Syifa
Result STPM
Friday, March 29, 2013 March 29, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Actually result keluar 18.3 baru-baru ni. Biasa laa, aku kan suka update mende yang dah basi. Ni semua salah charger netbook rosak, so tak dapat aku online and update blog. Nak update pakai phone sangatlah tak selesa u olls ! Before ambik result tu sempat lagi berjimba dengan kawan-kawan and my special one dekat Kuantan. Tu cite next entry nanti la !


Balik dari Kuantan tu aku tidur rumah Ika, malas balik rumah sendiri sebab tension punya pasal. Tapi aku still lena tido sehinggalah pagi tu Ika kejut, ade effect nangis sikit. Dia risaukan pasal result. Aku pon tersangatlah risau sebenarnya. Mula la rewind balik semue yang aku buat masa sekolah dulu. Aku ni memang takde study extra. Nak exam baru la bukak buku. Sangat tak sistematik kan ? *Jangan contohi akak*


Pagi tu rutin as usual, bangun, basuh muka, gosok gigi, breakfast dan lepak dalam bilik dengan Ika and Jira. Suddenly Ada call, dia ajak g sama-sama, kakak dia jemput we olls nanti. So masing-masing terus gelabah bersiap.






Nak g ambik result muka kena pucat, bak kata Ika, kalau result teruk takdelah malu sangat. Yela, bergaya bagai nak rak, sekali result hancusss, mesti malu kan ? Haha. Sampai je sekolah, langkah kaki kanan. Dah nak dekat dewan terbuka, aku rasa nak patah balik ! Tengok pulak cikgu-cikgu dah berkumpul, adik-adik form 6 pon turun. Okay, aku kena terima hakikat yang result dah ade kat tangan cikgu.


Then as usual ade ceramah sikit bla bla bla. Pastu tiba la masa, cikgu Sarji umumkan 25 calon STPM 2012 yang dapat result cemerlang, naik pentas dan terima bunga. Dup dap dup dap masa tu Tuhan je tau. First cikgu panggil budak Cina kelas Sains, admit it dia memang bijak. Second, my bff ! Shuada Asri. Dia pon tercengang tak sangka, aku pegang tangan dia dan suruh dia naik pentas. Akak dia kat sebelah aku tak habis-habis cakap "akak tak sangka". Tahniah kawan, dalam hati aku tumpang gembira dan bangga dengan dia. Third, pelajar asli kelas ekonomi. Dia memang cerdik, time trial pon dapat result gempak. Forth, Nur Asifah Bt Mohd Zaki, dengan pencapaian 3.50 pointer. 


Terpegun sekejap bila nama aku yang dipanggil. 3.50 ? Keputusan yang tak dijangka. Aku cuma harapkan aku melepasi 3 pointer sebab before ambik result dah dua tiga kali aku mimpi dapat pointer 2.9 je. Aku bangun dan naik pentas. Turun je pentas aku terus meluru ke arah Ada. Kalau boleh nak peluk semue orang yang ade kat situ. Dalam hati aku bersyukur beribu-ribu kali. Sangat tak sangka sebab aku bukanlah cerdik, rajin pon tak. Tiap kali exam tak pernah capai 3.50, paling tinggi 3.42 je.


Selepas habis 25 nama diumumkan, cikgu suruh pergi ambik slip result kat guru kelas masing, dan seterusnya sesi bergambar.








Balik tu ingat nak karaoke tapi disebabkan a few problem, so cancel. Kitorang just celebrate kat KFC jee ! Dan sampai ke malam tak putus-putus orang ucap tahniah kat aku. Alhamdulillah, ni baru permulaan untuk satu lagi journey yang panjang. Doakan aku :)


p/s : muka hitam, berjemur kat pantai !





Labels: ,