Syifa
Cinta itu misteri.
Friday, April 5, 2013 April 05, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.






Sekiranya kita dapati diri kita menyintai seseorang yang tak membalas cinta kita, jangan merasa tersisih.
Tiada salahnya menyintai, kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapa.


Sekiranya kita dicintai oleh seseorang yang tak kita cintai, anggaplah itu suatu penghormatan.
Jadi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan mengambil kesempatan dan janganlah pula melukakan.


Sekiranya kita bercinta dengan orang yang begitu menyayangi diri kita, dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan.
Relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ade maksud tersembunyi.
Dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.


Ingatlah, jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapa.
Kita perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri didalamnya.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup kita bahagia.


Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati kita, walaupun kadangkala ianya menyakitkan.


p/s : I'm in love :)



Labels: