Skip to main content

Cinta pertama.

Assalamualaikum. Ahaksss.




Zaman belasan tahun aku ( atau mungkin kita ) amat menyeronokkan, terutama sekali di awal belasan tahun. Masa tu apa yang aku tahu bangun tidur, pergi sekolah, chill dengan kengkawan, lepak library, balik rumah, online Myspace and Tagged, makan, tidur dan begitulah putarannya. Di awal usia 13 tahun, aku belum kenal apa itu cinta walaupun rakan seusia aku sudah. So advance.


Tapi aku ada crush masa umur 12 tahun, tak tahulah dia sedar ke tak kewujudan aku. Maklumlah, aku bukan budak panas kat sekolah, comot je. Dia pulak comel, senyum nampak lesung pipit, gigi taring, manis sangat. Kami classmates dan stay hostel sama-sama. So aku memang ada banyak masa untuk usha dia kat sekolah. Cuma aku tak berani, fear of rejection. Dia ramai secret admirer. Aku tahu tu sebab member aku sendiri minat dia, Lepas UPSR kami pisah camtu je, dia pindah Jerantut rasanya -,-


Masuk alam sekolah menengah, mula rambang mata memandang para abang senior. Ada la jugak tersangkut hati dengan beberapa orang, tapi sekadar minat dalam diam. Aku minat abang senior kelas sains sukan. Body masing-masing perghh tiptop ! Termasuklah Wan Zack Haikal ! Salah seorang senior yang aku minat. Tapi biasalah, geng-geng sains sukan ni semua dah ada awek. Awek masing-masing kelas vokasional, cun-cun pulak tu. K pasrah.


Aku mula betul-betul rasa sayang dan cinta masa umur 16 tahun. Masih cinta monyet sebab di alam persekolahan lagi kan. Tapi ni monyet yang dewasa sikit la. Kihkihkih. Setahun lepas tu kami putus, sebab kononnya nak fokus study dan exam memandangkan aku SPM dan dia STPM. So clishe. Dia ada cari aku balik, tapi masa tu aku dah couple lain.


Stop.


Kalau nak cerita pasal ex-s ni dah ada kat entri lepas. Apa yang aku nak highlight kan kat sini, cinta pertama biasanya datang dari perasaan ingin tahu kita tentang apa rasanya bercinta. Sebab tu first love kita biasanya di zaman persekolahan. Masa tu sikap ingin tahu serta macam-macam persoalan bermain dalam diri. Apa itu cinta ? Seronok ke bercinta ? Macam mana rasa dihargai ? Lebih-lebih lagi kalau rakan-rakan kita ada partner, sedikit sebanyak kita pon nak jugak kan ? So normal jatuh cinta di usia muda.   


Walaupun dah banyak kali kita bercinta, tapi cinta pertama adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Manakala cinta yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya sangat menyakitkan untuk difikirkan lagi. Percayalah :)


Nota kaki,
Aizat Fakhri, Hanif, Shahrul Nizam, Helmi, Zack, Icap, Syaqir, Amy, Yus, Ashraf Hakim, Zaha, Asyim, Matjen, Arif, Azlan, Shamin,




Comments

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.