengurusan, so belajar selok-belok pejabat, dan ade jugak belajar politik. Untuk sem 1 ni tak belajar lagi akaun ape semua. Dah sem 2 dan keatas, hadap la semua subjek pembunuh tu.



Cuma nak bagitau, aku baik-baik saja disini.



Bertambah sihat kan?

Labels: ,


Selamat hari raya - 2 Syawal
Tuesday, August 20, 2013 August 20, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Ni cerita 2 syawal, yee, aku tahu ni semua dah basi. Tapi peduli ape, aku nak cerita jugak. Sebenarnya bukan cerita sangat. Lebih kepada gambar dan caption yang mengarut. Raya kedua di kuala sentul, kampung belah abah. Lepas solat jumaat kitorang jalan sekitar kampung je. Rumah paklong, rumah mak sedara abah dan sedara mara abah la.

















p/s : Dah tu je nak cerita. Bye.



Labels: ,


Selamat hari raya - 1 Syawal
Wednesday, August 14, 2013 August 14, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Dah seminggu raya baru nak update, biarkan. So tahun ni turn raya kat kampung belah mak, Kuala Wau. Aku balik petang sebelum raya tu. Seronok jugak la sebab ade cousin yang sebaya dengan aku, kira cousin paling rapat la. Aku balik kampung dah lewat, tunggu abah habis keje dulu, sampai je rumah wan ngam ngam bukak puasa. Mak dengan adik adik balik sehari sebelum aku balik, abah jugak yang hantar.



Takde ape sangat yang aku buat, rendang lemang semua dah tersedia, so aku habiskan masa dengan berborak dan cari line phone ! Maklumlah kat kampung belah mak ni line phone memang menguji kesabaran. Dah la time ni dapat bonus birthday, rugi camtu je.



Pagi hari raya tu macam biasa bangun awal, mandi, pakai cantik-cantik then jalan kaki pergi sembahyang raya. Time raya ni la baru nampak masjid penuh, anak cucu cicit belaka ade balik. Biasanya kampung ni sunyi je, sebab yang tinggal sini orang-orang tua je. Bila raya baru la meriah dengan kehadiran orang luar. Nak harapkan orang kampung, entah dua saf je agaknye.



Balik sembahyang raya pulak touch up sikit, jamah nasi ayam yang mak masak pastu pergi beraya keliling kampung. Masuk dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain, kemain seronok lagi. Tak hirau ke panas terik dah, berjalan dari pagi sampailah azan zohor baru balik rumah wan.



Lepas zohor naik kereta pergi beraya kat Chenor pulak, rumah jiran lama dulu. Perut full jangan cakap la, rasa nak meletup dah. Balik rumah wan semula ngam ngam maghrib. Lepastu takde ape dah, baring la sampai ke malam sebab dah penat.



Sepatutnya gambar anak dengan mak je, pastu angah jilah (sepupu) sibuk interrupt.



Gambar dgn uda (adik) dan ina (sepupu sebaya)



Kat rumah ni best, makan nasi minyak.



Gambar tepi sungai pahang.




Cousins. Ina and adiknya, Asyraf.



Ina and kakaknya, angah jilah bersama anak-anaknya. Sian angah jilah, beraya tanpa suami. Hakhak.



Sama tak muka along dengan adik adik? Haha.



With abah yang superb cool !


p/s : Takde gambar satu family.
p/s : Angah takde dalam gambar, sebab malam raya pertama tu baru dia sampai rumah wan.
p/s : Sedondon. Lelaki baju melayu ungu, gegirl dan mak baju kurung biru+pink.

Labels: ,


Patah tumbuh hilang berganti.
Thursday, August 1, 2013 August 01, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Cewahh, lama tak berblogging tetiba tajuk kemain puitis. Sebenarnya nak dijadikan cerita, netbook kesayangan aku merangkap kawan baik aku rosak. Sedih tak terkata, netbook tu tersimpan 1001 cerita. Dah la netbook tu rosak dalam keadaan yang menyayat hati. Aku takde disaat nyawa netbook dihujung tanduk, balik rumah je nengok netbook dah calar balar. Sadis.



Harap dapat bawak netbook tu bila aku masuk u nanti, sebab laptop abah rosak, takkan nak bawak netbook uda, nanti sian adik adik susah nak online. Nak dipendekkan cerita, malam tadi mak belikan aku laptop. What a suprise, sebab masa tu aku takde kat rumah. Balik rumah je abah menyeprisekan (men-suprise-kan) aku.



Ni masih kekok lagi menaip, sebab keyboard netbook kecik, laptop ni besar. Kalau guna netbook aku menaip takyah pandang keyboard pon, guna laptop ni mata memang stick kat keyboard. Kalau aku menaip tak pandang keyboard, aku tekan huruf lain, huruf lain yang keluar. Kena biasakan diri dulu.



Mak, abah, terima kasih. Kaklong janji akan belajar bersungguh-sungguh.

Labels:


Poligami.
Thursday, July 18, 2013 July 18, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana, Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah 
Tak usah bicara tentang zuriat  
Kerana, Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… 
Tak usah bicara tentang setia  
Kerana, Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan 
Tak usah bicara tentang tanggungjwb 
Kerana, Aku tahu kau lebih arif tentang itu 
Tak usah bicara tentang kesempurnaan 
Kerana, Aku terima kekurangan kau kerana Allah 
Tak usah bicara tentang dia  
Kerana, Aku diasingkan darimu kerana dia  
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah 
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. 
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… 
Kerana satu dunia tahu. 
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
DAYANA 



Short but deep ! I'm so touched when first read this puisi. And I re-read more than four times. Just to find out the meaning besides this wonderful words. Bukan calang calang orang yang boleh tulis puisi sebagus ini, kecuali ia nya betul betul lahir dari hati.




And I bet, ramai yang tersentuh bila membacanya right? Me too. I just can feel that Dayana such a good wife, looking a video on Youtube (video di mahkamah), Dayana nampak tenang dan masih tersenyum manis. Tapi semua tahu tu senyuman palsu. Aku  percaya kita semua tak berniat untuk masuk campur hal rumahtangga mereka, but we fight for a womans right.




Poligami itu tak salah, malah sunnah.




Tapi yang menjadikannya salah bila si suami menipu. Tidak merujuk kes Ashraf Muslim semata-mata, ramai lelaki yang berani berpoligami tapi tak berani nak beritahu isteri tentang niat mereka. Dan lebih menyedihkan bila si siteri ditipu. Bayangkanlah perasaan kami seorang wanita, yang dah tentu lembut hatinya, mungkin hancur hati disaat tahu terpaksa berkongsi kasih sayang dengan insan yang digelar "madu"




Madu manis bagimu, pahit bagi diriku......




Setabah manapun perempuan yang menerima istilah bermadu, pasti ada sedikit tercuit perasaan. Kalau dulu kita tahu kasih sayang dan cinta suami hanya untuk kita, tapi kini ada insan ketiga. Insan ketiga yang halal dan layak dapat apa yang kita dapat.




Tak terfikir dan taknak fikir apa akan jadi kalau aku diduakan. Masa bercinta setia bagai nak rak, tapi bila dah kawin, baru dua tiga tahun diuji dah cari lain. Hanya mereka berdua yang tahu apa terjadi dalam rumahtangga mereka. Aku tak salahkan Ashraf Muslim berpoligami, jujur saja lebih baik sebenarnya. Lepastu terpulang kepada Dayana atas apa jua keputusannya.




Semoga rumahtangga mereka bahagia hendaknya, semoga Dayana insan seterusnya yang dipilih untuk menerima payung emas dari Allah. Dan kepada lelaki diluar sana, perempuan juga ada hak bila anda ingin berpoligami, bincang dulu, mintak keizinan, tapi taktau la bape peratus je yang izinkan yedakk? Pandai pandailah yeee.

Labels:


Stuck in process.
Wednesday, July 17, 2013 July 17, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Saat ini, aku cuma nak cakap yang aku mengalami tekanan perasaan yang agak tinggi. Tahap sikit je lagi nak hantuk kepala ni kat bantal, cewahhh tak rare langsung. Bukan ape, kemain susah rupanya nak settlekan hal kemasukan ke universiti ni. Dengan nak sahkan itulah, penuhkan biodata la, bukak akaun bank la, gambar pasport la, biasiswa la, ptptn la, semua tu buat otak aku senak !




Yang paling senak bila laman web buat hal. Aku ni menangis tak berlagu bila nak bukak pastu error. Time orang nak cepatlah dia error pulak. Bukan ape, kalau boleh aku nak settle kan awal awal. Pasni boleh fokus puasa, pastu rayaaaa. Bila buat lambat ni dah tentu aku rushing. Bila aku rushing aku akan naik gelabah. Mula la nak marah tak tentu pasal. Hmmmm.




p/s : Doakan aku tabah settle down all of this. Thanks.

Labels: ,


Degree of......
Friday, July 12, 2013 July 12, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



First of all selamat berpuasa kepada semua umat Islam, belum terlambat kan? Actually agak sedih bila tengok dekat facebook, twitter, ramai yang mengadu lapar, letih, tak tahan la, nak berbuka la. And mereka terdiri daripada remaja belasan tahun, bukan anak kecil ! What a surprise. Bagi aku tak perlulah update or tweet sebegitu. Macam la tak biasa berpuasa kan.




Thats not my point.




11072013 which is hari Khamis iaitu 2 Ramadhan, batch 93 yang ambik stpm tahun lepas boleh check upu untuk mengetahui sama ada permohonan sambung degree berjaya atau tak. So quite a touh day for me. Dari malam tu lagi aku tak boleh tido, dok mikir aje dapat ke tak.




Dan bila tepat jam 12 tengah hari, keputusan permohonan dah boleh disemak, tapi aku tak semak terus. Takut punya pasal. Aku jadi silent reader kat twitter, ramai yang tweet dapat situ la, sini la. Aku pon double berdebar. Duduk je ngadap depan netbook, lepastu sibuk mintak nombor ic orang lain, nak tolong check la kononnya.




Nak dekat sejam jugak aku tunggu, saja malas check awal awal, sebab tak dapat terima hakikat andainya di-reject. Then tetiba ogy whatsapp dia cakap dia dah tolong check untuk aku, dekat phone. Punya la tak sabar nak tau agaknye. Aku nak marah jugak mula mula tu, tapi bila pikir balik biarlah dia check, aku sendiri yang tak berani.






Ogy cakap aku dapat uum, tapi aku marah dia sebab main main. 





Lepas dapat whatsapp tu terus aku check kat website dia pulak, alhamdulillah rezeki kat uum rupanya. Ijazah sarjana muda pengurusan awam dengan kepujian.

Labels: ,


Homemade pizza.
Monday, July 8, 2013 July 08, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, cuaca petang ni cantik sangat. Mendung, angin pon sepoi sepoi bahasa, feeling rumah kat tepi pantai. Dah seminggu dua tak update sebab malas, takde idea, dan baru-baru ni netbook aku bagi ogy pegang. Tak kuasa mak nak update blog guna phone.



Sekarang ni aku tengah aktif meng-usya resepi dessert untuk dicuba BILA RAJIN. Selain tu aku jugak mentelaah resepi western food terutama sekali pizza ! Taktau bila hantu pizza masuk dalam badan ni tapi since sebulan dua ni tekak nak makan pizza aje. Jenuh berulang ke kedai pizza. Kalau order pastu dapat terus takpe, ni kena tunggu 20-30 minit.



Dulu masa belajar Kemahiran Hidup pernah la aku buat mende alah pizza ni, well aku belajar Ekonomi Rumahtangga, memang kerja memasak dengan menjahit aje ! Cikgu Laili ajar buat pizza, balik rumah ape lagi, praktis terus sebab cara nak buat memang senang gila. Semangat sangat buat pizza sampai aku lupa nak cut resepi. Aku ikut resepi asal yang buat kat sekolah, memang besar gedabak la pizza aku. 5 hari makan pon tak habis.



Lepas pada tu aku tak cuba dah buat pizza, malas dan kekurangan bahan kat rumah. Tak rajin la pulak nak ke kedai semata-mata beli bahan buat pizza. Aku suka aplikasikan ape yg ade kat rumah je. Dah setahun dua tak cuba, sekarang memang totally lost. Aku tak ingat langsung cemana nak buat doh pizza tu.



Then td masa tengah guna khidmat pakcik gugel (google) untuk menggugel resepi yang konon-konon nak dicuba masa bulan Ramadhan ni, aku terjumpa resepi pizza yg gila senang ! Tak payah susah susah buat doh. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.



Tak percaya lagi?



Lantak korang la.



Kihkihkih, cekidaut link ni okay klik sini








p/s : Nak cuba nak cuba !

