Syifa
Cantik bukan tiket bahagia.
Friday, February 1, 2013 February 01, 2013 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum.


Mendung di awan tidak selamanya,
mungkin sebentar lagi cerahkan menjelma,
begitu juga kesedihan bukan selamanya.




Segalanya yang ada atas muka bumi ini tidak selamanya, begitu juga dengan diri kita. Nyawa hanyalah pinjaman dari Allah. Jadi ingatlah, kita tidak selamanya diatas atau dibawah, kita tidak selamanya ketawa atau menangis. Kerana bumi ini bulat. What goes around comes around. Hanya kerana hari ni kita bersedih, jangan terus down, bangun ! Kalau hari ni dia tinggalkan kita, takpe. Bersyukur sebab Allah nak temukan kita dengan orang yang lebih baik.


Yang patah akan tumbuh hilangkan berganti,
yang pergi biar pergi tak guna diingati.


Untuk kawan aku yang tersayang,


Sungguh aku sedih saat berita itu kau sampaikan. Aku tahu, kau betul-betul sayang dia. Dan aku tak sangka, kenapa tergamak dia tinggalkan kau dengan cara yang kejam. Bagi aku, kau takde kurangnya. Sebab perempuan yang datangnya entah dari mana tu, hubungan korang terputus. Sebab perempuan yang dia baru kenal seminggu dua, dia lepaskan kau yang hampir setahun dia kenal ! 


Aku marah ? Memang aku marah, sakit hati, geram, kesal dan semuanyalah. Sejak akhir-akhir ni kau selalu cerita yang dia makin baik, makin pedulikan kau, takde hilang macam dulu, selalu ajak kau keluar, everythings seem to be fine. Aku tumpang gembira bagi pihak kau. Aku tahu kau dah banyak berkorban perasaan selama ni, dia selalu marah kau tapi kau tetap sabar. Dia selalu hilang tapi kau tetap tunggu. Jadi kau berhak bahagia dengan dia.


Rupanya, dia buat baik tu saja untuk mengaburi mata kau. Nak tutup rahsia dia. Ternyata, dia curang belakang kau. Aku faham kalau kau menangis, aku faham kalau kau sedih. Tapi tolong, demi aku, jangan putus asa. Kita dah macam adik beradik, sakit kau sakit aku jugak. Kita sama, ditinggalkan kerana orang ketiga. Masa aku jatuh, kau, Ika dan Gra yang naikkan semangat aku semula. Aku janji, kali ni aku bantu kau.


Kau cantik, pandai make up, tak macam aku. Sebab tu dia tinggalkan aku. Kadang-kadang aku malu dengan korang, aku tak pandai bergaya.


Jatuh airmata aku baca mesej dari kau. Tiba-tiba aku benci lelaki tu, sebab dia kau jadi macam ni. Cantik ke tak bukan tiket bahagia sayang. One day, akan ade lelaki yang terima kau seadanya. Trust me. Setiap orang ade kelebihan, begitu jugak kelemahan. Kau pandai masak, rajin, pandai menjahit, suka berkebun, mengasuh budak, aku rasa dah cukup pakej sebagai seorang perempuan. Jangan putus asa, perjalanan kita jauh lagi. Belajar dulu, aku sentiasa ade dengan kau walaupun dia tinggalkan kau. Itu janji aku !










Labels: