Skip to main content

Rentetan 2012.

Ehemm, Hai, Assalamualaikum ! Happy New Year Peeps.


Seriously terketar-ketar tangan aku bila jari mula menekan Create a New Post. Mana taknya, last post aku bulan 8 hari tu.  By the way, am I too late nak wish Happy New Year ? Hahaha. Last year was a tough year I thought. Aku tak sangka banyak sangat peristiwa yang menimpa aku. So hari ni aku nak buat rentetan kisah hidup aku tahun 2012.


Februari 2012.
Hubungan yang baru menjangkau usia 1 tahun 4 bulan akhirnya terlerai. Aku terpaksa akur, Ashraf Hakim tinggalkan aku demi perempuan lain. Sedih tak terkata, pilu dalam dada. Aku merayu, tapi dia tak peduli. Dia tetap pergi bersama perempuan tu. Lama jugak aku ambil masa untuk terima hakikat. Berkat semangat dari parents and kawan-kawan, akhirnya aku move on. Yaa, aku takkan menoleh lagi.


Mac 2012.
Seorang lelaki berusia 23 tahun, Azim, datang bagi nasihat dekat aku. Well, berlaku sedikit pergaduhan between aku dan kekasih baru ex aku. Mungkin ramai yang tahu tentang ni. So Azim nasihat supaya aku merelakan kepergian Ashraf Hakim bersama perempuan tu, maafkan dia dan mula hidup baru. Berat permintaan tu, tapi aku cuba untuk tak peduli lagi perasaan cemburu ni. Dan akhirnya aku lekat pulak dengan Azim. Hahaha.


April 2012.
Hubungan aku dengan Azim hanya sebulan lebih. Aku yang tinggalkan dia. Sebabnya ? Dia masih hidup bersama bayang-bayang ex dia. Setiap kali keluar, dia cerita pasal ex dia. Ex dia inilah, ex dia itulah. Wahh, aku ni patung agaknye. Even dah putus kami still contact and berkawan. Masih di bulan April, aku berkenalan pulak dengan Arif. Everything seems to be fine until.......


July 2012.
1 July, we're broke up. Tiada siapa yang curang. Cuma dia tak jujur dan tipu aku. Bukan aku tak bagi peluang dia berterus-terang, tapi dia masih ingin menipu sehinggalah segalanya terbongkar. Dan aku lepaskan dia, sebab aku tak suka dibohongi. Kemudian di penghujung bulan 7 aku berkenalan pula dengan Zaha. Actually kami pernah contact sekejap before this, tapi lepas tu masing-masing senyap. Maklumlah dia kerja di Klang, always busy. Haha. Kali ni kami bertemu semula di dewan semasa menghadiri kenduri kahwin. First time bertentang mata, aku cepat-cepat melarikan diri. Selepas pertemuan yang tak diduga tu, aku dan Zaha kembali menjalinkan hubungan.


August 2012.
Aku dan Zaha, we're over kerana orang ketiga. Mungkin aku cemburu tak bertempat, tapi hati mana yang tak sakit bila perempuan lain bersayang-sayang dengan dia tanpa pengetahuan aku. Tak lama lepas tu aku berkenalan pulak dengan Asyim. Dia muda 3 tahun dari aku, iaitu sebaya dengan adik aku. Pada mulanya kawan-kawan aku tak percaya sehinggalah mereka lihat sendiri Asyim. Kalau tengok fizikal dan caranya, takkan perasan yang dia tu muda. Dia matang, lagi matang kalau nak dibandingkan dengan aku.


Oktober 2012.
Sekali lagi putus. Walaupun baru 2 bulan dengan Asyim, tapi perpisahan kali ni sama macam aku mula-mula berpisah dengan Ashraf Hakim. Sekali lagi aku berendam airmata, ke sekolah dengan mata yang bengkak, senyuman yang palsu. Kawan-kawan memang menyedari itu, dan ada jugak cikgu yang menegur tentang perubahan aku. Seringkali mengelamun, murung, dan tak banyak bercakap. Selalunya kelas tu riuh disebabkan aku. Keadaan ni amat membimbangkan sebab STPM hanya sebulan lagi. Dapatkah aku bangkit membina semangat ?


November 2012.
19 November, tarikh penentuan masa depan aku. Alhamdulillah, aku kembali bangkit, mengutip sisa-sisa kesedihan, cantumkan hati yang remuk untuk membina kejayaan. Harapan mak abah tak mungkin aku hampakan.


December 2012.
12 December, tamat sudah peperiksaan STPM. Syukur Alhamdulillah, kesemua paper dapat dijawab. Hanya mampu berdoa agar kertas-kertas jawapan aku selamat ditangan pemeriksa, jawapan yang aku tulis betul, dan result yang keluar nanti akan melayakkan aku untuk ke menara gading. Amin Ya Rab.



Comments

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.