Labels:


Photoshoot.
Wednesday, June 26, 2013 June 26, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Hari Rabu, sesuai sangat kalau nak buat Wordless Wednesday. Kemain ambik kesempatan malas nak menaip, so update hari Rabu, keji betul perangai. Ni sebenarnye gambar photoshoot hampir dua minggu yang lepas. Konsep photoshoot, tapi idakk la panggil photographer betul betul, guna pon camera henpon aje. Boleh klasifikasikan as photoshoot? Lantaklah.



Actually kitorang pergi picnic kat Lentang, balik tu singgah taman and gediks gediks nak bergambar. Si lelaki la tukang ambik gambarnya. Dua lelaki, tiga perempuan, so woman win ! Hari Jumaat tu aku, ika dgn jira keluar temerloh dulu, ogy drive. Pergi bank, pastu beli barang nak masak. Balik dari temerloh tu aku dgn jira tido rumah ika je.


Pagi esoknya dalam pukul 9 lebih kitorang gerak. Kali ni pegi berlima. Aku, ogy, ika, jira and iwan. Lentang tak jauh pon, sejam lebih dah sampai. Mula-mula sampai tu kitorang salin baju, cari port nak letak barang makanan, makan, pastu mandi. Menu nasi goreng dgn ayam masak merah. pastu ade la cekedis dgn air kotak. Sambil mandi sambil makan. Acane tu?



Gambar dlm air semua tak senonoh. Blur la, pandang tempat lain la, tudung kelepet la. So takmau teman upload.



























Tema dress dan flat. Kononnye la. Aku je tersesat dress coklat. Ika dgn jira sedondon biru. Flat pon kemain meriah warna merah, aku warna hitam je. Yang penting semua flat ade reben. Haha !








Labels:


Cemburu.
Tuesday, June 18, 2013 June 18, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Mungkin bagi orang lain, cemburu tu biasa. Normal. Tapi bagi aku, cemburu yang ada dalam diri aku ni tahap membunuh. Bila aku cemburu, aku akan bunuh perasaan aku, juga perasaan orang lain. Dan masa tu jangan harap la aku nak berkelakuan elok, mesti menyakitkan hati punya.



Frankly said, aku tak pandai sembunyikan perasaan cemburu, apatah lagi pendam. Ye aku pendam, aku takkan terus terang yang aku tengah cemburu, tapi aku akan luahkan dalam bentuk perbuatan atau kata-kata. Masa ni, aku tersangatlah annoying. Percayalah. The side you'll never want to see.



Cemburu aku kadang waras, kadang tak logik, iras-iras cemburu buta giteww. But with one reason, sebab aku dah terlalu sayang, maka bersepahlah rasa cemburu.  Tapi tak lama sebenarnya, aku pandai dan terror dalam bab memujuk hati sendiri ni. Nangis sampai airmata kering, then I'll okay ! Kalau ade orang yang pujuk lagi la aku suka.



Hanya yang betul-betul sabar je dapat bertahan dengan aku. And I hope he will.



Kisahnya bila si pakwe bagi password facebook dia kat aku. Mulanya aku berkeras taknak, sebab aku tau aktiviti stalk inbox facebook mesti terjadi punya. Tapi si pakwe bagi jugak, maka malam tu aku jadi stalker terhebat. Dari mesej tahun 2013 sampai la 2011 takde satu pon yang terlepas dari bacaan aku.



Dan tiba-tiba rasa sakit hati (mungkin cemburu), bila terbaca conversation si pakwe dengan perempuan lain yang agak mesra. Tapi perlu ke cemburu tu datang ? Tu cerita tahun 2011. Mula tak paham dengan diri sendiri.



Keesokan harinya aku bangun tidur dengan mood zero. Dan seboleh-bolehnya aku taknak dia tau yang aku tengah cemburu. Tapi dia dah masak dengan perangai aku agaknye. Dan bermulalah sesi pujuk memujuk......



Labels:


Joging.
Thursday, June 6, 2013 June 06, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Bismillah.



Terketar-ketar tangan nak menaip new entry ni since dah seminggu dua tinggalkan blog. Nak kata busy tu taklah sangat, nak kata tak buat apa-apa langsung pon idokk jugak. Yang utamanya aku takde idea nak menulis. Tapi still active kat Facebook and Twitter.



In shaa Allah nak aktif kat Blog balik, with upcoming fresh entry !



Seriously dah gemuk sekarang.



Tengok pipi tu :(




p/s : Nak joging lagi. Dengan ika, buya, ogy.

