Syifa
Rombongan melawat mak mertua.
Thursday, February 14, 2013 10:19 AM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Sorry encik blog, diri ini mendusta janji lagi. Konon nak kerap dan rajin update blog. Boleh jalan la dengan janji palsu serta ayat manis tu.


Baru ni, aku tak ingat hari ape but still in this week, aku hangout dengan Ika, Buya and Nizam. Actually, kitorang tak rancang beria sangat pon. Malam tu Ika text ajak keluar but not sure. Pagi buta pulak aku dikejutkan oleh mak, aku ingat mak nak ajak hantar adik balik hostel, aku cakap la taknak gi. Pastu mak goyang-goyang pintu, dia cakap Buya tunggu kat luar. Baru aku teringat tentang plan nak keluar tu. Dengan muke sememeh aku keluar jumpa Buya, Buya cakap Ika dah puas call aku. Sumpah tak sedar. Ade 11 miss calls. Hehe.


Si Buya balik dulu ambik kereta then baru jemput aku semula. Time nak keluar tu hujan tiba-tiba mencurah dengan lebatnya. Mujur ade abah yang prihatin, tolong payungkan aku sampai kat kereta Buya. Then ke Durian Tawar jemput Ika dengan Nizam. Lepas tu Buya tanye nak ke Mentakab ke Bahau, Ika pilih Bahau sebab Mentakab dah selalu pergi. Lebih kurang sejam dua jugak la nak sampai Bahau tu.


Buya pulak dapat idea nak bawak Ika jumpa mak dia kat Gemencheh, Buya cakap dalam setengah jam je dari Bahau. So kitorang decide gi rumah Buya dulu, makan kat sane then baru lepak Bahau. Sepanjang perjalanan nak ke Gemencheh tu, mulut Ika pot pet pot pet. Maklumlah nak jumpe bakal mak mertua. Dia punye excitement tu lebih sikit la.


Sampai ruah Buya dah petang, ngam ngam sesuai untuk lunch. So kitorang lunch dulu, adik Buya yang cantik masakkan. Lepas tu lepak-lepak buat macam rumah sendiri. Aku paling over ngadap tv. Haha. Lepas Buya habis urusan dengan mak dia, kitorang pon berangkat balik. Singgah Bahau just jalan-jalan kat Kiara je. Dalam pukul 6 lebih balik, sempat singgah gerai sup kambing. Tapi aku order sup ayam sebab aku tak makan kambing. Dalam pukul 8.30 malam, sampai rumah.


Dekat bandar Buya suruh Ika drive sebab Buya takde lesen. Ika pulak baru je dapat lesen, masih kekok. Nak-nak lagi bawak Storm auto. Bapak bisingnya makcik ni. Nyaris masuk longkang. Dia bawak jangan cerita la, 40 km/j, muka pulak betul-betul rapat kat stereng. Ika Ika.


Bergambar dengan adik Buya yang kecik, Kema. Mula-mula tak masuk kepala lagi. Nak dekat balik baru la dia join kitorang, Introduce semua bear dia, siap ade name lagi. Dina, Dini, Dila, ape entah lagi. Tak cukup dengan tu, dia uji kitorang dengan bukak Astro Tutor tv. Suruh jawab soalan UPSR, PMR, SPM. Haha !


Dekat Kiara Buya beli jajan, aku dengan Nizam je makan kat belakang.  Orang bercinta kat depan mane nampak makanan hoii. Untung aku dengan Nizam, kenyang perut suka hati.


Bukan nak cakap ape, sup ayam ni memang terbaik. Buya dengan Nizam makan sup kambing, double terbaik agaknye. Licin je mangkuk masing-masing. Aku punyalah nak tunjuk gah, letak sambal kicap banyak-banyak. Pastu ngadu kat budak ni, kenapa tak pedas. Rupanya effect dia lambat. Dalam kereta aku sakit perut.


Sama kecik, sama padan. Doakan korang kekal weyhh. Nak gi jenjalan jangan lupa ajak aku lagi.


Penat, but we enjoy it !





Labels: ,