Labels: ,


Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2
Wednesday, May 22, 2013 May 22, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan gambar.




Pagi tu anjang tawarkan diri nak hantar kitorang kat wisma DRB Hicom. Kalau g dengan kereta sendiri kitorang nak balas terus lepas habis majlis. Sebab tu anjang nak hantar, nanti habis tu dia pick up dan bawak balik rumah dia semula. Anjang bijak !



Banner di pintu masuk. Berdebar bila baca sebab bakal berdepan dengan manusia yang ramai, dan aku tak kenal. Aku kategori STPM :)




Wisma DRB Hicom. Memang cantik ! Menepati konsep Shah Alam Bandaraya Dalam Taman. Wisma ni dikelilingi pokok, taman, kolam ikan, air pancut. 




Done pendaftaran. Proses pendaftaran yang sangat cekap dan efisien, walaupun tak guna komputer. Manual saja. Di kaunter pertama sebutkan nama dan kategori, dia bagi tag. Tali kuning untuk STPM, hijau untuk SPM dan merah untuk PMR. Tag bertali ungu tu untuk ibu bapa atau penjaga. Semasa proses pendaftaran ni jugak dia bagi kupon sarapan pagi, tapi sebelum tu kena tandatangan untuk buka akaun Bank Muamalat. Duit tu dia dah bank in kat situ.





Suasana sarapan pagi. Ni dekat ground floor, tempat parking kereta. Hehe.




Dalam pukul 9 lebih tu dia panggil peserta dan ibu bapa untuk masuk ke dalam wisma tersebut. Majlis ni diadakan dekat lobi which is tingkat 3 or 4. Aku pon dah lupa. Sebelah kanan pentas untuk ibu bapa, manakala sebelah kiri untuk students. Dan setiap kerusi untuk student tu dah ade nombor yang sama dengan nombor dalam tag. Jadi kena duduk kerusi masing-masing ye.



Dalam pukul 10 pengacara majlis mengumumkan ketibaan CEO serta sekutunya. Dan seperti biasa dengar ucapan CEO yang aku kira banyak beri motivasi serta dorongan pada kami semua. Time ni fikiran aku melayang jauh. Tetiba aku rasa nak jadi salah seorang stuff DRB Hicom. Dapat duduk opis cantik, besar, pakai smart !



Lepas habis ucapan CEO maka bermulalah sesi penyampaian hadiah, bukan hadiah sangatlah. Cek sebenarnya. Memula sekali dipanggilnya pelajar PMR yang cemerlang iaitu 7A dan keatas. Penerima seramai 193 orang. Pengacara majlis siap sebut nama, anak kepada siapa (yang bekerja dibawah anak syarikat DRB Hicom) dan dari anak syarikat mana. 



Contohnya : Bedah anak kepada Seman dari Pos Malaysia.




Lepas selesai kesemua 193 orang naik ke atas pentas menerima sijil dan cek, maka bermula sesi fotografi. Kemudian diikuti pelajar SPM seramai 155 orang yang mendapat keputusan 7A dan keatas. Prosedur yang sama seperti pelajar PMR tadi. Majlis berjalan begitu lancar. Semua nama dipanggil, tiada yang tertinggal, dan tiada yang terambil sijil orang lain.



Dan yang terakhir penyampaian sijil serta cek RM600 kepada pelajar cemerlang STPM. Rupanya hanya 3 orang penerima bagi STPM. Dan kami paling beruntung sebab muka masing-masing memang sah terpapar time fotografi sebab hanya bertiga atas pentas. Tak macam pelajar PMR dengan SPM. Seratus lebih atas pentas time nak bergambar, mungkin terselit sikit je muka kau. Tu pon mujur sangat ade.



Berdiri sebelah CEO lagi. Kau ade ?



Majlis penyampaian selesai dalam pukul 11:30, apalagi, turun makan la pulak.




Nasi arab lagi, nasi putih dan nasi minyak. 




Nasi minyak ni memang terbaik. 




Bila pen-serve makanan tu tengok kita dah siap makan, dia hantar desert buah, abc dan cendol ! Layanan makanan memang tiptop. Ibarat kau duduk berlunjur bak raja, pastu gundik suapkan anggur.



Sebelum balik, snap barang sekeping dua untuk dijadikan memori. Boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti.





Kemudian anjang jemput, dan balik semula ke rumah dia. Dalam pukul 4 petang kitorang gerak balik pahang. Pukul 6 sampai Genting Sempah dan berhenti untuk ngeteh. Pukul 8 lebih, selamat sampai rumah. Ni antara aktiviti kat rumah anjang....



Kaum kaum bapa menengok tv di tingkat atas.



Kalau kaum bapa tengok tv, kaum ibu tengok tudung.



Kaum anak sekalian menjahanamkan piano. Ni anak anjang yang gegirls/ Diorang ni menghiburkan hati. 




Yang kiri tu yasmin, si bongsu, mata bulat, sebijik kopipes muka maknya. She's born in London dan masa musim panas dia dibawak balik penang, rumah opahnya. Jadi bila berdepan dengan kakak dan abangnya dulu, dia tak faham apa yang kakak2 dan abangnya cakap. Yasmin ni pure penang. Tapi skang alhamdulillah boleh dah speaking, katanya belajar dari Sarah.



Okay yang tengah tu Sarah, anak ketiga, dia ni istimewa sebab hiperaktif. Kalau ikutkan dia darjah 2, tapi dia kelas pendidikan khas. Bila bicara pasal kanak-kanak hiperaktif ni semestinya aktif kan ? Sarah ni tak pandai berbahasa melayu. Dan english dia pulak tak macam accent kita ni. Dia punya pekat sikit. Sebijik macam omputih cakap tu. Dia punya imaginasi kuat. Skang dia pandai cakap melayu sepatah sepatah, belajar dari upin ipin. Kalau kita cakap melayu dengan dia, dia paham, tapi dia balas in english.



Yang kanan sekali tu Tina, anak anjang yang kedua. Tina ni darjah 4, tapi badan besar mengalahkan cikgu. Dia lama kat London. Anak mat saleh kan semua badan besar besar, tinggi. 



Ni muiz, yang sulung. Tak dapat tangkap gambar dia yang latest, berkurung dalam bilik je. Muiz ni Form 2 sekarang. Hensem, tinggi, macam anak mat saleh jugak la.



Tina playing the piano while Sara is......




Dancing atas meja !



Nak balik tu anjang iring sampai simpang sebelum highway sebab abah taktau jalan sangat. Sebelum tu singgah makan cendol kat seksyen 16. Terbaik cendol ni. Lemak manis disukai ramai.




Sekian ! Akhirnya tamat jugak.




p/s : Esok akan ke sekolah untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM damnSTPM 2012.




Labels: ,


Malam yang luka.
Thursday, May 9, 2013 May 09, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


A big apologize to all of my readers and follower blog ni, sebab aku jarang sangat update walaupun duduk rumah goyang kaki je keje aku, tapi busy lagaknye kalah orang yg bekerja. Malam ni rasa free nak menaip. Jari ni laju je menari atas keyboard walaupun tak draft nak tulis pasal ape. Maknanye malam ni entry merapu. Sekian.


Kemain mukadimah !


Aku menghitung monthversary kami yang ke-2 bulan. Hari sabtu ni. Dan sabtu ni dia takde. Esok sampai Ahad dia kena g kursus kat jerantut. Okay cuba faham dia kerja. Tadi keluar dgn dia, tengok skrip yang dia kena hafal, ade 15 keping. Muka dia nampak risau. Sepatutnya masa yang singkat tu dia kena study skrip-skrip tersebut, tapi dia luangkan masa dgn aku, bawak adik aku dan kawan aku g hospital. Thanks sayang !


Dan malam ni aku suruh dia hafal isi penting, sampai sekarang aku masih tunggu dia whatsapp and call, tapi takde. Tak mungkin dia baca sampai 2, 3 jam. Sebab td dia cakap nak baca sikit je. Bila aku call dia tak angkat. Mungkin tidur ?


Jujur aku tak suka orang tinggal aku macam tu je. Nak tidur cakap ! Mungkin tertidur. Tp bila dah ngantuk tu nape tak cakap ? At least bila senyap aku boleh terima yg dia mungkin tidur, sbb dia dah beritahu awal-awal. Mende ni aku dah cakap banyak kali, tapi banyak kali jgk dia buat. Sebenarnya bukan masalah besar.


Jadi besar sbb esok dia nak kursus, ingatkan malam ni dapat stay up lama sikit dgn dia :(


Rupanyaaaa.....


Esok sampai Ahad dia dah busy.


Faham. Bye.


Masih senyum

Labels:


Penganggur.
Friday, April 26, 2013 April 26, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Lately, aku semakin bosan bila online facebook and twitter mesti ade manusia yg tanya "tak keje ke?". Taktau kenapa aku rasa bosan je nak jawab soalan tu. Yes, memang aku tak kerja. Sekarang ni aku jadi penganggur terhormat lagi dikasihi kat rumah ni.


Bukannya aku takde langsung keinginan nak kerja, nak rasa gaji hasil titik peluh sendiri, tipu la kalau sekelumit pon rasa tu tiada. Tapi aku duduk rumah ni pon bersebab. Sebab aku kesiankan mak aku. Dia bukan fully housewife, she is a worker too. So lunch hour dia cuma sejam. Selama ni bila aku sekolah dia selalu terkejar-kejar time lunch hour tu. Balik nak masak lagi, mana sempat berehat.


So lepas aku habis sekolah ni, berbekalkan cuti yang sangat sangat sangat panjang, aku ambil keputusan untuk tolong mak, ringankan beban dia. Mak pon cakap dia memang taknak balik lunch hour, sebab kesian kat abah kena pick up dia. Pejabat abah dah la jauh, asyik ulang alik je, makan masa.


Maknanya, tugas aku kat rumah ialah memasak untuk adik-adik. Tu je la rutin harian aku sampai bulan 9 ni. InsyaAllah bulan 6 mungkin result upu keluar, dan aku akan sambung degree bulan 9. Ade jugak suara-suara sumbang yang cakap "elehhh, duduk rumah kerja membesarkan badan la tu" "nape tak kerja, taknak merasa pegang duit banyak ke" dan banyak lagi la soalan persis begitu. Aku taktau tu soalan atau perli semata-mata.


Normally, bila dah start kerja, dah merasa gaji sendiri, kita rasa seronok tahap tenuk kan ? So serba sedikit akan buat kita malas nak futher study. Aku bukan cakap kosong, tapi berdasarkan kajian. Lagipon aku nak spend time dengan family, sebelum terbang ke tempat orang. Bagi aku, saat paling indah bila bersama dengan keluarga tercinta :)





p/s : malu nak upload gambar masakan aku.
p/s : best tak kerja, sebab anytime free nak keluar dengan kengkawan !

Labels: ,


Tanggungjawab suami, isteri dan bersama.
Friday, April 19, 2013 April 19, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Tetiba rasa terpanggil untuk share apa yang aku faham tentang tanggungjawab seorang suami kepada isteri begitu juga sebaliknya, serta tanggungjawab bersama. Mungkin aku masih muda, masih mentah, orang cakap setahun jagung kalau nak bicarakan pasal kawin ni. Tapi tak salah berkongsi sesuatu yang baik right ? Moga jadi panduan untuk aku dimasa akan datang. Hikk.


 Tanggungjawab suami.


 Memberi nafkah zahir dan batin. Jangan sesekali abaikan.

 Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak-anak. Ikut kemampuan !

 Mendidik isteri dan anak-anak.

 Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.

 Mewujudkan pergaulan yang baik dalam keluarga.

 Memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak.

 Adil jika berpoligami.


 Tanggungjawab isteri.


 Mentaati suami selagi tak bercanggah dengan Islam.

 Menjaga maruah diri dan suami.

 Menjaga kebersihan diri, anak-anak serta rumah.

 Membantu meringankan beban suami.

 Hiburkan suami.

 Jangan meninggalkan rumah tanpa izin suami.


 Tanggungjawab bersama.


 Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.

 Memberi pendidikan kepada anak-anak. Terutama pendidikan agama.

 Memberi kasih sayang kepada anak-anak.

 Membina ikatan kekeluargaan yang baik bagi kedua-dua belah pihak.

 Sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga.



Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan, maklumlah setahun jagung katakan. Sebenarnya asas kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan tu bila mana si suami dan isteri tahu tanggungjawab masing-masing, faham dan akur serta laksanakannya bersama-sama. Nak bahagia bukan senang, tapi tak juga susah kalau suami isteri saling bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Paling penting, sentiasa sayang pasangan kita dari sehari ke sehari, setia, dan percaya. InsyaAllah rumahtangga bahagia.



p/s : Tips kekalkan keharmonian rumahtangga dari budak yang baru masuk umur 20-an. Hikk.




Labels: